Jumaat, 22 Mac 2013

Kalau penyokong Umno boleh mengundi dua kali sampai mati BN menang!

Terbukti bahawa SPR memang bermasalah walaupun SPR acapkali nafi berat sebelah dan berkata bahawa badan itu benar-benar bebas tidak memihak mana-mana parti tapi dakwaan terbaru Papagomo blogger seks Umno boleh mengundi di dua lokasi berbeza banyak menimbulkan salah sangka bahawa adakah SPR benar-benar bebas bukannya jadi barua dan pencacai Umno supaya BN terus berkuasa.

Tu belum lagi isu warga asing diberikan IC untuk sokong BN yang tidak lagi boleh dinafikan sesiapa pun hingga Tun Madey sendiri mengaku buat kerja tu.Kalau Tun Madey sendiri sanggup jadi pengkhianat kepada negara tambah la pihak lain!

Sampai mati kita dok lawan BN tak akan menang yang pakar dalam bab tipu helah untuk menang pilihanraya.Ni baru satu kes yang libatkan Papagomo penyokong tegar Umno yang bermasalah itu macam mana dengan senarai 120,000 lebih pengundi baru di Selangor yang tak dikenali.Sampai bila kita nak kena tipu dengan Umno dan talibarut mereka yang bijak berlakon dan berdrama?

Papagomo pengundi hantu,daftar di 2 lokaliti


(Penyata SPR tentang tempat mengundi Papagomo sebagai anggota polis)

PETALING JAYA: PKR mendakwa, pengendali blog Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah  bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang kini bakal mengundi di dua tempat, sebagai anggota polis dan pengundi awam.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Papagomo juga, katanya, turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019.

"Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju," dakwa Rafizi.

Papagomo yang lebih dikenali sebagai blogger seks Umno sebelum ini didedahkan sebagai bekas pesalah rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati bersalah meminta suapan dari orang awam.

Semakan PKR mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR.

Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan PKR kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

"Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:

F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur


Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:

SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor.


"Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali," kata Rafizi.

Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih, tegas Rafizi.

"Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita.

"Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

"Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih," tambah beliau.-Harakahdaily.


3 ulasan:

  1. Mana majlis fatwa mintak tolong bagi fatwa apa hukum menipu untuk jadi wakil rakyat,gaji yg depa dapat dok bagi anak bini,cucu cicit mentekedarah tu mcmana,,,

    BalasPadam
  2. ya allah ambillah nyawa najib muhidin mahatheer hisamudin pukimak talibarut melayu ini semoga mereka mati masuk neraka bersama rosamh laknat punya syaitan punya anak melayu umno perkasa

    BalasPadam
  3. Mana majlis fatwa mintak tolong bagi fatwa apa hukum menipu untuk jadi wakil rakyat,gaji yg depa dapat dok bagi anak bini,cucu cicit mentekedarah tu mcmana,,,

    .............................................

    termasuk buat kenduri dan orang ramai tumpang makan .....

    BalasPadam