Isnin, 1 Mac 2010

Elok la 'sampah-sampah' tu keluar sekarang supaya longkang tak tersumbat

Berkata seorang kawan kat aku isu pemimpin dan ahli politik PKR keluar parti."Baguih juga mereka keluar sekarang sebelum pilihanraya Umum 13 muncul.Sampah-sampah ni elok dikeluarkan supaya longkang tak tersumbat air pun boleh jalan laju."

Ya la daripada jadi perosak daripada dalam elok juga depa pakat pakat meloroih keluar senang sikit nak buat kerja.Nasib mereka yang melompat masuk Umno ni pun tak kemana jadi kupang tembaga saja dalam Umno.Contoh dah banyak kita tengok.Ezam Mohd Nor, Osman Jailu danJamaludin (bebas mesra BN) depa ni semua apa pun tak dapat.Umno tak bodoh sangat nak kutip orang-orang ini nak duduk dalam Umno ditempat yang selesa.Umno hanya mahu kutip mereka-mereka ni untuk keluar daripada PKR saja lepas tu depa nak jadi apa pun hang pa punya pasai la,tanggung sendiri.

Dua-tiga bulan laku la dalam Umno lepas tu hilang tanpa berita.Sebulan dua mereka ni diusung ke sana kemari untuk jadi tukang karut Umno buruk-burukkan parti yang mereka dah tinggal.Kalau dah jadi sampah tempat sampah juga la duduknya.Tak kemana pun.Banyak lagi orang-orang dalam Umno yang tak dapat apa takkan nak bagi jawatan penting kepada mereka-mereka ni yang melompat ke dalam Umno.Khairy Jamaludin yang jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia pun tak boleh jadi menteri tambah la yang melompat masuk Umno.

Baca juga;

Tan Tee Beng keluar PKR, jadi bebas-Malaysiakini
Zulkifli Nordin nafi keluar parti-Malaysiakini
Lagi gelora melanda PKR-Malaysiakini
Fairus nafi masuk Umno kompromi dibersihkan SPRM-Malasyian Insider
Salehuddin ramal lebih 10 MP bakal keluar PKR-Malaysiakini
Syukur mereka keluar-Syed Husin-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Komen dari Dr Syed Husin Ali
    ""Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi ""
    So apa lagi yang di tunggu lagi Fairus pasang Lawyer sue Dr Syed Husin Ali kerana buat kenyataan palsu dan hina . Apa dia ( DR syed )ingat kau (Fairus)sengkek ke ? Kau bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang . Saman Dr Syed Husin Ali , jangan tak saman kerana kau ( Fairus )da tak ada income bulanan kerana kau ( Fairus ) da letak jawatan . Apa yang kau tunggu , tunjukkan kejantanan kemelayuan kau (Fairus). Hj Jamaludin

    BalasPadam