Sabtu, 16 Mac 2013

Dalang Altantuya hanya akan terungkai jika regim tua BN tumbang

Sibuk sangat barua Umno dan pak yet parti itu menimbulkan kontroversi dalang Lahad Datu tujuannya tak lain tak bukan untuk tutup rapat kes pembunuhan ngeri Altantuya.Mereka syok dan terlompat-lompat apabila P.Balasubramaniam mati kerana diserang sakit jantung.Depa ingat dengan matinya P.Bala maka tak ada lagilah saksi utama untuk bongkar kes Altantuya.

Nak tutup kes Altantuya juga kita sekali lagi dihidangkan dengan gambar seks yang kembali muncul menjelang pru 13.Pusing pi pusing mai kisah seks juga yang jadi modal politik parti setan.Seolah-olah nyawa Umno hanya kisah seks lucah.

Apa saja isu babitkan kes Altantuya tak akan ke mana selagi regim yang berkuasa tidak ditukar.Semua kena tukar.Peguam negara kena tukar barulah kes Altantuya ada penamatnya.Nak tahu kisah sebenar di Lahad Datu juga kita kena tukar regim tua yang berkuasa kalau tidak rakyat terus tertanya-tanya apa sebabnya kes Lahad Datu terjadi.Kenapa pihak regim tidak mahu buat sidang tergempar parlimen untuk bincang kes Lahad Datu?

'Cecil Abraham ada tangan dalam SD2'-Malaysiakini
Peguam Americk Singh Sidhu mendakwa, peguam Cecil Abraham memberitahunya bahawa beliau menyediakan akuan bersumpah kedua (SD) untuk bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri.

Americk, bekas peguam kepada mendiang Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala dikatakan mendedahkan perkara ini semasa mesyuarat agung tahunan Bar Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Peguam Sivarasa Rasiah melaporkan perkembangan itu melalui pesanan tweet semasa AGM, yang sedang berlangung ketika laporan ini ditulis.

Majlis Peguam akan fail aduan terhadap peguam kanan-Malaysiakini
Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara ekoran dakwaan berlaku salah laku profesional melibatkan peguam kanan Cecil Abraham.

NONEPengerusi majlis itu yang baru dipilih Christopher Leong (kiri) berkata, Bar juga akan mendesak pendakwaan dibuat, terutamanya oleh peguam negara, untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan dua anggota polis.

"Perkara ini diputuskan oleh mesyuarat majlis hari ini sejurus selepas perhimpunan agung tahunan (AGM) dan kami akan membuat laporan segera pada DB (lembaga disiplin)," kata Leong.

"Kami juga akan mengumpulkan kenyataan daripada (peguam) Americk Sidhu dan peniaga karpet Deepak Jaikishan. Terdapat beberapa bukti baru yang membawa kepada kes ini sejak akhir tahun lalu, dan kini.

"Jadi kami akan membuat laporan kepada DB minggu depan dan mendesak AG untuk membuka kembali fail. Seperti yang kamu tahu, diada motif jelas dalam pembunuhan ini."-M'kini

Nak tol free,harga petrol turun,harga kereta murah,pendidikan percuma,PTPTN dihapuskan juga kena tumbangkan regim  tua BN.Jika kerajaan baru tidak tunaikan janji mereka kita turun ke jalanraya,pru ke 14 kita ajar mereka cukup-cukup.Apa nak susah, apa nak takut? Ni dak..tiap-tiap kali undi hanya undi BN rugi sampai mati!

Agak-agak satu hari berapa kali kita kena tipu dan kena kelentong dengan regim tua BN?Macam-macam lagu dan rentak depa bawa.Yang pasti lagu sedih,lagu bohong jadi lirik untuk bodohkan kita.Sampai tua kita kena tipu!

1 ulasan:

  1. Mmg korang sume2 bodoh pun!!!..Ditipu hidup2 dek AnuGay!!!

    BalasPadam