Isnin, 11 Mac 2013

Kesian Tun Madey terpaksa berkokok untuk selamatkan kroni Umno di Selangor

Bekas PM Tun Madey kata Selamatkan Selangor demi Melayu-Bumiputera.Ini jelas menunjukkan bahawa Tun berada dalam kebimbangan yang amat sangat akan nasib Melayu Umno di Selangor yang telah bolot kekayaan di Selangor sejak 50 tahun lalu dah terjejas.

Jika anda seorang peniaga yang tak cari makan dengan Umno anda tak akan rasa bimbang apa pun akan nasib orang Melayu di Selangor.Selangor negeri terkaya dalam Malaysia jadi punca Umno untuk merebut semula Selangor daripada PR.Negeri Selangor bukan hak Umno tapi hak semua rakyat di negeri itu.

Kalau takat nak hidup terus bergantung kepada Umno kita akan terus jadi peminta sedekah kepada Umno!Ini yang Umno mau sebenarnya.Mengajar orang Melayu meminta-minta sejak 50 tahun yang lalu.

Contoh jelas ialah bekas MB Selangor Khir Toyo yang bolot kekayaan di Selangor tapi akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana terlalu tamak semasa berkuasa.Macam ni ka kita orang Melayu mau tengok.Yang malukan Melayu bukan bangsa lain tapi bangsa sendiri iaitu Umno.

Terpekik terlolong menjerit nak selamatkan Melayu tapi dalam masa yang sama kaut kekayaan untuk kroni sendiri.

Umno nak berhimpun terpaksa upah anak muda dengan RM20-RM30 untuk ramaikan majlis.Untuk apa kalau bukan untuk menunjukkan Umno kuat.Kuat nak rampas Selangor supaya bila kembali berkuasa senanglah anak cucu dan cicit Umno dapat projek di negeri itu.

Kita tak rasa bimbang apa pun sejak PR berkuasa di Selangor.Salah dan silap mesti ada tapi teruk-teruk PR pun lima tahun berkuasa MB Selangor belum pernah terbabit naik mahkamah dan disumbat dalam penjara macam nasib Khir Toyo bekas MB Selangor.

Tengokla apa jadi dengan Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah .Senang-senang untung atas angin berjuta ringgit yang libatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.Askar pencen buka warong tepi jalan tapi Raja Ropiah kawad dalam tentera pun tak pernah jadi kaya raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan