Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Ini ketentuan Allah SWT sejak azali lagi.Tak kurang seminit dan tak lebih seminit malaikat Izrail akan cabut nyawa kita.Macam mana pulak dengan denyut nadi nyawa Umno-BN dalam pru 13 akan datang?
Pemimpin Umno banyak yang kaya raya.Jadi pemimpin Umno bahagian saja rumah mewah dan kereta mewah sorang 3-4 biji.Ada yang dok ikut pungkoq pemimpin Umno kata kat saya,"Kalau aku pun tak kaya macam depa buat apa aku ikut.Tambah-tambah dekat pilihanraya ni la nak buat duit pun."
Kaya hasil titik peluh sendiri tanpa melalui pintu belakang kita cukup bangga.Tapi kalau melalui songlap wang rakyat jadi kaya raya hang pa banggaka?Kereta 3-4 biji ,rumah mewah cukung yang sponsor untuk dapat projek berjuta ringgit hingga sanggup jual bangsa ,agama dan negara hebat ka orang macam ni?Jika kuasa sudah tidak ada di tangan ingat cukung begitu bodoh nak tolong lagi?
Pakatan Rakyat pulak jangan syok sangat nak menang nanti kalau jadi terbalik tak tidoq malam haha.Cuma kita dah 12 kali kalah pru di peringkat pusat tak la terasa sangat kalau terus kalah.Apa pun sebagai orang Islam kita banyakkan berdoa kepada Allah SWT Yang Maha Esa agar kita diberikan kemenangan di Putrajya.Kita merancang tapi perancangan Allah itulah yang lebih baik.Cukup-cukuplah 55 tahun kita dijajah Umno-BN.
Najib berada dalam keadaan yang cukup tertekan dan sanggup biarkan rakyat tertanya-tanya bila tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan.Najib sedang memikirkan apakah selepas pru 13 beliau masih lagi seorang PM.BN menang dan tidak dapat 2/3 majoriti Najib terpaksa angkat kaki sebagai PM.Kalau BN kalah teruk tak payah cakap la sekali dengan Muhyidin melopong biji mata tak dapat jadi PM.
PRU 13: 9 Negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.
"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang tidak tertanggung.
"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama.
Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya.
"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.
Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini.
Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.
Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.
Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.-harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan