Esok 1 ogos tarikh yang sudah dirancang sekian lama oleh Gerakan Mansuhkan ISA untuk berdemo minta dihapuskan ISA, bukan baru 2-3 bulan tapi dah dirancang hampir setahun dah, jadi tak ada sebab Polis nak gagalkan perhimpunan tersebut. Hitam -merah baju kita, baju puak lain aku tak mau ambik tau yang penting besok kita kena turun ramai-ramai tanda protes kita pada akta zalim yang mencengkam rakyat berpuluh -puluh tahun dah.
Kita bukannya nak cetuskan huru-hara, kekacauan tapi kita nak berhimpun secara aman tanpa senjata sekadar berarak ke Istana Negara sampaikan hati rakyat yang dicengkam akta ISA yang zalim untuk pengetahuan Yang di Pertuan Agong.
Berhimpun secara aman tak langgar perlembagaan Malaysia, malah itulah tanda suburnya Demokrasi di mana-mana negara yang amalkan demokrasi. Polis nak buat sekatan jalanraya, nak tahan kenderaan itu kerja Polis , kerja kita sampai ke matlamatnya iaitu menyerahkan memo bantahan rakyat terhadap ISA kepada Yang di Pertuan Agong.
Jika Himpunan BERSIH berjaya kita lakukan kenapa tidak dengan demo GMI? Niat kita, nawaitu kita ialah sebagai satu ibadat untuk hapuskan kezaliman. Apalah sangat Himpunan kita jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang telah kembali kepada Allah sehingga sanggup mati kerana tidak mahu ditahan ISA...
Jumaat, 31 Julai 2009
Takziah Buat Keluarga Adun Permatang Pasir
Adun Permatang Pasir Mohd Hamdan Abdul Rahman telah meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Allahyarham merupakan wakil rakyat dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Anwar Ibrahim. Allahyarham menang dengan majoriti 5443 undi kalahkan calon Umno dalam pru-12 yang lalu.
Satu lagi ujian buat Pas untuk pertahankan kerusi Dun Permatang Pasir. Umno yang 'pulau' prk Dun Penanti akibat perletakkan jawatan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahmad Fairuz kali ini dijangka akan bertanding melawan Pas.

Zahid Hamidi: TGNA Bukan Pejuang Islam Sebenar
Menteri Pertahanan turut mengulas mengenai kenyataan TGNA yang kata 'Pergi jahamlah Umno' dengan menyifatkan Murshidul Am Pas itu bukanlah seorang pejuang Islam sebenar hanya semata-mata tolak kerjasama Umno- Pas.
Adakah Zahid Hamidi sedar diri sendiri pun terpalit dengan najis dan kuman Yahudi,sanggup bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di Paris. Muka Yahudi yang dijumpainya itu telah menyembelih umat Islam Palestine.
Mungkin bagi Umno yang jadi pejuang Islam sebenar ialah menahan orang tanpa bicara (ISA). Mufti yang sokong ISA itu pejuang Islam sebenar. Ulama yang halalkan membunuh ulama yang menentang umno-Bn itu pejuang Islam sebenar..Profesor2 yang tidur lena , makan kenyang sokong Isa itu pejuang Islam sebenar...

Khamis, 30 Julai 2009
Yang Menentang ISA Minoriti?
NGO Melayu , Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) berkata Kerajaan jangan tunduk untuk mansuhkan ISA kerana yang menentang ISA golongan minoriti di Malaysia.
"Ini kerana suara minoriti tersebut tidak mewakili keseluruhan majoriti rakyat Malaysia." Kata PPIM dan Pewaris.- Malaysiakini.
Umno-Bn dah hilang 5 negeri dalam pru- 12 yang lalu tapi masih kata ISA tu masih relevan kepada rakyat Malaysia. NGO ni pi buat kajian di mana kata yang minta hapuskan ISA tu golongan minoriti? Yang mau sangat dengan ISA ni ada kepentingan apa NGO2 Melayu ni? Ada 'masuk' ke?
Cerita ISA ni bukan macam kempen ubat gigi jenama PPIM tu, suruh orang ramai semua pakat guna pasal ada 'ditanggung halal' ni cerita tangkap orang sumbat dalam penjara, tak boleh naik Mahkamah, tak boleh dibicarakan. NGO2 ni tak rasa berdosa ka di hadapan Rabbuljalil kelak sokong benda zalim ni. Anak-anak tahanan ISA ni akan tuntut pembalasan di Akhirat kelak kerana kamu NGO2 Melayu Islam ni bersekongkol dengan ISA yang zalim ni.
Pemimpin2 NGO ni mereka tak pernah rasa susah, tak pernah rasa perut lapar, makanan anak-anak mereka lazat-lazat sedia terhidang di atas meja yang mewah, keluar pergi ceramah ada 'masuk' apa nak hairan, mereka tak fikir nasib akan anak-anak tahanan ISA ni yang kehilangan ketua keluarga, makan yang tidak teratur, pakaian yang tak bertukar ganti dan berhari raya tanpa orang tersayang. Puak-puak ni hanya pentingkan perut sendiri, perut anak-anak mereka saja. Tunggulah nasib kamu NGO2 Melayu-Islam ni, pembalasan Allah pasti tiba.
Tidak kiralah Ulama atau Mufti jika sokong ISA yang zalim itu kamu juga tidak akan mendapat layanan istimewa di hadapan Allah kelak. Kamu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kamu sokong. Makanlah kenyang-kenyang, lazat-lazat bersama keluarga kamu. Doa orang yang kena zalim pasti menimpa kamu semua!

Rabu, 29 Julai 2009
Kalau Nak Sangat ISA Jom!
Nampaknya Himpunan Mansuhkan ISA tetap akan diadakan dan yang mau kepada ISA pun tetap nak turun pertahankan ISA pada 1 ogos nanti. Kita tengok lah sapa dulu yang akan kena sembur gas pemedih mata oleh FRU.
Silap-silap yang pertahan ISA hanya kena sembur air saja dan yang mau mansuhkan ISA kena sembur gas pemedih mata atau 'water canon'. Berkata Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Abdul Aziz-"Kami akan teruskan juga hasrat mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kami tak kisah walaupun akan ditahan pihak polis."
"Demi mahu tegakkan pendirian agar ISA terus dikekalkan, kami sanggup teruskan misi kami ini."- mStar online.
Eloklah tu biar puak-puak Magaran ni ditangkap sebab mereka pelawa diri suruh polis tangkap dan hantar mereka ke Kem Kamunting tahan selama 7-8 tahun macam suami Puan Norlaila Othman yang dah ditahan 8 tahun itu di kem tersebut. Bebaskan suami puan Norlaila dan gantikan dengan penyokong-penyokong ISA sebab mereka begitu bersemangat nak pertahan akta zalim tersebut. Baru penyokong ISA tau rasa macam mana duduk dalam Kem Tahanan tu 7-8 tahun tanpa dibicarakan.
Dunia dah terbalik yang zalim dikata tak zalim. Yang jantan dah jadi betina. Artis dipuja ulama dihina. Yang kena sebat mentekedarah arak dikata langgar hak asasi manusia .

Selasa, 28 Julai 2009
Umno: 'Sekerat Ular, Sekerat Belut'
Umno begitu teruja dengan keinginan TGNA nak berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat. Maka dicanangkanlah bahawa Murshidul Am Pas itu mahu berbaik-baik dengan Umno, mahu buat perpaduan dengan Umno atas nama Melayu dan Islam. Umno pun mahu bincang dalam MT Umno akan cadangan Tok Guru itu. Belum apa-apa lagi Umno dah hampar tilam kata Pas dah setuju nak tidur sebantal. Lain yang Murshidul maksudkan lain pula Umno bagi tau kepada ahli-ahli Umno.
TGNA maksudkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat bukan dengan parti Umno untuk kepentingan rakyat Kelantan. Takkan Umno tak tau beza antara parti dan kerajaan? Benda senang macam tu pun Umno putar belit kata Pas setuju nak bersama Umno. Mungkin Umno ingat segala jenis kementerian , jabatan kerajaan, balai polis dan dewan orang ramai tu Umno punya sebab tu Umno ingat antara Kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri tu antara Umno dan Pas. Kalau semua kementerian dan Jabatan Kerajaan tu Umno punya , kena ada logo Umno lah kat semua tempat tu.
Peribahasa di atas bermaksud- Peri orang yang jahat hatinya, lain yang kita katakan, lain pula yang disampaikannya.

