Khamis, 25 Mac 2010

Ahli Parlimen (Keadilan) Hulu Selangor meninggal dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.-Malaysiakini

Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ucapan takziah buat keluarga beliau. Daripada Allah kita datang kepada Allah jualah kita akan kembali- Wallah hu a'lam

1 ulasan:

  1. Salam...

    stiasalah mengingati mati krn dengan mengingati mati ini akan mendekatkan diri dgn Allah..takziah bt kelaurga Allayarham..mga Allahyarham ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin ya Rabb...

    BalasPadam