Rabu, 6 Mac 2013

Nak pukau Melayu dengan kalimah Allah lagi

Ketika negara diceroboh PM Najib kembali timbulkan isu kalimah Allah untuk raih sokongan Melayu supaya terus jadi hamba kepada Umno-BN.Kata Najib,''Dalam soal memelihara agama, kerajaan sentiasa mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian Islam dan mempertahankan kalimah Allah."Najib berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra, Bukit Jalil .

Seorang penyokong Umno kata kat saya jika PR berkuasa apa jadi dengan isu kalimah Allah?Saya kata kalau takat cakap nak pertahan kalimah Allah dalam masa yang sama kata Malaysia tetap tidak laksanakan hukum Hudud dan beristiqamah macam tu layak ka nak pertahan kalimah Allah?Hina hukum Islam,perlekeh hukum Islam tak malu ka cakap nak pertahan kalimah Allah?Saya kata kitab Bible dalam Bahasa Melayu Umno-Bn yang bertanggungjawab hingga timbul isu kalimah Allah.

Umno tak ada modal lain dah bila rakyat pertikaikan isu pencerobohan puak Sulu di Lahad Datu apabila pemimpin Umno ada yang kata pada mulanya tidak bahaya dan bukan pengganas seperti yang didakwa Hishamuddin Hussein.

Umno kembali mainkan isu kalimah Allah depan golongan agama yang dihimpun untuk yakinkan mereka Umno perjuangkan Islam(Nak termuntah aku dengaq).Nak tipu Melayu bagi percaya sebut nama Allah!Tak guna punya oghang!

Sebenarnya Najib mahu orang Melayu lupa akan segala apa yang dilakukan mereka dengan memukau kononnya mereka lah jaguh pertahankan kalimah Allah.

Pikiaq la kalau Putrajaya pun boleh upah orang Amerika Syarikat untuk perburuk pemimpin PR takkan la hang pa tak boleh pikiaq sendiri apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu.
Anda lupa semua ni?

Baca juga sebab ni lah Najib pusing balik main isu kalimah Allah Putrajaya gagal selesaikan konflik selepas 23 hari-M'inisder

1 ulasan:

  1. SAPA YANG LULUSKAN BIBLE BULEH DICETAK DALAM BAHASA MELAYU,UUUMMPNO
    SAPA YANG HENTIKAN BANTUAN KEATAS SEKOLAH AGAMA RAKYAT, UMMMMPNO
    SAPA YANG TIPU RAKYAT DIA SENDIRI, UUUMMPNO
    BIKA TERJERAT SEMUA KESALAHAN LETAK KAT PEMBANGKANG

    BalasPadam