Rabu, 13 Mac 2013

Tinggal Tun Madey dok pertahan Umno yang lain dah mengaku

Dulu mana ada artis berani jadi ahli Pas dan parti lain macam PKR.Dulu tak ada bekas leftenan jeneral tentera,Brigadier Jeneral sokong Pas dan PKR bila dah pencen kini bersama PR.Tamrin Ghafar dah masuk Pas anak kepada bekas TPM Tun Ghafar Baba.Bekas menteri pun dah joint PR.Hanya tinggal lagi dok pertahan Umno-BN ialah Tun Madey dan Braheng Ali.Hasan Ali dan Zulkifli Noordin kini dok sokong Umno kot-kot Umno boleh bernyawa lagi selepas pru 13 boleh la sekupang dua.

Terkini bekas TPM Musa Hitam kata Tak Bangkrap Jika Pakatan Memerintah."Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya."Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. 
"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, semalam.

Ini bermakna kompom bahawa Umno memang kaki temberang dan pembohong yang selalu jual ayat politik kepada orang kampung yang sudah tentu orang Melayu bahawa jika 'Umno tumbang Melayu merempat' tidak berasas sama sekali.Ayat popular saya kini ialah orang Melayu yang menyokong Umno hanya jadi penyedap kepada pimpinan Umno yang kaya raya dan anak bini mereka untuk terus bermewah dengan kekayaan negara.Sebagai contoh keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia dan Ketua Wanita Umno Selangor kaya raya kerana dapat untung atas angin berjuta ringgit dalam sekelip mata.

Dalam masa yang sama depa buat muka 10 sen merayu orang Melayu terus menyokong Umno.Depa tempek kulit apa kat muka depa cakap pasal nasib orang Melayu sedangkan mereka sendiri terpalit dengan penyelewengan wang rakyat.

2 ulasan:

  1. tun madey takut dipenjarakan apabila pr menawan putrajaya nanti, cakap2 anwar bkn boleh caya sangat, apabila menang nanti rasalah kau madey langit ni tinggi atau rendah.

    BalasPadam
  2. Entahlah ye! apa tangkal...lah dia pakai

    BalasPadam