Rabu, 13 Mac 2013

PKFZ:Pak Lah dan Najib takut disepina?

Terlebih dulu salam takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan angkatan tentera yang terkorban di Lahad Datu.Ini menjadikan 10 orang jumlah anggota keselamatan negara terkorban dalam kes Lahad Datu.

Dalam sibuk-sibuk Najib berkokok lantang tidak mahu seinci pun bumi bertuah ini diceroboh kita juga baca laporan kes lama PKFZ;
Najib ,Pak Lah berhasrat ketepikan sepina-Malaysiakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai rancangan untuk memberi keterangan sebagai saksi pembela dalam perbicaraan kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.


eguam Wong Kian Kheong berkata peguam Najib telah berkata bahawa beliau berhasrat untuk mengetepikan sepina itu, tetapi tidak ada surat rasmi mengenainya.

Pihak peguambela juga turut diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga berhasrat untuk mengetepikan sepina itu.

Wong memberitahu Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bahawa sepina telah dikeluarkan, tetapi tidak diserahkan kepada mereka berdua, dan wawancara juga masih belum dapat diadakan dengan mereka.

Daripada 10 saksi yang dikenalpasti oleh pihak pembelaan, lima daripadanya telah memberi keterangan sehingga ini. 
Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan agar siasatan terperinci dilakukan terhadap projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas Kabinet diminta meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion pada 2007. 
    
Bekas Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn, yang merupakan saksi pihak pembelaan yang kelima dalam kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, memberikan keterangan bahawa Kementerian Kewangan memohon kelulusan bagi pinjaman itu selepas Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) berdepan kesulitan dengan tunggakan pembayaran bon berkaitan projek itu.
    
Semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, Dr Fong bersetuju kementerian memohon supaya permohonan pinjaman itu diluluskan semula selepas mendapat kelulusan awal bagi projek itu oleh Kabinet pada 2 Oktober 2002. 
    
Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Manoj mengenai surat kelulusan yang dikemukakan kepada Kabinet pada 27 Jun, 2007, bahawa kos asal projek itu pada 2002 ialah RM1.088 bilion.
    
"Jika anda lihat pada terma dan syarat perjanjian antara vendor (Kuala Dimensi Sdn Bhd) dan Kementerian Kewangan pada 2002, ia tidak termasuk faedah," kata Dr Fong. 
    
Semasa dirujuk dengan beberapa dokumen yang menyatakan angka itu sebagai RM1.088 bilion oleh Manoj, Dr Fong tetap dengan pendiriannya bahawa ia sepatutnya lebih kerana RM25 bagi satu kaki persegi itu tidak mengambil kira kaedah pembayaran yang dibuat secara berperingkat bagi tempoh lebih 15 tahun.
    
Terdahulu, semasa pemeriksaan utama oleh peguam utama yang mewakili Dr Ling, K.K. Wong, Dr Fong berkata dirinya mahupun mana-mana menteri Kabinet tidak diperdayakan oleh Dr Ling. 
    
Katanya ia merupakan keputusan bersama oleh Kabinet untuk membeli 1,000 ekar tanah menerusi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang mencadangkan ia diperoleh untuk projek PKFZ. 
    
Dr Fong, bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya, menjelaskan kaedah pengiraan digunakan bagi pembayaran antara vendor (Kuala Dimensi Sdn Bhd) dan pembeli (Kementerian Kewangan) ialah kaedah yang biasa digunakan dalam dunia korporat.
    
"Berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada mesyuarat Kabinet dan seingat saya, kaedah pembiayaan projek adalah menerusi pembayaran tertunda, iaitu kadar RM25 bagi setiap kaki persegi adalah tidak termasuk faedah.

"Anda juga perlu mengambil kira terma antara pihak-pihak dan ia bukan pembelian tunai. Di sini, vendor telah meminta kadar lebih tinggi pada setiap kaki persegi kerana syarikat perlu meningkatkan dana dengan mengeluarkan bon dan  JPPH bersetuju," kata Dr Fong. 
    
Bekas menteri itu seterusnya menjelaskan harga awal RM21 bagi setiap kaki persegi sebenarnya berdasarkan pembelian tunai, yang tidak memasukkan kos pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan vendor di tanah itu.
    
"Terdapat banyak pertimbangan terlibat dalam transaksi ini dengan kaedah diskuan aliran tunai (DCF) digunakan dan kadar RM25 bagi setiap kaki persegi telah turut mengambil kira kemudahan infrastruktur, kupon dan kadar asas seperti  dinyatakan dalam terma-termanya oleh JPPH, tanpa kadar faedah tambahan bagi tempoh lebih 15 tahun," kata Dr Fong. 
    
Dr Ling, 69, didakwa memperdayakan kerajaan dengan tidak mendedahkan kepada Kabinet kadar faedah tambahan 7.5 peratus setahun bagi RM1.088 bilion (pada kadar RM25 setiap kaki persegi) dalam pembelian tanah bagi projek PKFZ di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 25 September 2002 dan 6 November 2002. 

Beliau juga meminta dibicarakan terhadap dua pertuduhan alternatif iaitu menipu, yang membawa hukuman lebih ringan.
    
Dalam prosiding hari ini, Wong juga memaklumkan kepada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang beliau bercadang memanggil empat lagi saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdullah. Perbicaraan bersambung Isnin depan.-Malaysiakini

MR BR1M..kenapa takut, berani kerana benar takut kerana salah.

1 ulasan:

  1. Mr BRIM hnya berani depan media pengampu/pengipas je...itu lagak hero kampung hnya berani berkokok dlm laman sendiri je..pergi la bg keterangan supaya duit rakyat dpt diselamatkan atau ada udang disebalik batu/ nyamuk didalam kelambu ??? kita tguuuuuuuuuuuu

    BalasPadam