Selasa, 16 Mac 2010

Lagi isu kaitan Altantuya: SPRM masih siasat P.Bala


SPRM masih jalankan siasatan terhadap penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang menghilangkan diri ke luar negara isu yang ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.P.Balasubramaniam telah buat dua akuan bersumpah yang berbeza dalam masa dua hari yang ada kaitan dengan PM Najib.Satu daripada akuan bersumpah beliau telah memalitkan nama PM Najib dan keluarganya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohammad Nazri Aziz berkata siasatan terhadap penyiasat persendirian itu masih berterusan oleh SPRM.

Dalam laporan malaysiakini menyatakan;

Pada sidang media 3 Julai 2008, penyiasat persendirian itu
mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.Baca di sini dan di sini.

Kata Tun Mahathir orang Melayu mudah lupa tapi kenapa Altantuya orang tak boleh lupa?

2 ulasan:

  1. iye ke kenyataan menteri tu yang SPRM dok menyiasat, padahal sprm dok tidor je, jangan2 menteri tu dok kencing 1Malaysia, gua macam tak caye je kat semua menteri2 PM Najib nih

    BalasPadam
  2. Gua sokong!!!!

    BalasPadam