Khamis, 7 April 2011

Lagi projek bodohkan Melayu


PM:Kes Ahmad Sarbani berbeza dengan Teoh-Malaysiakini

Kes seorang pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur semalam adalah berbeza dengan kes Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Gambar sebelah malaysiakini

Katanya, kes itu berbeza kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM. "Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement. "Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Kuching hari ini-Malaysiakini

Presiden Kesatuan Kastam Ibrahim Ahmad berkata,

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.

Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan.

“Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi),” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan.

“Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat,” katanya lagi.-TMI

Apa beza kes Teoh Beng Hock dengan Ahmad Sarbani? Teoh jatuh bangunan Plaza Masalam, Shah Alam tingkat 5. Ahmad Sarbani jatuh tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dua-dua jatuh dan mati . Dua-dua jatuh dan mati di pejabat SPRM bukan di tempat lain.Dua -dua mati di Malaysia bukan sorang di Monggolia dan sorang lagi di Perancis.

Ada yang kata kat saya jatuh daripada tingkat 3 ketingkat 1 boleh mati ka?Paling teruk pun takat patah tangan dan patah kaki ja.Memang mati hidup ni kerja Allah SWT tapi bagaimana mereka mati ? Adakah mereka dibunuh? Adakah mereka terjun dan diterjunkan? Adakah mereka ditolak? Siapa yang tolak kalau ditolak?Siapa yang lambung kalau dilambung?Bangunan tu berbumbung bukan tak ada bumbung.

Kalau setakat kata arwah datang sendiri tak dipanggil datang secara sukarela tak sama dengan kes Teoh ni namanya projek terus menerus bangangkan dan bodohkan Melayu.Hanya yang bodoh saja percaya dengan kata-kata macam tu.Kalau Umno dan Perkasa terhegeh-hegeh nak tubuh suruhanjaya diraja kes video lucah , kes Ahmad Sarbani tak payah siasat bawah suruhanjaya diraja nampak macam ada nak lindungi jerung lebih besar kes wang haram berbilion ringgit bila siasatan dilakukan di bawah suruhanjaya diraja.

Baca juga;
Kes Sarbani:Pm arah siasatan menyeluruh , tidak tubuh suruhanjaya-Themalaysianinsider.
Nazri:Abu Kassim tidak perlu letak jawatan-Malaysiakini
Kes Sarbani:Dua pegawai SPRM ditahan kerja-Themalaysianinsider
Kes Sarbani:Tidak logik SPRM bunuh saksi, kata Perkasa-Themalaysianinsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan