Jumaat, 8 Mac 2013

Meriah pru 13 kita mengundi dengan 'hantu' tak dikenali, bakaq kemenyan baru nampak


Selangor: SPR tolak bukti untuk bersihkan daftar pemilih-The Malaysian insider

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak rayuan Selangor untuk menyelesaikan secara bersama percanggahan dalam daftar pemilih negeri walaupun terdapat bukti, kata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Faekah Husin, setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada SPR, merayu untuk berbincang mengenai penemuan terbaru, terdapat 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru berdaftar di Selangor tidak dapat dikenalpasti.
“Paling kurang yang mereka boleh lakukan adalah dengan memanggil kami untuk berbincang dan membentangkan penemuan kami. Mereka tidak perlu pun untuk mengucapkan terima kasih,” kata Faekah kepada The Malaysian Insider merujuk kepada inisiatif kerajaan negeri mengesahkan daftar pemilik melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Abdul Khalid memberitahu Persidangan Antarabangsa mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 Malaysia Isnin lalu, beliau diberitahu oleh SPR, Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membersihkan daftar pemilih.
Faekah mengatakan kerajaan negeri kecewa dengan keengganan SPR untuk bekerjasama mengenai perkara tersebut, mengatakan langkah meneliti daftar pemilih bukan politik tetapi kempen untuk membantu suruhanjaya itu dalam tugasnya untuk memastikan pilihan raya yang adil.
“Kerja UPEN tidak bersifat politik. Ia dilakukan di bawah pentadbiran dan oleh pegawai kerajaan,” kata beliau semalam.
Faekah mengatakan proses pengesahan telah dilakukan dengan teliti di peringkat akar umbi melibatkan organisasi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyemak senarai tersebut di kawasan masing-masing.
Data telah dikumpul dan disusun untuk penelitian SPR, katanya.
SPR, dan menteri Kabinet merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang turut hadir di dalam persidangan bersama Abdul Khalid pada Isnin, membantah usaha kerajaan negeri untuk mengesahkan daftar pemilih, menurut laporan sebuah portal berita.
Faekah berkata kebuntuan telah memaksa penggubal undang-undang negeri PR untuk membawa perkara itu ke mahkamah tetapi peluang untuk mendapatkan hasil positif adalah sangat sukar kerana prosiding mahkamah boleh berlarutan sehingga pilihan raya diadakan.
Pilihan raya 2013 dijangka akan diadakan dalam beberapa minggu lagi.
Hari ini tepat lima tahun sejak pilihan raya umum lepas yang menyaksikan PR menggulingkan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri Selangor.
“Apa kami boleh buat? Kami perlu melakukan sesuatu,” katanya.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kontroversi peningkatan besar dalam jumlah pengundi kali pertama di negeri tersebut adalah “biasa” dan sudah dijangka oleh kerana negeri terkaya itu adalah sebuah magnet untuk rakyat Malaysia mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik.
Beberapa pemimpin PR menuduh peningkatan pengundi baru di Selangor adalah sebahagian daripada konspirasi BN untuk menjatuhkan pentadbiran Abdul Khalid dengan penipuan. Pemimpin BN walau bagaimanapun, telah menafikan pertuduhan tersebut.
Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat kesungguhannya untuk merampas Selangor, negeri paling maju perindustriannya dari PR dalam Pilihan Raya 2013.
Gabungan pemerintah itu baru-baru ini mengumumkan perlantikan Najib sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dan manifesto berasingan ditulis, menunjukkan kesungguhan mereka untuk merampas kembali negeri tersebut.-M'insider
Kalau 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru bersamaan dengan 123,200 pengundi baru tak dikenali di Selangor!Tu baru di Selangor negeri lain macam mana?Syok la kena bakaq kemenyan baru nampak pengundi tak dikenali. Haha

Jangan lupa Sulu..Sulu jugak tapi kalau pru 13 pengundi tak dikenali dan muka bukan cap Malaysia mampoih kita akan kerjakan.Tak ada bola tanggung yang ada benjol dahi.Biarkan Pak Yet Umno melalak nak pertahan negara kononnya tapi yang ini macam mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan