Kenyataan pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) yang awal-awal lagi kata tak logik SPRM bunuh saksi arwah Ahmad Sarbani Mohamed 56 tahun dengan mengatakan arwah mungkin diluar kawalan dan gementar boleh berlaku macam-macam seolah-olah menggambarkan Sarbani ambil langkah bunuh diri! Pihak polis kata Sarbani mati mengejut.Gambar sebelah Malaysiakini.
Yang lebih geram lagi PM Najib kata kes Sarbani dengan kes Teoh tak sama sedangkan dua-dua mangsa mati jatuh bangunan SPRM! Yang tak sama kes Altantuya yang mati dibom dengan bom c4 hingga berkecai.Ni baru betoi tak sama.Kalau kata kes Sarbani mati jatuh bangunan SPRM dan Kugan mati dalam lokap betoila tak sama.Lepas tu bila SPRM kata hari ni soal-siasat SPRM hanya di aras bawah premis SPRM bukan lagi ditingkat atas selepas Teoh dan Sarbani mati jatuh bangunan, macam-macam bermain dalam kepala.Kalau SPRM siasat tengah padang bola lagi bagus.
Anak arwah Sarbani yang berusia 27 tahun dikatakan baru saja bertunang dan arwah mempunyai 5 orang anak dan akan menerima seorang menantu takkan ambil langkah yang begitu bodoh saja-saja nak terjun daripada tingkat 3 bangunan SPRM ke tingkat 1.Kalau Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan SPRM di Plaza Shah Alam di tingkat 5 tu pun macam-macam siasatan dan timbul persoalan beliau tak bunuh diri takkan arwah Sarbani seorang Islam dan tak tinggal solat nak buat kerja dosa besar dengan bunuh diri?
Pakar patalogi Thailand Dr Pronthip kata Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh jadi jangan terlalu cepat nak settle kes dengan kata Sarbani bunuh diri.
Tadi sewaktu nak solat Jumaat ramai orang bercakap mengenai arwah Sarbani ada yang kata,"Buat apa Sarbani nak bunuh diri jika disabit kesalahan sekali pun kes rasuah bukan ada kena hukum gantung sampai mati macam kes pengedar dadah." Yang pasti siasatan libatkan wang berbilion ringgit ke atas kakitangan kastam tu adakah libatkan jerung besar dan buaya tembaga yang tak lut dengan sebarang siasatan rasuah.Ikan bilis jadi mangsa ikan jerung ketawa besar.
Kesatuan Kastam:Bersihkan nama Sarbani jangan dakwa bunuh diri-themalaysianinsider
Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.
Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”
“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak
“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.
“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.
Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.
Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.
“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.-tmi
Berkaitan;
Jangan buat andaian awal kematian Sarbani-Harakahdaily
Kesatuan harap anggotanya tak 'dipukul' SPRM-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan