Khamis, 14 Mac 2013

Ingatkan Utusan Meloya tak takut kena saman


Rencana Fitnah Utusan Terhadap Chegubard Lesap

Submitted by  on March 14, 2013 – 3:06 PMNo Comment
broken link
Kenyataan Terbuka
14 Mac 2013
Rencana Fitnah Utusan Terhadap Chegubard Lesap
Dua hari lalu, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan telah menyerahkan notis kepada Utusan Malaysia beberapa tuntutan kepada Utusan Malaysia. Melalui peguamnya Sazali & Lim, notis telah diserahkan dan telah diakui terima oleh pihak Utusan.
Berikutan itu, paparan rencana Utusan Online bertajuk “Medan Perah Duit Rakyat” tulisan Mohd Asron Mustapha yang menjadi bukti fitnah jahat terhadap Chegubard telah lesap. Ia disedari hari ini sekitar jam 12 tengahari tadi dan sehingga kenyataan ini ditulis, rencana tersebut tiada di paparan. Kali terakhir rencana itu dilihat masih terpapar ialah semalam.
Walaubagaimanapun alamat url pautan asal “http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat” masih wujud. Cuma apa yang tinggal hanya tulisan tertera “Broken Link”.
Apakah tindakkan Utusan Online memadamkan rencana di dalam isi pautan tersebut menjadi petunjuk bahawa Utusan telah akur dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak guaman chegubard?
Penarikkan rencana berunsur fitnah tersebut dari portal Utusan Online adalah merupakan salah satu dari empat tuntutan gantirugi yang dikemuka oleh Chegubard. Buat masa ini, pihak SAMM dan Chegubard masih lagi menunggu permohonan maaf secara terbuka sepertimana yang dituntut.
Sekian
Norazizi Abd Aziz
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anakmudamalaysia.com
Tau takut haha..mana boleh tahan naik mahkamah ja semua saman terhadap Utusan menang.Utusan kena bayar saman tapi pencacai Umno masih setia percaya apa yang Utusan tulih.Terkini ABIM pulak fail saman fitnah terhadap  Utusan RM10 juta.Semalam media juga melaporkan Utusan diperintahkan bayar kos mahkamah RM10,000 kepada ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.Mau tak takut!
La ni Utusan dan TV3 dok gempaq kata Anwar Ibrahim ada kaitan dengan kes pencerobohan Lahad Datu .Rakyat dah sedar akan kegagalan pemerintah tangani isu Lahad Datu sebab tu depa dok pusing berita jadi lagu lain.Hanya yang tak cerdik ja terpengaruh dengan agenda jahat puak parti setan yang dikenali.Depa rasa puas kerana Tian Chua yang jadi mangsa batu api media Umno kini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan di bawah akta hasutan kerana didakwa kata kes Lahad Datu sebagai sandiwara Umno.Apabila media Filipina kata wujud konspirasi dalam perang di Lahad Datu puak Umno dan pak yet Umno tak marah.Konpsirasi dengan sandiwara tu lebih kurang ja maksudnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan