Isnin, 1 Mac 2010

Melayu Brahim Ali Lawan Melayu Umno

Kata Penarik beca sifu blogger dalam blog beliau;


Di Malaysia, belum hilang kuasa pun, puak itu kini bagai Korea Utara dan Korea Selatan - Satu Umno dan satu lagi Perkasa (tentu ada yang kata, Perkasa ditubuhkan untuk mengukuhkan Umno. Tetapi, mengenali Datuk Ibrahim Ali, adakah akhirnya akan jadi begitu? Bagaimana kalau dia bertanding seabagai calon Bebas di Pasir Mas, Umno pun buat bodoh letak calon jugak lawan dia dan PAS? Agak-agak, bagaimana kelaku dia masa itu? Umno nak letak dia sebagai calon? Adakah orang Umno Pasir Mas akan terima dengan rela?).

Apa pun, kalau mahu Umno punah ranah, kita kena pakat-pakat kerja kuat dan bersistem. Kena fikir juga bagaimana nak menghadapi orang-orang PAS yang gila nak menghantar ambulan kepada Umno.

Ha bab ni memang betoi,Brahim Ali sekarang ni sedang mengumpulkan 'bala tenteranya' atas nama Ngo-Ngo Melayu yang prihatin dengan nasib Melayu-Islam yang katanya semakin terhakis dan digoncang-goncang Melayu itu hingga dah tak ada apa-apa. Umno pula seperti yang sedia maklum terus mainkan isu umat Melayu terpinggir untuk raih simpati undi hinggalah sampai pru akan datang.Selagi isu Melayu masih laku selagi itulah Umno akan terus kekalkan kuasanya untuk terus sapu kekayaan negara sampai bila-bila.Amat malang kerana orang Melayu belum sedar daripada mimpi walaupun dah mimpi banyak kali Umno tipu Melayu tapi tak sedar-sedar kerana mereka menjadikan Umno 'dewa' orang Melayu.

Segelintir orang Pas yang termakan umpan Umno pula terikut ikut dengan resmi Umno untuk turut perjuangkan Melayu -Islam sebab itu sekarang ni orang Pas anggap Umno tu bersaudara walaupun capnya lain-lain.Mereka yang tak berjiwa kental dalam Pas lupa bahawa 'Umno tak sayang kita tapi kita terhegeh-hegeh nak kesian kat Umno'!

Apakah Ngo Melayu Brahim Ali yang bergabung dengan lain-lain Ngo Melayu tidak ada politik sendiri-sendiri nak dapat keuntungan atas nama Melayu?Wajib ada! Umno yang perguna Brahim Ali atau Brahim Ali yang perguna Umno? Umno memang dah tak percaya kat Brahim Ali, kalau Umno percaya kat Brahim Ali dah lama Brahim diberi peluang untuk 'bertaubat' untuk kembali sertai Umno.Brahim sedar semua tu.

Dalam laporan Malaysian Insider Menteri Kewangan kedua nafi kenyataan Ngo-Ngo yang menubuhkan Majlis Perundingan Melayu bahawa bumiputera dipinggirkan dalam pembangunan ekonomi negara;

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menolak kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, termasuk pendirian Majlis Perundingan Melayu (MPM) semalam bahawa model ekonomi baru yang diumum bulan depan akan menyebabkan golongan Bumiputera dan orang Melayu terus ketinggalan daripada segi ekonomi.

Apa yang disebut Brahim Ali disanggah Umno kerana Umno tahu Brahim pun ada kepentingan politik bila cakap pasai isu Melayu.Dah betoi dah jadi Korea Utara dan Korea Selatan yang saling tak percaya antara satu sama lain walaupun mereka sebangsa.

Nak berjuang Melayu cara Umno kena ada duit selagi duit boleh ditabur dan dikutip-kutip oleh yang menerimanya maka Melayu Umno akan terus hidup dan terus disokong mereka.Melayu cara Brahim Ali pula tak berapa ada duit, ya la nak kutip mana duit ,jadi Brahim Ali kena jerit lebih kuat perkataan Melayu untuk dapat sokongan mereka yang tidak kenal siapa Brahim Ali.

2 ulasan:

  1. Aku kalau mati hidup balik pun tak percaya dgn agenda perkasa atau yg sewaktu dgnnya.

    Fikirlah secara logik dgn bersandarkan sejarah.

    lakunan perkasa dgn umno tu ulangan apa yg dibuat oleh penjajah utk pecah dan perintah melayu dulu.

    BalasPadam
  2. ibrahim ali tu teringin dah tak tertahan kot nak jadi menteri, sebab tu le dia tak henti-henti dok bodek si najib tu, piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirah, memperjuangkan bangsa dan agama le konon, itu jatuh no 200, kalau perjuang memenuhkan poket dan temolok engkorang, itu yang dok no 1, 1Malaysia le kono

    BalasPadam