Selasa, 19 Mac 2013

Persoalan tak terjawab kenapa Najib didakwa arahkan peguam Cecil Abraham deraf akuan bersumpah kedua?

Dapatkan akhbar 'Meletop' SK bil 109 di pasaran untuk bacaan lanjut.

Suruhanjaya sangat munasabah untuk siasat pembunuhan Altantuya

Suruhanjaya bebas bagi menyiasat peguam yang menyediakan draf akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam sangat wajar ditubuhkan.
balaJabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyifatkan, suruhanjaya berkenaan membolehkan nama-nama yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu disiasat, khususnya melibatkan pendedahan mendiang Bala.
“Memandangkan pendakwaan kes ini tidak menyeluruh di mahkamah Malaysia, maka perlu kepada suruhanjaya bebas lebih-lebih lagi apabila banyak pendedahan mendiang Bala yang menimbulkan persoalan,” kata Pengarah Juham, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi.
Sabtu lalu, peguam mendiang Bala, Americk Singh Sidhu mendedahkan seorang peguam senior, Cecil Abraham mengaku menyediakan SD kedua Bala atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu didedahnya ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam dekat sini.
Ahmad Zamri berkata, peguam negara perlu membuka semula kes pembunuhan itu berdasarkan pendedahan Bala dan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
“Peguam negara ada kuasa buka semula kes ini selepas pendedahan Bala dan Deepak. Tapi perkara ini tidak dilakukan. Jalan terakhir ialah penubuhan suruhanjaya bebas,” katanya dipetik Harakah Daily.
Sementara itu, Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara berhubung dakwaan ke atas salah laku Cecil Abraham itu.
Balasubramaniam pada Julai 2008, membuat akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.
Bagaimanapun, Bala menarik balik SD tersebut dengan membuat SD kedua sehari selepas mendedahkan SD pertama.
Beliau yang pernah berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda itu kemudian menghilangkan diri selepas mendakwa menerima ancaman.
Bala pulang ke tanahair 24 Februari lalu, dan kemudian nekad untuk menjelajah negara bagi mendedahkan skandal berkenaan.
Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung. – NS (Keadilandaily.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan