Jumaat, 29 April 2011

Sumpah laknat: Eskay tak hadir

Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

Mereka berkumpul di situ kerana sebelum ini, salah seorang anggota trio 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu hari ini bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

Dua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).Baca lanjut di sini.

Sementara itu Keadilandaily melaporkan Sumpah Eskay dibatal di saat akhir;

Sumpah laknat yang mahu dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul di sini, dibatalkan di saat-saat akhir.

Pengerusi Masjid yang dikenali sebagai Abdul Razak Hussien, memaklumkan perkara itu di mimbar masjid selesai solat jumaat tadi.

Sebelum ini Eskay dilaporkan mahu membuat sumpah laknat berkenaan, yang diselar ramai pihak khususnya golongan agamawan kerana tidak mengikut hukum syarak yang digaris dalam Islam.

Shazryl yang dikatakan mahu melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, dikatakan turut ‘mewakilkan’ sumpah itu bagi pihak bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Berkaitan;

Masjid kecoh, Eskay batal sumpah laknat-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. menipu punya artikel. harakah = haramjadah

    BalasPadam