Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.
"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, tengah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.
Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu.
Dalam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.
"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu-Berita dan gambar malaysiakini.
Cuba bandingkan pula kehidupan rakyat Sarawak dengan kehidupan Ketua Menteri Sarawak yang berkuasa selama 30 tahun.Berapa banyak harta dan aset beliau ada dengan nasib rakyat Sarawak yang terus terpinggir.Negeri Sarawak ada balak, ada hasil minyak..kemana semua hasil negeri dituang kalau tidak kepada keluarga dan kroni Taib Mahmud.Baca di sini.
Berita dan laporan macam ni tak ada dalam TV3, RTM, Utusan Meloya dan yang seangkatan dengannya.Yang ada laporan seks video lucah.Rakyat terus ditipu hidup-hidup oleh puak gerombolan BN dengan berita propaganda supaya rakyat terus dipesongkan pemikiran daripada mengetahui kebenaran yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan