Selasa, 16 Mac 2010

"Pas macam kebun yang indah"


Pagi tadi aku pun bersembang dengan seorang orang kuat Pas di Lembah Klang ni. Kata dia kat aku , "Pas tu macam kebun yang indah". Aku kata, "macam mana tu?" Dia pun bercerita kepada ku;

Dalam kebun yang indah tu ada banyak mahkluk perosak yang cuba menjahanamkan Pas. Ada tikus, harimau , gajah dan binatang buas yang lain merobek-robek parti Islam ini daripada dalam. Katanya tak kiralah daripada UG ataupun bukan UG (Unity Goverment).

Kata beliau lagi, kebun Pas yang indah tu bukan dijaga oleh Almarhum Fadzil Nor, Bukan Tok Guru Haji Hadi dan juga bukan Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz tapi parti Islam ni dijaga oleh Allah Taala.Jadi bila berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat itu ada baiknya supaya dapat dillihat pembersihan segala kekotoran supaya tidak terus menjadi barah yang lebih parah. Kita akan dapat melihat muka -muka yang cuba menghancurkan Pas itu disisihkan daripada terus berkuasa mengharubirukan Parti Islam ini.

Beliau juga berkata masih ramai ahli Pas yang betul-betul ikhlas memperjuangkan Pas tapi mereka berdiam diri tidak banyak bercakap dan mereka sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar Pas terus hidup subur dalam politik Malaysia.

Katanya desakkan Tok Guru Nik Aziz yang mahukan EGM(Mensyuarat Agung Luarbiasa) supaya disingkirkan mana-mana pemimpin yang bermasalah telah menimbulkan perbezaan pendapat yang hebat dalam Pas malah ramai yang telah mengecam sesama pemimpin Pas.Ramai ahli-ahli Pas terbelah dua atas desakkan EGM itu. Tapi bila timbul isu Haji Taja dan isu menantu Tok Guru jadi CEO dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di mana mereka yang mengecam pimpinan Pas berada.Kenapa mereka berdiam diri? Pulak dah!

Seterusnya kata beliau lagi apabila ahli-ahli Parlimen PKR melompat keluar parti jadi bebas telah memberi kesan kepada hubungan Pas-PKR.Sikit sebanyak telah menghilangkan rasa percaya dalam hubungan Pakatan Rakyat.

Sekarang ini kata beliau Umno sedang mengumpul-ngumpul tulisan-tulisan dalam blog yang pro Pas yang mengecam pemimpin sendiri dan pentadbiran di negeri-negeri yang Pas jadi Menteri Besar untuk digunakan sebagai senjata dalam pilihanraya yang akan datang.Katanya kita hanya menunaikan pentadbiran mengikut perlembagaan dan bukan sebagai pemerintah sebenar. Setakat pentadbir saja bukan pemerintah .Pemerintah dengan pentadbir berbeza katanya.

Aku kata kat dia di negeri-negeri yang Pas tadbir jika berlaku penyelewengan kena didedahkan juga kerana baru nampak segala kekotoran itu nampak. Jika kita menyembunyikan penyelewengan untuk selamatkan Pas adakah tidak berdosa?

Wallah hu a'lam

Baca juga;

Pas tentukan merit aduan 'Tulang Besi' terhadap 3 pemimpin-Malaysian Insider
Ahmad Lutfi dan penyakitnya terkini-Detikdaily

1 ulasan:

  1. Salam...

    mga ukhuwah antara pimpinan PAS DAN ahli2 PAS sentiasa utuh seperti utuhnya untaian tasbih..wawahua'lam

    BalasPadam