Saya baca dalam Malaysia Today ulas isu tersebut ,penulis tu kata dalam bahasa oghang putih ;
On March 4, the morning Najib ordered in warplanes to bomb in the vicinity of the Sulu combatants, he was not in Sabah. He was cajoling a Bukit Jalil rally of 16,000, described by official news agency Bernama as a “gathering of Muslims, including Islamic scholars and leaders”, to vote for BN.
“We are unwavering in the matter of the word ‘Allah’. The government of today will defend the use of the word,” Najib said, asserting the BN’s commitment to denying non-Muslims the use of the word “Allah”, even though this laughable ban has been lifted by the High Court.
The government’s court appeal has been postponed: Najib is treading a fine line between drumming up religious fervour among rural Muslim Malays, his priceless vote bank, and inflaming three quarters of a million Christian voters in Sarawak and Sabah.Baca di sini.
Bahasa Melayunya diterjemah lebih kurang bunyi begini;
Pada pagi 4 Mac, Najib mengarahkan pesawat pejuang bom di sekitar kawasan penceroboh Sulu, dia tidak berada di Sabah. Beliau berada dalam perhimpunan di Bukit Jalil, yang dihadiri 16,000 yang digambarkan oleh berita rasmi agensi Bernama sebagai "perhimpunan umat Islam, termasuk ulama dan pemimpin Islam", untuk mengundi BN.
"Kami tidak berbelah bahagi dalam perkara mempertahankan kalimah 'Allah'. Kerajaan hari ini akan mempertahankan penggunaan kalimah Allah, "kata Najib, menegaskan komitmen BN untuk menafikan bukan Islam menggunakan perkataan" Allah ", walaupun pengharaman menggelikan ini telah ditarik balik oleh Mahkamah Tinggi.
Lagi..apabila bapa Saiful Bukhari dalam kes liwat 11 kata wujud konspirasi oleh pegawai Najib untuk jatuhkan Anwar adakah kita akan terus percaya dengan cakap Najib itu untuk pertahankan kalimah Allah?Kalimah Allah SWT Yang Maha Esa telah dipolitikkan untuk kepentingan politik Umno supaya terus berkuasa.Lupakah kita dengan sikap pemimpin Umno yang persendakan hukum hakam Islam selama ini?Berikut ialah teks penuh bapa Saiful Bukhari;
Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.
4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.
5. Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
ZAMRI IDRUS?
6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim.

7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.
8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.

9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.
12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
Mahkamah Jalan Duta pada Januari 2012 telah mendapati Anwar tidak bersalah dan tiga butir bom telah meletop selepas keputusan tersebut diumumkan!Hingga kini tidak ada sebarang keputusan terhadap kes letupan bom tersebut.
Saya bukan orang yang memuja Anwar tapi apa lagi yang Umno mau lakukan terhadap Anwar.Mungkin mereka sedang mencari mangsa baru untuk dikaitkan dengan politik jubur yang sudah sebati dengan Umno supaya orang Melayu terus dimalukan di seluruh dunia.Inilah wassatiyyah cara Umno.Fitnah dan rasuah dan jadi barah yang sukar dihapuskan dalam batang tubuh parti Umno.Nak menang pilihanraya sanggup gadai maruah Melayu dengan politik jubur.Hang pa tak malu ka?Hang pa percaya ka Umno nak pertahankan kalimah Allah?
Seorang pensyarah di UIA bagi tau kat saya,"Sekarang ni di pejabat dah jadi mainan nama Anwar.Kenapa kau buka pintu Anwar yang suruh,kenapa kau makan tak ajak aku Anwar yang suruh,semua Anwarrrrr!"
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
Mahkamah Jalan Duta pada Januari 2012 telah mendapati Anwar tidak bersalah dan tiga butir bom telah meletop selepas keputusan tersebut diumumkan!Hingga kini tidak ada sebarang keputusan terhadap kes letupan bom tersebut.
Saya bukan orang yang memuja Anwar tapi apa lagi yang Umno mau lakukan terhadap Anwar.Mungkin mereka sedang mencari mangsa baru untuk dikaitkan dengan politik jubur yang sudah sebati dengan Umno supaya orang Melayu terus dimalukan di seluruh dunia.Inilah wassatiyyah cara Umno.Fitnah dan rasuah dan jadi barah yang sukar dihapuskan dalam batang tubuh parti Umno.Nak menang pilihanraya sanggup gadai maruah Melayu dengan politik jubur.Hang pa tak malu ka?Hang pa percaya ka Umno nak pertahankan kalimah Allah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan