Sabtu, 16 Mac 2013

Agbimuddin lari ke Filipina nak salah sapa pulak?

Lahad Datu:Agbimuddin sudah pulang meninggalkan orang-orangnya,kata Jeneral-M'insider

 Pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram telah terbang ke kampung halamannya di selatan Filipina kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.
Beliau mengatakan pasukan keselamatan negara membuat kesimpulan tersebut selepas mengkaji maklumat risikan.
“Agbimuddin telah meninggalkan orang-orangnya dan terbang ke kampung halamannya,” kata Zulkifeli dipetik dari laman The Star Online bercakap dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lewat petang ini.
Ismail mengatakan, dari maklumbalas komander pasukan keselamatan maklumat di bawah membuktikan Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III sudah tidak bersama orang-orangnya.-M'insider
Ni mesti salah cikgu sekolah ni,salah Tian Chua,salah Anwar,salah rakyat yang komen dalam FB dan Twitter.Yang pasti bukan salah Hishamuddin Menteri Dalam Negeri yang pernah kata penceroboh Sulu bukan penganas.
Macam mana Agbimuddin Kiram boleh terlepas?Ini juga satu persoalan.Sudah hampir sebulan isu Lahad Datu tidak selesai.Malah makin jadi berpanjangan perang di Lahad Datu.
Semalam hari Jumaat ada pesta depan Masjid Negara berteriak kata Anwar Dalang Lahad Datu.Berlakon tak habih-habih nak bodohkan Melayu.Kalau takat Braheng Ali,Hasan Ali dan Zul Kulim berdemo orang semua dah tau apa tujuan mereka.Berlakon la puas-puas,bersandiwara la puas-puas, bagi IC kepada pendatang haram Sabah awat tak demo?Sapa nak ambik depa ni jadi calon,nak bertanding atas tiket parti mana?Berjasa,Dacing?

3 ulasan:

  1. Kalau tak silap, dia guna ilmu terbang.. Kalau tak pun, naik AirAsia.

    BalasPadam
  2. pelik la..kata perairan di kawal ketat. di kawal Tentera Laut , Polis Marin , Agensi Peguatkuasaan Maritim dan Berbatalion yg jaga , tp Mcmmna msh boleh Terlepas ?? sabah seolah Mcm mudah nk masuk dan mudah nak keluar ..senang je.. boleh sesiapa jelaskan hal ni? tak nak penerangan berdasarkan teori , tp nk jawapan yg tepat utk soalan ni .

    BalasPadam
  3. tny la diri sendiri...

    BalasPadam