Kajian Merdeka Center baru-baru ni kata populariti Najib makin menurun walaupun tabur janji sana-sini untuk menang pilihanraya umum ke 13.Semua duit cash dihulurkan macam BR1M tapi tak naik-naik populariti Najib.Populariti Najib menurun selepas kajian dibuat oleh Merdeka Centre selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Januari lalu.
Tiba-tiba kita dikejutkan dengan pencerobohan puak Sulu ke atas Lahad Datu,Sabah.Semua orang pakat terkejut macam mana puak Sulu boleh mendarat dan masuk berkubu di Lahad Datu dah nak masuk sebulan.Pihak tentera laut ada peralatan radar tapi macammana depa tak dapat kesan?
Tu satu hal yang pihak tentera pulak tidak dibenarkan ketuai operasi dalam berperang dengan penceroboh Sulu akhirnya polis jadi mangsa tembakan penceroboh Sulu.Kalau ada pihak yang sanggup korbankan anggota keselamatan untuk raih sokongan politik tu memang celaka la.
Diharap selepas kejadian pencerobohan Sulu di Lahad Datu berakhir yang tah bila dibuat satu lagi kajian mungkin kali ni populariti Najib kembali berada ditahap 100 peratus baru senang hati Najib nak bubar parlimen.
Baca juga;
Empat rakyat Malaysia ditawan dakwa tentera Sulu-M'insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan