Jumaat, 5 Mac 2010

Harussani Bantai Pas Perak ,Sokong Kerajaan Perpaduan

Mufti Perak Dato' Harussani Zakaria menyokong penuh idea kerajaan perpaduan Pas -Umno di Perak selepas pru 12 yang lalu dan sekarang setelah sekian lama beliau bersuara sokong kerajaan perpaduan yang dipersetujui pimpinan tertinggi Pas tapi Ustaz Ahmad Awang yang masa itu jadi PJ Pas Perak jadi batu penghalang kerjasama kerajaan perpaduan di Perak.

Kata Harussani dalam laporan Utusan Malaysia Online;

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.


Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya-Utusan Malaysia Online

Ustaz Ahmad Awang kena jawab apa yang Harussani kata, jawab ustaz jawab .Mungkin Ustaz Ahmad Awang tak mau bergelumang dengan parti taik yang disebut Tun Mahathir yang dah busuk hingga ke ususnya.

8 ulasan:

  1. Susah je ingat Pas & bila menang besar mampus la Pas, jangan percaya..temberang

    BalasPadam
  2. dah kalah bru sibuk nak numpang kuasa paeti lain..pas plak ler jd kuda tunggangan umno..ape depa ingat pas ni x de prinsip sendiri ke...speaker pn lantik ganesan...sivakumar dilantik speaker melolong ckp dah x der org mlayu ker...pigi dah....

    BalasPadam
  3. Ustaz Ahmad Awang dah lama dah jawab cerite dongeng mufti tu

    http://usahmadawang.blogspot.com/2009/08/krisis-politik-perak-ahmad-awang.html

    BalasPadam
  4. mufi perak patut letak jawaan..........masuk politik lagi bagus

    BalasPadam
  5. mufti perak pautut leak jawatan dan jadi calon BN prk hulu selangor

    BalasPadam
  6. Syabas dan tahniah kerana berani berkata benar, demi survival orang melayu dan Islam khususnya, Dato' Mufti perlu berani dan sentiasa sanggup untuk menyatakan kebenaran.

    BalasPadam
  7. PKR tali barut Cina, UMNO, PAS dan Melayu keseluruhannya perlu bersatu

    BalasPadam
  8. DAP,Gerakan, MCA sentiasa peka dan mempunyai semangat kecinaan selamanya,,,,,,macamana Melayu yang terus berpecah,,,,,bijak benarlah Melayu agaknya,,,sampai masa depan anak cucu kita digadaikan semata-mata atas kepentingan politik dan cita-cita sendiri.......

    BalasPadam