Selasa, 26 April 2011

Gara -gara pejabat MCA kena 'perkosa' , MCA kata Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina


Umno yang berbulu dengan tindakan MCA suruh rakyat boikot media Umno Utusan Malaysia telah menyebabkan Perkasa naik angin dan telah perkosa pejabat MCA semalam di Kuala Lumpur.Hari ini gara -gara Perkasa 'perkosa' pejabat MCA telah menyebabkan MCA kata tindakan Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina;

Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008.

Oleh itu beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana mengesyorkan gelombang “1Melayu, 1Bumi” yang mana disokong Perkasa walaupun ditolak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Heng memberitahu The Malaysian Insider bahawa akhbar milik Umno itu secara berterusan menerbitkan artikel yang bersifat perkauman dan ia akan memberi kesan kepada perpaduan negara.

“Kami fikir jika ia satu trend, yang diamalkan Utusan (Malaysia), ia bukan hanya akan menyebabkan parti masyarakat Cina terutamanya dalam BN tetapi juga kepada perpaduan negara. “Lantaran itu, kami harap menteri peka dalam hal ini dengan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara,” kata beliau.

“Saya rasa perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama, dan kami tidak (mungkin) ada keputusan 8 Mac (pilihan raya umum 2008) atau pilihan raya Sarawak di mana BN kalah di kawasan pengundi Cina,” katanya merujuk kepada pilihan raya umum 2008 dan terbaru pilihan raya negeri Sarawak.

Utusan Malaysia meminta Umno supaya menggerakkan gelombang “1Melayu, 1Bumi” yang melibatkan semua parti Melayu, dan mendakwa DAP berniat untuk menjatuhkan kepimpinan negara.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok mengingatkan gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disyorkan akhbar harian berbahasa Malaysia itu akan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi menegur Loh kerana mempertikaikan akhbar itu dan memberitahu pemimpin MCA itu agar bekerja lebih kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi yang terjejas sejak pilihan raya umum 2008.

Di Perak, Perkasa juga mengecam MCA kerana meminta agar Utusan Malaysia diboikot, dengan mendakwa parti itu cuba meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata Utusan Malaysia adalah suara bagi orang Melayu.

Heng bagaimanapun berkata Utusan Malaysia perlu menghentikan daripada menerbtikan artikel bersifat perkauman.

“Ini masa terbaik untuk mereka membetulkan kedudukan mereka... atas nama semangat patriotik jika semua orang sayangkan Malaysia apa sahaja yang kita buat atau kata, kepentingan negara paling penting,” katanya.

Beberapa pemimpin kerajaan juga cuba untuk tidak terlibat dengan syor akhbar itu minggu lalu, dengan mendakwa pandangan itu dikemukakan atas dasar peribadi editor Utusan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata syor akhbar berbahasa Melayu itu tidak akan menghalang beliau meneruskan komitmen melaksanakan konsep 1 Malaysia.

Dr Mahathir juga menentang cadangan itu sambil menyifatkan ia akan menjadi lebih “malapetaka” jika dilaksanakan.

Heng yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sudah tiba masa Perkasa dan Utusan Malaysia bertanya kepada diri sendiri mengapa BN kehilangan sokongan masyarakat Cina.

“Sebab utama ia disebabkan mereka (Perkasa dan Utusan Malaysia), semua institusi termasuk NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang bersifat rasis dan juga media menyebabkan masyarakat Cina marah.

“Jadi sekarang kita fikir institusi seperti Perkasa dan Utusan Malaysia yang menuduh orang lain, mereka perlu tanya kepada diri sendiri adakah mereka menyumbang kepada perpaduan negara? Sudah tentu tidak,” katanya.-M'insider


1 ulasan:

  1. Dari dulu lagi dah bagi tahu dengan penyokong
    tegar UMNO.Kalau MCA MIC dan GERAKAN tiada,
    UMNO akan terkubur selamaxnya!Sekarang ni
    PERKASA akan merealisasikannya!!Syabas!PERKASA!

    BalasPadam