Isnin, 18 Mac 2013

Muhyiddin Yaasin merapu lagi tak tahan kena gasak

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin kata "Pembangkang ini buka kilang 25 jam sehari, dalam sehari kita hanya ada 24 jam tapi pembangkang 25 jam,".Ha ha cuba cakap mana satu fitnah?

Keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia terbabit sapu duit lembu NFC RM250 juta.Pendedahan ini dibuat oleh Ketua Audit Negara.Takkan Ketua Audit Negara buat fitnah?

Cincin  RM24 juta memang wujud dan diakui Menteri di Jabatan Perdana Menteri cuma Rosmah nafi kata cincin bukan dia yang punya.Cincin yang mana satu Rosmah tak bagi tau!

Duit haram Umno Sabah berjumlah RM40 juta adakah fitnah?

Akuan bersumpah P.bala 1 dan 2 adakah fitnah.Dalam akuan bersumpah pertama P.Bala kata Najib terlibat dalam kes Altantuya.Akuan bersumpah 2 pulak P.Bala kata Najib tak terlibat.Kini P.Bala yang dah mati tu apabila pulang ke Malaysia kata akuan bersumpah 1 itu yang benar.Adakah fitnah?

Akuan bersumpah kedua P.Bala dibuat atas arahan Najib adakah fitnah?

Skandal jual beli kapal selam Scorpene adakah fitnah yang ada kaitan dengan Razak Baginda kawan Najib?

Duit Tabung Haji disedut masuk ke dalam akaun peribadi CEO Tabung Haji berjumlah RM300,000 adakah fitnah?

Guna duit zakat digunakan untuk bayar kos guaman berjumlah RM63,650 adakah fitnah?Ketua Audit Negara 2010 yang dedah.

Duit Saham Bumiputera lesap RM52 bilion adakah finah?Najib sendiri mengaku.

Bagi IC kepada pendatang haram di Sabah adakah fitnah.Tun Madey sendiri yang mengaku.

Sejarah juga membuktikan Umno roboh masjid di Terengganu bukan fitnah.Akhirnya kuasa Allah SWT Yang Maha Kaya ditunjukkan banyak kejadian runtuh berlaku di Terengganu.

Umno mengaku kata segala projek pembangunan Umno yang buat pada hal itu tanggungjawab pemerintah.Tapi apabila berlaku salah guna kuasa dan seleweng wang rakyat Umno tak mau mengaku haha


Mari kita berdoa supaya Umno-Bn berkubur dalam pru 13 yang dah tak berapa lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan