Selasa, 19 April 2011

Jawatan Presiden Pas: Nak tukar tiang lama kena ada tiang baru

Banyak orang memperkatakan tentang jawatan Presiden Pas dalam muktamar Pas akan datang yang ada pemilihan samaada jawatan Presiden Pas akan ada pertandingan atau tidak.Jawatan Timbalan Presiden Pas yang disandang Ustaz Nasharuddin Mat Isa dah confirm ada pertandingan.Salah sorang calon yang akan bertanding rebut jawatan Timbalan Presiden ialah Ajk Pas Pusat, Mat Sabu.Calon lain belum nampak lagi mungkin seminggu dua lagi akan muncul untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.

Hari ini bila baca laporan themalaysianinsider Penganalisis:Hadi Awang dilihat liabiliti, Pas perlu perubahan yang diulas pengkritik Pas Prof Aziz Bari seolah-olah Pas perlu menukar Presiden Pas.Senang cerita Presiden Pas perlukan pemimpin baru yang lebih baik daripada TGHH.Adakah benar TGHH liabiliti kepada Pas? Kalau TGHH jadi liabiliti siapa pula yang layak ganti TGHH untuk pegang jawatan Presiden Pas yang baru.Ada nampak muka-muka yang layak jadi Presiden Pas yang baru.Kalau ada siapa orangnya?Layakkah Nasharuddin Mat Isa jadi Presiden Pas?Layakkah Tuan Ibrahim Tuan Man jadi Presiden Pas?Layakkah Husam Musa jadi Presiden Pas?

Dalam prk Tenang, Kerdau, Merlimau, Galas,Bagan Pinang yang ditandingi Pas termasuk 5 kerusi di prn Sarawak semua Pas tewas mungkin ini yang dikatakan Presiden Pas TGHH liabiliti kepada Pas.

Adakah boleh dibuat perbandingan jawatan Presiden Pas sama macam coach kelab bolasepak?Kelab bolasepak terkemuka liga Inggeris Liverpool yang asyik kalah bila dilatih Benitez telah dipecat dan diganti dengan Kenny Dalglish dan nampak macam ada perubahan dalam skuad tersebut! Tentu orang akan kata tu main bola ni parti tak sama..tambah-tambah Pas parti yang memperjuangkan Islam , Presidennya mesti seorang ulama.Adakah hanya ulama saja yang layak jadi Presiden Pas?

Seorang peguam yang uruskan jual beli rumah di Selangor jadi Ketua Pemuda Pas Cawangan , saya tanya beliau, "Kenapa tak bertanding jawatan Ketua Pemuda Kawasan, dia kata ,"takat tu ja yang saya boleh atas lagi dah tak boleh."Beliau juga berkata kepada saya , "saya pilih Pas kerana bencikan Umno dan saya rasa bertanggungjawab untuk melawan Umno , kalau tidak lebih baik saya uruskan kerja-kerja saya sebagai peguam bukan rugi apa pun."

Ada orang kata kat saya, "Kalau nak tukar tiang rumah yang dimakan anai-anai dan bubuk kena ganti tiang baru, nak cari tiang baru kena cari tiang yang lebih elok dan berkualiti, kalau tidak baik tak payah tukaq."

Sama juga macam orang Pas yang tak berapa ok dengan MB Kedah tapi kalau bab berhujah dan ditanya wartawan MB Kedah rasa-rasa wartawan tak boleh makan dia...tang tu rasa-rasa MB Kedah ada kelebihan, bab lain lu pikir sendirila.

Tambahan;
Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin Pas-M'insider

2 ulasan:

  1. den raso bkan sobab pemimpin dio... tp.. sobab org melayu nie yg masih takut nk berubah... SOBABNYO... diugut,dihasut dan ditakut2kan oleh MAINAN POLITIK KOTOR UMNO/BN...

    cuba fikir sejonak masa zamn Pak Lah... sebonarnyo Paklah nie orgnyo baik belako(org tk banyok buat salah)... den raso dh betullah tu klu dpt pemimpin mcm tu dalam UMNO... tp org2 UMNO nie nak jugak seorang ahli politik yg BERANI... berani pd UMNO nie yg sebonarnyo berani dlam buat fitnah, berani dlm melanggar undang negaro... yg paling berani pd dio ialah berani langgar hukum ALLAH... tu no satu pado den lah...