Kongsi Gelap Dikuasai 'Orang Politik'?
KPN maklum dan tahu bahawa sukar dihapuskan kumpulan kongsi gelap kerana didalangi 'orang politik'. Kumpulan kongsi gelap sukar dihadapkan ke mahkamah kerana saksi takut bagi kerjasama pada pihak polis, nyawa saksi terancam- "Kita akan siasat. Cuma kadangkala wujud keadaan di mana mereka( Kumpulan kongsi gelap) tidak dapat dituduh di mahkamah kerana saksi takut untuk hadir(perbicaraan), jadi dalam keadaan ini , kita akan ambil tindakan pencegahan."- KPN, Musa Hasan (utusan online)
Cerita kongsi gelap ni dah lama zaman berebut bijih timah di Perak dalam tahun 1820-an-1870 dulu pun dah ada kongsi gelap ni yang libatkan pembesar Melayu yang kuasai lombong bijih timah di Perak, tu cerita dulu antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai san.
Jika kongsi gelap zaman moden dikuasai 'orang politik' bermakna sampai bila pun cerita kongsi gelap ni tak akan habis, malah mereka akan semakin berani bertindak melebihi undang-undang kerana kongsi gelap ini akan dilindungi oleh 'orang politik'. Cerita 'abang-adik' antara orang politik dan kongsi gelap berpegang pada 'hang tolong aku, aku tolong hang'. Malaysia sedang menuju negara MAFIA macam Itali ini amat merbahaya jika dibiarkan.
Di hadapan rakyat mereka adalah pemimpin berjiwa rakyat, di belakang tabir pula mereka adalah ketua mafia yang kuasai kongsi gelap! Adakah kematian Teoh tu didalangi kongsi gelap?Atau pun pembunuhan politik? Siapakah 'orang politik' yang dalangi kongsi gelap? Adakah KPN tidak tahu? Aku hanya sekadar bertanya dan tertanya-tanya dengan apa yang Utusan online katakan.

BERSIH Dulu Pun Haram Juga
Belum sampai tarikh nak demo anti ISA pihak polis dah istihar demo anti ISA oleh GMI dan demo yang nak 'menggatal' sokong ISA 1 Ogos ini diistihar perhimpunan HARAM -gambar Ketua Polis KL di sebelah dicopy daripada malaysiakini.
Biasalah itu amaran polis dan kerja polis dari dulu, kini dan selamanya. Tidak banyak perhimpunan yang dianjurkan mendapat persetujuan pihak polis, kalau dapat permit pun dibatalkan juga disaat-saat akhir menjelang satu-satu perhimpunan diadakan.
Perhimpunan BERSIH pada tahun 2007 dulupun tak dapat restu polis tapi tetap diadakan juga malah perhimpunan BERSIH itu merupakan perhimpunan terbesar abad ini di Malaysia hingga dapat liputan TV antarabangsa seperti Aljazeera , BBC news dan CNN.
Sikap adu-domba media masa yang suka jadi batu api pun salah satu faktor satu-satu perhimpunan aman tidak dapat diadakan. GMI mesti ada sebab kenapa perhimpunan anti ISA mesti diadakan juga. Selamat berjuang!

Yasmin atau Zulkifli?
Pengarah Filem Melayu terkenal yang dikenali dengan nama Yasmin telah meninggal dunia. Yang hidup pasti akan mati itu ketetapan Tuhan. Katanya jenazahnya ditangisi berjuta peminatnya di Malaysia, seolah-olah meninggalkan banyak 'kitab' untuk dirujuk oleh peminatnya di Malaysia. Sudah menjadi 'trend' sekarang orang yang popular dalam industri hiburan bila mati diratapi dan ditangisi kononnya industri hiburan kehilangan tokoh seni tanah air, sukar dicari ganti dan macam-macam lagilah, tapi bila ulama meninggal dunia atau Tok guru meninggal dunia berita kematiannya tidak ada dalam media massa, kalau adapun sebesar tahi cicak saja.
Aku rasa terkejut juga pendedahan kosmo! yang mengatakan nama sebenar Yasmin itu adalah Zulkifli. Naib juara Bintang RTM 1975. Penyerang bolasepak Melaka zaman sekolah dulu, dan dikenali dengan nama asal (Zulkifli) .Pendedahan kosmo! itu telah menimbulkan kemarahan Marina Mahathir -malaysiakini. "Yasmin bukan lama disemadikan dan kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya." Kata Marina lagi-"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangan kepada negara."-malaysiakini
Aku cuma nak tanya atau tertanya-tanya Yasmin itu lelaki atau perempuan? Kenapa bertukar nama? Bagaimana mayatnya diuruskan secara lelaki atau perempuan? Kenapa pihak Mufti atau Ulama berdiam diri tidak keluarkan kenyataan tentang pertukaran nama Yasmin itu daripada nama asal? Sekadar bertanya yang lain Allah saja yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Jauh sekali daripada hendak aibkan orang, cuma ragu-ragu dengan pendedahan tersebut.

