Pagi tadi ketika pemimpin dan ahli parlimen Pakatan Rakyat hantar memorandum bantahan layanan SPRM terhadap arwah Ahmad Sarbani pegawai kanan kastam yang mati jatuh bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , dihalang pihak polis dengan mengadakan sekatan jalanraya menuju kebangunan PKPS yang menempatkan pejabat SPRM ditingkat 7 dan 8 bangunan tersebut di Shah Alam.
Sekatan jalanraya oleh pihak polis telah menyebabkan jalanraya menjadi sesak dan menggangu urusan harian orangramai di kawasn tersebut.Gambar atas tu daripada Themalaysianinsider.Gambar lain daripada camera hp saya.
Bilangan anggota polis termasuk SB yang berpakaian preman begitu ramai seolah-olah ada penjenayah besar yang nak merompak Bank Islam yang turut berada di tingkat bawah bangunan PKPS yang berhadapan dengan Hotel Blue Wave dan pejabat Umno Shah Alam.
Pihak polis mengawal setiap sudut bangunan PKPS termasuk ruang legar dan pintu masuk utama bangunan PKPS.Tah apa yang depa sibuk sangat tak taw la.Dah tak dak kerja sangat nampaknya.
Tak nampak pula pemuda Umno , Perkasa, Gaps yang tak kering gusi perjuangkan bangsa Melayu.Mereka langsung tak ada sikap perikemanusiaan sesama bangsa sendiri sebab mereka perjuangkan isu terpilih yang boleh untungkan perut sendiri.Ziarah arwah mangsa pon tak ada.Yang ada semua pemimpin Melayu termasuk MB Khalid dan bukan Melayu PR yang ziarah jenazah mangsa Ahmad Sarbani di Kelana Jaya semalam.
Tahniah kepada Khalid Samad MP Shah Alam awal-awal lagi dah ada untuk hantar memorandum kepada SPRM pagi tadi.Tengok video di sini.
Kes Teoh, Sarbani adalah sama, kata MP Pakatan-Malaysiakini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.
Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).
"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.
Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.-Malaysiakini
Baca juga tajuk panas sifu blogger yang baru mula menulis balik;
Bunuh umno dulu yang lain kira kemudian-Penarik Beca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan