Khamis, 28 Mac 2013

Hari ini dalam sejarah

Tengah malam tadi maka terbubarlah secara automatik DUN Negeri Sembilan dan wujudlah kerajaan sementara (caretaker goverment).Najib dok tunggu berapa negeri lagi terbubar dengan sendiri baru nak umum bubar parlimen?

Ini bukan soal siapa kalah dan siapa menang pilihanraya tapi soal maruah sebagai seorang pemimpin yang sering bercakap BN akan menang besar dengan majoriti dua pertiga di parlimen dalam pru 13 tapi Najib tak berani umum nak bubar parluimen.

Keadilandaily.com melaporkan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff menyifatkan pembubaran automatik ini ekoran ketakutan Perdana Menteri membubarkan Parlimen awal untuk berhadapan PRU 13.
“Bukan saja dalam sejarah Negeri Sembilan, malah di Malaysia, tak pernah terjadi DUN terbubar dengan sendiri. Ini kerana Datuk Seri Najib Razak tidak yakin untuk memenangi pilihan raya.
“Mungkin tempoh lima tahun sejak 2008 masih tidak cukup untuk menunjukkan prestasi pemerintahan beliau (Najib),” sinis Rashid mengulas perkara itu.
Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata seperti yang dilaporkan harakahdaily;
"Hari ini sudah genap lima tahun 19 hari sejak mandat diberikan rakyat.  Walaupun dari sudut undang-undang ia akan terbubar 28 April ini, bagi saya mandat yang diberikan hanya lima tahun, bukan lima tahun 19 hari," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, sepatutnya tempoh lima tahun yang diberikan kepada rakyat sejak 2008 lalu telah dikembalikan kepada rakyat untuk memberi mandat baru.

Dalam pada itu, Mahfuz melahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan banyak membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan dalam suasana mandat rakyat sudah berakhir.

"Saya menuntut kerajaan untuk memaklumkn apa-apa projek, pembinaan yang telah diluluskan selepas 8 Mac lalu, termasuk di Lima, Langkawi.

"Bagi saya, tidak wajar perkara seperti ini (projek selepas 8 Mac lalu). Kerajaan 'caketaker' pun tidak boleh meluluskan sebarang projek, sebaliknya sekadar menjalankan apa yang sudah ada sebelum ini," tegas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Negeri Sembilan memandangkan Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri berkuatkuasa tengah malam tadi.
Baca juga;
SPR pantau kerajaan sementara-Sinar harian online

4 ulasan:

  1. hoi hasan pukilu sapa perasuah penggondol harta orang miskin rantau kiamat bagimu itulah ku doakan

    BalasPadam
  2. Itu nama nya gila kuasa.

    BalasPadam
  3. Aku rasa la,,najib dok ingat negeri pr nk buat pilihanraya secara berasingan kot,jadi senang la depa nak pakat pi kerumun negeri tu,buat kacau ka,nk mengundi dua kali ka,atau bulih la bawak samseng,byk2,...

    BalasPadam
  4. Nk komen tu komen la secara ilmiah,x payah nk maki/mencarut.,diharap lainkali saudara misaimerah x terbitkan komen yg macam tu,

    BalasPadam