Isnin, 11 Mac 2013

Kakitangan awam lebih terjamin apabila PR berkuasa di Putrajaya


Pakatan tawarkan inisiatif kepada pegawai tertinggi kerajaan, saingi tawaran PM-M'insider

Dalam usaha yang tidak disangka, PAS telah bergerak untuk menggagalkan kempen saat-saat terakhir oleh Datuk Seri Najib Razak bagi menarik penjawat awam dengan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan sepadan dan memperbaiki apa-apa janji oleh perdana menteri seperti menaikkan gaji dan elaun.

Najib dijangka akan mengumumkan beberapa inisiatif termasuk meningkatkan gaji sehingga 10 peratus, memperbaiki elaun kos kehidupan dan perumahan kepada 1.5 juta penjawat awam hari ini.
“PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya,” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh PR dengan yang pertama untuk memperbaiki habuan kepada penjawat awam, termasuk kenaikkan pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis, tentera dan lain-lain.
“Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj  bunga empat peratus bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya,” kata Husam sambil menambah semakan pinjaman sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung implikasi kewangan.
Inisiatif ketiga adalah faedah bagi kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.
Husam menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.
Kedua-dua BN dan PR berusaha untuk memenangi undi penjawat awam yang menjadi kunci kemenangan daripada 13.3 juta pengundi yang akan membuang undi dalam pilihan raya tahun ini.-Jahabar Sadiq-The Malaysian insider.

3 ulasan:

  1. Ini yang kakitangan awam nak dengar dari Pakatan. Yang swasta bonus 2-3 bulan kadang lebih. Yang lain kita pakat kongsilah bersama, i.e Tol free - dapat diskaun 50 % kira ok. + minyak turun + PTPN beres -dapat diskaun 50% kiraok + kereta turun dll.

    BalasPadam
  2. kalau buat mcm yang dicakap tu bangkrap negara. kembali balik mcm zaman 80-an dulu. fikir dulu sebelum terima semua apa yg dijanjikan..... nama pun janji.....

    BalasPadam