Ahad, 3 Mac 2013

Puak Umno-BN sibuk dengan BR1M walaupun Lahad Datu dah Brooom

Tengah kalut puak Sulu bunuh polis Malaysia pemimpin Umno-BN macam tak rasa sangat apa yang jadi di Lahad Datu.Yang keluar kenyataan oleh pemimpin Umno-Bn ialah kutuk pemimpin parti lawan mereka dan kaitkan pemimpin yang lawan Umno-BN sebagai dalang di Lahad Datu.

Depa tak kira janji rakyat hendaklah percaya bulat-bulat apa yang dikeluarkan oleh media parti syaitan sebagai benar dan jangan percaya kabar angin.

Kenapa polis jadi mangsa pembunuhan di Lahad Datu dan tidak benarkan pihak tentera untuk berlawan dengan puak Sulu yang dah tiga minggu berada di Lahad Datu?Syok puak Sulu tu boleh menanak makan nasi sambil bunuh polis Malaysia.Kenapa pihak tentera berada di belakang polis dalam pencerobohan puak Sulu di Lahad Datu?

Apakah ada agenda tertentu hingga polis dikorbankan?Najib ketika posting ni ditulih berada di Kangar,Perlis kutuk pemimpin PR.Sepatutnya selaku PM Malaysia berada Di Sabah bukan di Perlis baru kata ada tanggungjawab terhadap keselamatan negara.Sibuk pakat kecam rakyat sendiri ..tuuu puak Sulu tu awat hang pa tak kecam?!

Depa sibuk dengan janji ditaburi,dengan BR1M walaupun Lahad Datu berada di bawah kuasa penceroboh Sulu.Lahad Datu dah Broooom kalau bagi BR1M pun depa tak mau dah masing-masing nak selamatkan nyawa.

Ada yang kata sepatutnya jemaah kabinet Malaysia letak jawatan saja kerana tak dapat tangani insiden Lahad Datu.Tobat lahum aihh puak tu nak letak jawatan!

Sekarang rakyat tertanya-tanya bila nak bubar parlimen?Kalau keadaan  di Sabah tak dapat diselesaikan macammana nak buat pilihanraya.Kenapa insiden Lahad Datu berlaku menjelang pru 13?Baca juga di sini.

1 ulasan:

  1. Aku lihat dalam berita Ketua Menteri Sabah boleh pergi ke majlis keraian di sebuah sekolah lagi. Kalau aku jadi Ketua Menteri sudah pasti aku akan batalkan segala hal-hal tidak perlu dan menumpukan sepenuhnya usaha untuk menumpaskan penceroboh secepat mungkin. Kalau boleh berkampung di pusat operasi utama pasukan keselamatan untuk memantau secara khusus masalah di Tawau.

    Macam ni rakyat Sabah nak kekalkan pemimpin macam ni.

    BalasPadam