Liwat 11 adalah konpsirasi politik-Bapa saiful Bukhari-Keadilandaily.com
Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.
Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.
“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.
Konspirasi untuk penjarakan Anwar
Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
“Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.
“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,” kata Azlan.
Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.
“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.
“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan.
Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.
“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.
“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.
Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – gambar dan berita Keadilandaily.com
Jangan sampai jadi macam ni Bekas PM Itali kena penjara.Rakyat tak lupa kes Altantuya.Nak lawan Sulu kita lawan tapi bukan Sulu saja kita nak lawan pengkhianat negara yang bagi IC juga kita lawan.Pencacai Umno dan NGO pro Umno nak kata apa?
Tengah syok nak jadi hero di Lahad Datu ,Bapa Saiful dah pecah lubang.Semua orang nak pertahankan negara ingat Umno ja ka?La ni macam mana..diri sendiri dah tak mampu nak bertahan macam mana nak pertahan negara?haha..Adakah ni kerja team Muhyiddin dan Madey nak jatuhkan Najib sebelum pru 13?
Baca juga;
Bapa Saiful Bukhari mohon maaf pada Anwar,dakwa anaknya dipergunakan-M'kini
Tengah syok nak jadi hero di Lahad Datu ,Bapa Saiful dah pecah lubang.Semua orang nak pertahankan negara ingat Umno ja ka?La ni macam mana..diri sendiri dah tak mampu nak bertahan macam mana nak pertahan negara?haha..Adakah ni kerja team Muhyiddin dan Madey nak jatuhkan Najib sebelum pru 13?
Baca juga;
Bapa Saiful Bukhari mohon maaf pada Anwar,dakwa anaknya dipergunakan-M'kini
Inikah Azlan yang bercakap dengan nada angkuh sebelum ini..??
BalasPadamKita jangan lupa siapakah yang memfailkan rayuan ke mahkamah baru2 ini..Kita juga jangan lupa musuh sanggup lakukan apa sahaja untuk menang..
Alhamdulillah, cuba kaji balik, fikir baik-baik. Dari pengamatan saya mungkin,saya cuma kata mungkin. Mungkin sumpah Saiful dah makan tuan. Maksud saya makan diri sendiri sepertimana apa yang disumpahkannya.
BalasPadamAkhir nya kebenaran telah datang dengan sendirinya.........alhamdullilah allah s.w.t dah tunjukkan kebenarannya kepada khairil anas jusoh setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga....kat dunia ni hang boleh tipu ramai orang tapi hang kena ingat Allah maha mengetahui hang dak leh tipu Allah sebab Allah tau apa hang buat Orang dak tau apa hang buat hang ingat hang wat pitnah kalau hang dak minta ampun kat anwar hang kena siksa kat neraka nanti hang ingat tu.....
BalasPadam