Sabtu, 27 Mac 2010

Pemuda Umno Kena 'Perkosa' Dengan Perkasa

Aku tak mau nak usik -usik mensyuarat agung Perkasa iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang sedang bersemangat bermesyuarat perjuangkan Melayu sejati di PWTC Bangunan Umno dan dirasmikan oleh mantan PM Tun Mahathir . Apa yang menarik ialah amaran Brahim Ali Presiden Perkasa kepada Pemuda Umno. Brahim Ali membidas Pemuda Umno yang dituduh perlekehkan Perkasa.

Dalam laporan Malaysiakini Perkasa akan terus tentang Malaysian Malaysia , Ibrahim Ali menempelak Pemuda Umno;

Pada ucapannya itu, Ibrahim juga membidas Pergerakan Pemuda Umno secara tidak langsung.

“Pada zaman Pemuda Umno dulu, perhimpunan seperti hari ini tak diperlukan.

“Kalau tiada keberanian jangan nak perlekeh perjuangan Perkasa. Bukan hendak bermusuh dengan mana-mana pihak, tetapi Perkasa proaktif, mewakili kepentingan orang orang Melayu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Ibrahim.-Malaysiakini

Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia patut rasa malu dengan sindiran Brahim Ali yang cuba menggantikan Pemuda Umno dengan Perkasa disisi PM Najib. Seolah-olah macam ada satu konspirasi secara halus untuk jatuhkan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno. Adakah Tun Mahathir yang bencikan menantu Pak Lah tu dah berpakat dengan PM Najib , Brahim Ali dan Mukhriz yang kalah ditangan Khairy rebut jawatan Ketua Pemuda Umno sedang berpakat secara halus 'perkosakan' Khairy?

Dalam laporan Malaysian Insider pula Jangan bermusuh Perkasa jika mahu menang pilihanraya Brahim Ali juga bagi amaran kepada parti- parti politik supaya tidak perlekehkan Perkasa;

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.-Malaysian Insider

Dulu Brahim Ali bersama-sama dalam Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) sekarang apa dah jadi dengan MTRK kita pun tak tahu , tak dengar suara dah, ghaib ghuyub tah ke mana.

1 ulasan:

  1. Aku hairan la dengan umat melayu kat malaysia ni, orang macam brahim ali ni pun depa bolih percaya, menag pilihanraya pun tumpang lambang bulan, lepas tu hentam pulak Pas.

    kah..kah..kah.. kata orang tua2 orang macam brahim ali, kalau nak berkawan bolih tapi kat kedai kopi je, tak bolih bawa balik kerumah kita, paham-paham je le..

    BalasPadam