Terlebih dulu saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Ahmad Sarbani Mohamed diatas kematian beliau di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Arwah ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM.Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau.
Kita rakyat Malaysia menyokong penuh langkah-langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam membasmi rasuah.Bagaimanapun apabila seseorang itu ditahan atas alasan melakukan sebarang kesalahan kita belum tentu didapati bersalah selagi tidak dibuktikan kita bersalah di mahkamah.Hanya pihak mahkamah yang berkuasa tentukan kita bersalah atau tidak.
Begitu juga dengan pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani yang disoal siasat atas dakwaan cukai rendah termasuk 62 orang pegawai kastam lain oleh SPRM.Dua tahun dulu kita dikejutkan dengan kematian mendiang Teoh Beng Hock yang disiasat pegawai SPRM di bangunan Plaza Masalam, seksyen 9 Shah Alam.Beliau ditemui mati di tingkat 5 bangunan tersebut.Ada yang kata beliau bunuh diri, terbunuh, dibunuh dan mati mengejut.Sekarang Suruhanjaya ditubuhkan untuk siasat bagaimana cara pegawai SPRM soal-siasat Teoh bukan mencari punca bagaimana Teoh mati di bangunan tersebut.
Andaian awal pihak polis mengatakan arwah Ahmad Sarbani mati mengejut dengan alami kecederaan di kepala.Itu andaian polis bagaimana pulak dengan rakyat yang terkejut kes kedua libatkan kematian apabila disoal siasat pegawai SPRM?Adakah SPRM langsung tak boleh dipersalahkan setiap kali berlakunya kematian bila disiasat pegawai SPRM?Nak soal siasat macam manapun siasatlah ..ni sampai mati-mati ni nak kira lagu mana?Jika salah ada kes ,bawa saja kes ke mahkamah untuk dibicarakan.Cukup takat tu dulu..
Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya-Themalaysianinsider
Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.
Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.
Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.
Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.
Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.
Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.
“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.
“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.
“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.
Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.
“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.
Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.
“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.
“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.
Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.
Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.
“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.
Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.Baca semua di sini.
Membuat kesimpulan awal mengatakan bahawa dia tidak bunuh diri dan menyimpulkan SPRM mungkin membunuhnya adalah sesuatu yang sangat dangkal.
BalasPadamBagi mereka yang dalam keadaan tertekan maka tindakan apa sahaja boleh diambil.
Pada saya SPRM menjalankan tugas mereka sepertimana yang diamanahkan.
Dalam keadaan crucial seperti ini masyarakat harus bersama-sama SPRM bukan mengutuk lagi SPRM.
Mereka tertekan, bersusah payah, bekerja keras malah berkorban kerja 24 jam tanpa rehat semata-mata membanteras rasuah demi negara tetapi bila berlaku perkara ini, mereka yang rasuah diagung2kan tetapi mereka (SPRM) yang bertungkus lumus menyiasat dipersalahkan?
Adakah masyarakat kita sudah buta mata hati?
komen paling bodoh. Takde sape yg agung2kan perasuah kecuali sprm je sbb beribu laporan rasuah terhadap pemimpin UMNO bertaraf menteri tapi apa yg sprm buat?. yg di tangkap cuma ikan bilis. Yg mati 2 org bukannya tentu bersalah. Rakyat tidak marah atau menyampah maupun mengeji kalau sprm bertindak adil, tidak melakukan dakwaan terpilih atau pun menjadi anjing suruhan kerajaan barisan nasional. Aku tak tau samada ko ni staf sprm atau makbapak ko ada berkerja di sprm tapi nampak sgt ko ni bangang
BalasPadamwalaupun aku sokong kerajaan..tapi tak mungkin dia bunuh diri sebab kenalan arwah kawan aku sendiri cakap arwah orang yg rajin sembahyang dan susah nak mengumpat atau nak mengata kat orang
BalasPadamJangan buat andaian sembarangan, arwah mungkin penyalur maklumat, untuk cover diri dia di'lakonkan' sebagai suspek, mungkin dia di bunuh oleh sindiket penyeludupan yang menyelinap ke pejabat SPRM, sesuatu kegiatan seperti penyeludupan, pelacuran, perjudian di kawal oleh sindiket2 tertentu.
BalasPadamknp pula mustahil dia nak bunuh diri....dah nama dia tertekan apa2 blh jadi....bodoh lah kalau sprm nak bunuh dia sebab benda tu pun nanti sprm juga yang tangung apa faedah sprm dapat coba jawap....
BalasPadamUntuk makluman semua saya adalah jiran yang terdekat dgn beliu, peribadi beliu adalah seorang mukmin yang soleh, solat disurau maghrib & isyak mesti ditunaikan, tidah pernah mengata orang, ahlak yang baik dan tahun ni arwah sepatutnya menunaikan haji dan akan melangsungkan perkahwinan anak lelakinya. Adakah orang yang berperibadi begini ditudun membunuh diri, kami tak bole terima, kalau arwah nk bunuh diri buat apalah dia nk pergi ke pejabat SPRM, kat kuarters ni lagi tinggi.. tuduhan yang paling bodoh
BalasPadamKes Altantuya,kambing hitam yg kena.Kes Teoh Beng Hock,x setel lagi.Kes Ahmad Sarbani,kematian mengejut.Aduh,rakyat bukan semuanya bangang2 utk menilai.Sampai bila nak sorok org2 di sebalik tabir ni??
BalasPadam