Isnin, 4 Mac 2013

Polis dah mati 8 orang .."Kita kena ikut perjanjian Geneva"

Petikan laporan berita Bernama;
Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.

Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.

"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan berdarah.-Bernama

Nak tunggu mati berapa ramai lagi?Pembunuhan di Memali ada ikut Geneva?Demo Bersih ada ikut Geneva polis buat pesta kendurikan rakyat.Haha..TV3 suku dan Utusan Meloya pulak kalut salahkan pemimpin PR dalam isu pencerobohan Sulu di Lahad Datu.Ini ikut peraturan apa pulak buat fitnah tak habih-habih.

Saddam Hussain serang Kuwait negeri besaq kelemboi. Puak Sulu yang besaq cicak kubin pulak berani serang Sabah yang berkali ganda besar daripada Semenanjung yang ada peralatan tentera berbilion ringgit.

Rakyat Malaysia dimalukan di seluruh dunia dengan sikap pengecut pemimpin Umno-BN yang bermain politik kotor dalam isu Lahad Datu.Keselamatan negara tak diutamakan hanya mau cari jalan kaut keuntungan politik.Kalau tak ada pilihanraya Umno-BN boleh terus berkuasa dengan alasan keselamatan negara terancam.

Baca juga;

10 ulasan:

  1. pandai ler ko cakap..ingat macam main pintball..

    buatlah research dulu sebelum nak mengulas..kan dah nampak bangang.

    Amenoworld dia aku tengok bagus,buat research dahulu sebelum mengulas..

    kalau ikut kepala ko,semua ko nak bom tanpa memikirkan efek rantaian di kemudian hari.

    BalasPadam
  2. Bodoh juga jeneral ni. Masa belasah komunis rakyat malaysia boleh pulak. Komunis tu datang dari negara mana. Inilah akibat diperintah oleh si bahalol.
    Macam juga statement KPN polis mati 8 orang tapi penceroboh lagi ramai yang mati.
    Nanti kalau berjaya bunuh 1000 manakala pihak keselamatan mati 950 orang bermakna kita menang kerana berjaya bunuh lebih ramai dari anggota kita yang terbunuh...

    BalasPadam
  3. Perjanjian Geneva kan antara negara2 yg sign declaration tu kalau ada perang sesama mereka.. skrg ni yg dtg tu tentera filipina ke org awam/lanun/terrorist? "Sultan" Sulu ada sign ke?

    negara kita berdaulat, segala ancaman dari luar tenteralah yg akn selesaikn.. Patutnya bagi warning, tak dengar terus serbu xpyh tunggu2 sampai dia bunuh org kita dulu

    lg pun takut sangat ke Geneva Convention tu.. Amerika invade Iraq / Afghanistan xde pulak ikut rilek je bunuh kanak2/wanita/org awam xberdosa.. Cuba tengok Al Qaeda masuk Amerika/Britain/Europe dia runding dulu ke dia hapuskan terus..

    BalasPadam
  4. Bengon Misai Merah...

    BalasPadam
  5. Pelik juga bila memikir kn alasan mereka ni.Yg bnyk di praktik kn di seluruh dunia bila negara di ceroboh,di barisan hadapan ada lh tentera.Dh selesai semua baru lh polis masuk.Di negara kita terbalik pulak!Mujur dia org masuk tk terus menembak.Blh pula nk tengok tujuan dia org menceroboh dulu.Betul buat lawak le!

    BalasPadam
  6. tk tau jgn cakap...korang tk masuk ATM dn PDRM jgn nak pandai2 cakap...nak ikot kepala korang g tubuh negara sendiri...dh mcm itu perjanjianya ape nk dipertikainya..lebih baik dok diam2.ckp je lebih,org curi getah,menyamun,mencuri,merogol ade korang nk bg maklumat...korang tu lebih penakot..peerrrrrrrrraaaa...

    BalasPadam
  7. entahlah korang ni,korang kena masuk atm @ polis dulu baru layak berbicara.kalau polis yg mati tu adik bradik atm baru cepat atm masuk,takpun anak pm ker,baru tak pakai geneva tu...polis nak lwn dgn tentera..agak2 la...bukan nak perlekehkan polis,tp nak kena tggu polis ramai lg mati baru nak ambush..iskh2..

    BalasPadam
  8. Mmg tentera suda bkubu d tmpat penceroboh masuk (kg tandou)...bg peluang dorg brundur secara baik...plus mw jaga keselamatan penduduk d sekitar (etc felda sahabat)...dat tym aktiviti kuar masuk d situ d sekat...means penduduk tentera dgn penceroboh d dlm area tu...so apa2 tndakan yg d ambil lebih mngutamakn keselamatan penduduk kg...n pasal semporna tu angkara pengkhianat negara...sorg anggota polis yg bg mklumat kpd pihak penceroboh...dorg sengaja mw serang polis...n for ur info lahad datu ke semporna ikut jln darat ambil msa bbrapa jam untuk smpai...mmg jelas dorg mw kacau negara sbb sehari lepas kejadian d semporna penceroboh susup masuk daerah kunak guna jln laut...tpxberjaya sbb suda awal d kesan oleh polis...mgkn penulis bole pertikai kn lagi dan lagi dan lagi...tp sy fhm knp pihak berwajib buat sedemikian sbb sy anak jati org sabah...kg sy d kunak n tawau...saudara mara terdekat suma d tawau kunak semporna lahad datu hatta d dlm felda itu sendiri...pernah terdetik d ati sy knapa org saling tuduh menuduh sbb yg kmi mw pertolongan untuk d lindungi dr penceroboh...dan mjadi keutamaan adalah keselamatan semua pihak...

    BalasPadam
  9. kah kah kah kah kah kah kah kelakar kelakar kelakar dan terus menjadi kelakar.. siapa yg percaya dgn perang gondol nie kah kah kah kah...perang perang perang tipu tipu tipu kah kah kah kah.. padan le org m'sia ni digelar melayu keteman.. mudah no pecaya kah kah kah kah.. kena tipu le ko sume keturunan melayu jambi oiiiiii kah kah kah....

    BalasPadam
  10. mmmmmmm,atas dasar kemanusiaan boleh pula mereka kaitkan dgn geneva ni,..tp bila polis kita ditangkap,ade tak pihak pengganas tu bagi makan???..mereka korek mata,keluarkan organ dalaman polis tu and bunuh dgn kejam ade la,..LoL!!,..so,ni ke yg dikatakan humanity??..mana nilai kemanusiaannya di situ?..ingat nyawa ni boleh beli dkt shopping mall ke?..dah la menceroboh nak minta makan pula tu,..so,sblm si NAJIB tu sndri yg kena TEMBAK or BOMB sampai mati whateverrrrrrrrr,...baik la dia solve problem ni cepat2,..tak kira la dia tu terlibat dalam kes ni atau tak,..mungkin dia tak rasa pa2,..tp fahami la mereka yg menjadi mangsa..bukan la nak salahkan GOVERNMENT tp mereka yg menentukan tindakan yg wajar dan cepat ini kerana negara ni masih mempunyai kerajaan wlupun dah tak SAH lagi,ye la semua pn da tahu kn yg sepatutnya PRU13 da mula!..tp tk pe rakyat da tak BUTA skg ni,..LoL MALAYSIA...;)

    BalasPadam