Rabu, 6 Mac 2013

Kalau ada telor la sila demo bantah pemberian IC kepada pendatang asing di Sabah 500,000 orang

Main politik hanya untuk kelabukan orang Melayu supaya Umno terus berkuasa.Talian hayat Umno hanya kepada orang Melayu.Jika orang Melayu terus dilembukan Umno maka ketawa besarlah pemimpin Umno kerana mereka terus berkuasa.Kita boleh hidup tanpa Umno tapi pemimpin Umno tak boleh cari makan kalau orang Melayu tolak Umno.

Kita kini sedang melihat gelagat juak-juak Umno sedang berkobar-kobar membuat laporan polis kononnya Tian Chua kata kes di Lahad Datu adalah sandiwara.Dulu depa pakat buat laporan polis terhadap Mat Sabu kerana anggap Mat Indera sebagai pejuang bukan petualang negara.hasilnya polis zaman British dapat pampasan dan duit.Untung polis pencen zaman British .

Kita akan tengok pesta laporan polis terhadap Tian Chua ini akan berterusan hingga ke pilihanraya umum ke 13 diumumkan tah bila.Pemuda Umno berani buat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri yang kata penceroboh Sulu bukan pengganas?Tu la perangai pemuda Umno dan Pak Yet Umno ni macam orang cucuh mercun tepi telinga kera..lari lintang pukang jadi tak ketawan hala.

Saya nak tengok pemuda Umno dan Ngo yang jadi Pak Yet Umno buat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir yang bagi IC kepada pendatang asing Filipina yang dianggarkan seramai 500,000 orang tu pun kalau ada telor la..
Baca juga;
Benarkah Umno tidak politikkan isu Lahad Datu?-The Malaysian insider



2 ulasan:

  1. pemberian IC adalah dimulakan anuwar...kan anuwar penah jadi TPM masa Tun M bercuti dulu..so..kenapa fitnah Tun M? Blog ni jangan buat fitnah...orang Islam ke? Jangan padam komen kalau aku..

    BalasPadam
  2. ni ke kebebasan media dari puak puaka?? puihh!!jangan tapis bro..sila buat macam papagomo...dia takde pun tapis sebarang komen...puak puaka ni cakap tek serupa bikin..janji dicapati!!puihh!!!hak tuihh!!

    BalasPadam