Jumaat, 29 April 2011

Eskay buat sumpah laknat dengan baju kalis peluru

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.-M'insider.Baca juga di sini.


1 ulasan:

  1. Siapa punya baju kalis peluru? Kalau pinjam polis punya, adakah itu tidak salah guna harta kerajaan. Kalau bukan polis punya dia boleh pakai 24 jam sehari itu hak dia.

    BalasPadam