Ahad, 3 Mac 2013

Berita pecah lobang Umno Sabah pernah minta keahlian Sultan Sulu dipecat

Berita pecah lubang

UMNO Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat-Berita Harian Online 19-2-2011

Badan Perhubungan UMNO Sabah akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya ahli UMNO sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dipecat daripada parti kerana mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, baru-baru ini. 

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat UMNO negeri, di sini malam kelmarin berikutan tindakan ahli perniagaan terbabit yang disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti. 

Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO memandang serius tindakan ahli terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Datu Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti. 


"UMNO negeri akan mengemukakan surat rasmi kepada MT tidak lama lagi. 
Mesyuarat pada malam ini (kelmarin) mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan. 

Beliau yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Awal bulan ini, Datu Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Sabah dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat sini. 
Majlis itu turut disaksikan sekumpulan 60 jemputan, termasuk beberapa individu yang didakwa sebagai Pegawai -Berita Harian Online.

Yang di bawah ni pulak gambar gambar pemimpin Sulu hadir dalam perhimpunan agung Umno 2012.Gambar dari FB Revolusi Anak Muda Malaysia.Masa nak ambik nama sebagai tokoh damai antara pemimpin Islam di Selatan Filipina Najib buat-buat lupa kata dia pun jumpa puak tu!La ni bila puak Sulu tuntut Sabah media Umno tuduh pemimpin PR pulak dalang penceroboh Sulu tuntut Sabah.Taik kalau bau busuk , busuk jugak la namanya.
Haha lepas ni bukan takat puak Sulu nak tuntut Sabah, malah akan muncul pulak kesultanan Bangla,Kesultanan Myanmar,Kesultanan Indone,Kesultanan Pakistan sebab puak ni diberikan MyKad sementara dan IC Merah.

Ingat beratus ribu pendatang haram Filipina sudah dapat IC zaman Tun Madey jadi PM.Puak tu la ni sebahagian daripada keturunan Sulu kalau tidak takkan ahli Umno juga ada orang Sulu.Hari ni Tun Madey bekas PM mintak buat serangan balas terhadap penceroboh Sulu.Orang Sulu sendiri dah jadi rakyat Sabah Tun oiii.

Menteri Pertahanan dok senbunyi tang mana.Takkan sembang deras dalam media Umno ja?Takat pakat berkokok lantang marahkan rakyat sendiri jangan sebar kabar angin tak payah jadi menteri la..balik kampung kopek buah nyoq la.


Mari kita pakat humbankan Umno-Bn dalam pru 13.Jadi macam ni nak sokong Umno-Bn lagi?!!!Najib lemah..yang ni Tun sendiri kata,Menteri Kabinet hanya pakat berkelahi mulut macam budak-budak berebut buah goli.Malu!

Baca juga;
Pencerobohan Lahad Datu hanya satu sandiwara!!!-Bekas Laksamana TLDM-Sabahdaily.com
Lahad Datu:Mana kelengkapan tentera berbilion ringgit?-Keadilandaily.com

8 ulasan:

  1. . beliau nie milf yg sign damai dgn kerajaan filipina..bagi wilayah mindanao..nur misuari tidk setuju seolah2 dia di belakangkan. Dan nur misuari tu mnlf..dan yng dtg sbgi penceroboh awal2 lgi cakap dorg mewakili kesultanan sulu kan..

    BalasPadam
  2. Bukan ini adalah gambar Sultan Sulu yg di iktiraf Kerajaan Filipina? Walhal yg menyerang itu adalah dari kalangan mereka yg memberontak (kuncu-kuncu Nur Misuari) yg dijanjikan "autonomi" olih DSAI. Malangnya mereka berindak rangkus utk menyerang Lahad Datu macam penjajah !!!

    BalasPadam
  3. Bukan kah ini gambar Sultan Sulu yg diikhtiraf olih kerajaam Filipina? Walhal yg menyerang Lahad Datu macam penjajah itu adalah kuncu-kuncu Nur Misuari yg dijanjikan "autonomi" olih DSAI.

    Agak-agak la kalau nak menipu tu.

    BalasPadam
  4. Disebabkan terlalu "GILA KUASA", mereka sanggup gadaikan keselamatan negara..!!

    BalasPadam
  5. najib itu pudek pukimak hoi najib babi jangal jual negara juallah bini kamu sialan kao najib

    BalasPadam
  6. Najib baik sangat, anuar baik sangat oleh yg demikian itu pilihlah ulama untuk jalan tengah'Kalau dh xboleh nk percaya pada ulama, berhentilah jadi manusia..

    BalasPadam
  7. Nabi saw bersabda, man qoola fasadan naas, fahuwa afsaaduhu, siapa yg Kata manusia telah Rosak, maka dialah yg paling Rosak,
    Bg saya kejadian di lahad datu adalah peringatan dari Allah, kepada orang Islam Malaysia, bersatulah wahai orang Islam, ingat dunia ini sangat sangat sangat bersifat sementara,perjuangkanlah pusaka nabi mu, kerana sesungguhnya hanya dengan mengamalkan keseluruhan agama Islam sahaja kebahagiaan diakhirat Dan ketenangan di dunia Akan dikecapi,13 thn di makkah usaha atas keyakinan orang2 islam, 9thn di madinah menyempurnakan syariat Allah= 23thn sahaja masa yg diambil untuk mengubah akhlak buruk Dan penyakit hati bangsa Arab, tolonglah Malaysia dh lebih 50thn merdeka, tamadun bangsa makin hilang,(tamadun bangsa di ukur dgn akhlak, bukan besi, Batu, emas, perak, atau banggunan-banggunan) wallahila'zim seandainya Malaysia mengamalkan syariat Allah yang sempurna , pasti,pasti Dan pasti akan maju Dan di geruni oleh negara-negara kuffar. Dgn syarat orang yang diatas dipilih atas dasar taqwa, bukan popular. (Taqwa bermaksud takutkan allah,)Kalau Ada taqwa rm99999999999999999 tidak terkesan dlm hati

    BalasPadam
  8. Fakta menipu byk ni. ... itu bkn kiram la batu api rakyat

    BalasPadam