    yg semato2 nk mengekalkan kuaso yg sedio ado... supayo mereka semuo selamat dr dakwaan salahlku mereka yg dh dibuek semaso dlm kerajaan...

    klu semuo pemimpin mcm Paklah... maka dengan sonang sajo negaro kito nie boleh berubah pemerintah.. sekojap UMNO/BN dan sekojap lagi PR memerintah... sbb mereka semua x de buat salah... semata2 jd pemimpin untuk rakyat... makan gaji yg diberi semata2.. mcm pemimpin2 PR skrng... jd klu semuo pemimpin jenis ini wujud dlm negaro kito... maka x perlulah persoalkan kewibawaan pemimpin masing2.. sobabnyo... semunyo pemimpin yg adil, amanah dan berjiwa rakyat....

    yg jd masolahnyo timbul isu2 atau pendapat macam Prof AB nie suruh pemimpin lotak jawatanlah apolah... semua nie mengarut sajo pado den... isu dan pendapat dari peribadi dio saja bukan menurut analisis kesluruhan politik di MALAYSIA....

    sepatutnyo berilah pendapat2 yg menbina dlm menangani politik kotor BN... dr memeprsoalkan kewibawaan presiden...

    BalasPadam
  2. “Peristiwa yang dikatakan mencuit perhatian ramai ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 itu berlaku ketika kedua-duanya bertembung semasa berkempen di Pekan Pusa, Betong pada Rabu lalu. Beberapa hari sebelum itu, media juga menyiarkan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Najib dalam majlis perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automotif Pekan, Pahang.

    Di dalam politik sudah tentulah, dua senario ini mendapat perhatian apatah lagi apabila ia membabitkan pemimpin dari dua parti besar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sememangnya sejak dulu lagi, ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.”

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0

    1. kehadiran tgna dalam majlis kompleks pemasaran setempat, taman industri automotif pekan, pahang adalah di atas kapasiti beliau sebagai mb kelantan.


    2. kehadiran tghh dalam kempen prn Sarawak adalah di atas kapasiti beliau sebagai presiden pas yang menghormati najib sebagai pm.

    kedua2nya cuba dijadikan alasan kononnya “ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.” zulkifli bakar adalah “pakar” perpaduan kerana beliau tidak ketandusan idea membuat liputan mengenai “perpaduan” pas-umno. dia pasti ada saham dalam “kerajaan perpaduan” ini.

    hadi tidak mampu memperjelaskan secara mendalam berkenaan “kerajaan perpaduan” yang dilontarkannya. membaca tulisan2 zulkifli bakar menggambarkan bahawa beliau lebih tahu mengenai “kerajaan perpaduan” ini. seolah2 “kerajaan perpaduan” sinonim dengan zulkifli bakar. mungkin idea “kerajaan perpaduan” ini milik orang lain yang dipersembahkan kepada hadi yang terus menerima pakainya tanpa merujuk kepada ajk pas pusat bersandarkan nasihat dari penasihat2 beliau, setiausaha agong dan timbalan presiden. ketiga2 mereka inilah yang telah “membeli” idea untuk menyelamatkan paklah. semasa mempertahankan “pertemuan dalam gelap”, timbalan presiden pas berhujah bahawa ia bukan untuk membawa pas masuk umno (macamlah ahli2 pas semuanya bodoh!).

    kehadiran tgna yang cuba dijadikan penyedap dan pelunak kek “perpaduan”, insya’ Allah mudah ditolak. namun pertemuan hadi-najib mampu memberi saham untuk menimbulkan rasa curiga pengundi terhadap pas. itulah matlamat sebenar yang mahu diraih umno menjelang pru13. ia bukan sangat pasal “perpaduan”. ia lebih kepada biar pas lingkup asal umno berjaya.

    “a picture tells a thousand words.” perhatikan gaya hadi bersalam dengan najib serta air muka hadi. usahlah bercakap pasal dosa2 umno kepada negara dan rakyat kerana semuanya akan terhapus dengan “perpaduan” pas dan umno. jika tidak, kenapa hadi tidak berhati2 dengan tindak-tanduknya, membuka sebanyak mungkin ruang untuk ‘mainan’ media arus perdana? ya, the picture really tells a thousand words.

    selamat bermuktamarubah pas.

    wallahu’alam.

    BalasPadam