Isnin, 27 Julai 2009
Rakyat Sabah dan Sarawak Gugat Pakatan Rakyat di Selangor?
Dalam sembang-sembang petang berkata seorang kawan yang bercerita tentang masa depan Pakatan Rakyat di Selangor. Kata beliau di Selangor sekarang ada ramai orang Sabah dan Sarawak yang cari makan berjumlah tak kurang daripada 40,000 orang. Kata beliau- "Selangor bukan setakat jadi 'Syurga' kepada pendatang asing tanpa izin(PATI) dan juga pendatang asing yang ada permit tapi juga menjadi tempat penghijrahan rakyat Sabah dan Sarawak untuk bekerja di Selangor. Dianggarkan seramai 40,000 orang rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Selangor, dan mereka ini layak untuk mengundi dalam pru-13 akan datang."
Rakyat Sabah dan Sarawak ini sudah tentu akan mengundi di tempat baru mereka, Selangor dan mereka berhak untuk tukar tempat mengundi , kerana itu dibolehkan oleh SPR. Jumlah ini dikatakan akan bertambah menjelang pru-13 akan datang. Rakyat Sabah dan Sarawak merupakan pengundi 'tegar' BN dan mereka ini dijangka akan membantu kemenangan BN di Selangor dalam pru akan datang. Sabah -Sarawak adalah penyambung talian hayat BN dalam pru-12 yang lalu untuk terus kuasai Kerajaan Persekutuan.
Kelalaian akan mengundang bencana kepada Pakatan Rakyat.

Nasib Selangor Akan Jadi Seperti Trengganu 2004?
Nampaknya jentera Umno Selangor sekarang ini bekerja kuat untuk tawan semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.Umno Selangor yang tubuhkan PINTAS (Program Inisiatif Tawan Selangor) menyerupai zaman Pas Selangor dulu yang tubuhkan Tahun Tawan Selangor (TAWAS) kalau aku tak silap.
Ya lah Selangor negeri kaya dan maju di Malaysia mana Umno tak mau rampas balik, sama macam Trengganuyang kaya minyak , dulu yang dikuasai Pas tahun 1999-2004, sekejap saja Pas kuasai Trengganu dah dirampas semula Umno-Bn.
Jika dilihat banyak isu yang libatkan kerajaan negeri Selangor dibesar-besarkan bertujuan supaya rakyat Selangor termakan umpan Umno Selangor untuk tukar kerajaan pru-13 akan datang kepada Umno-Bn.
Kalau adun-adun Pakatan Rakyat ambil mudah dan pandang remeh saja gerak kerja Umno ni ada kemungkinan akan makan diri.

Sabtu, 25 Julai 2009
Sebenarnya Yang Nak Pertahan ISA Tu Lebih Kepada Nak Pertahan MELAYU
Agak menghairankan kenapa yang mau kepada ISA tu semua NGO Melayu, tidak ada lain-lain bangsa yang nak pertahankan ISA. NGO Melayu ni pula dalam masa yang sama nak pertahan hak Melayu pada demo mereka 1 ogos nanti. Kenapa kaitkan Hak Melayu pada demo ISA? Apa kaitan serampang tiga mata NGO-NGO Melayu ni pada tarikh tersebut? Kenapa tidak pilih tarikh lain untuk perjuangkan Hak- Hak Melayu ni?
Mungkin NGO-NGO Melayu ni lebih kepada mau mencetuskan pergaduhan dan anti Melayu pada tarikh tersebut. Kerajaan mesti batalkan permit perhimpunan SOKONG ISA dan Hak-Hak Melayu jika itu tujuan sebenar NGO-NGO Melayu ni demi perpaduan kaum rakyat Malaysia. Adalah tidak munasabah niat demo sokong ISA dicampur adukkan dengan sentimen kaum pada tarikh yang sama. Adakah Kerajaan Malaysia bersekongkol dengan NGO-NGO Melayu ni untuk mereka turut serta dan berlaga dengan kumpulan anti ISA yang dianjurkan GMI? Apa kena -mengena One Malaysia dalam perarakkan sokong ISA oleh NGO-NGO Melayu ni?
Agenda apa Umno 'sokong' perarakkan sokong ISA oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu? Adalah memalukan , ketika USA sedang merancang menutup penjara di Guantanamao Bay, Cuba masih ada rakyat Malaysia mau kepada penahanan tanpa bicara (ISA) dipertahankan hingga ke akhir hayat. Mereka ni NGO-NGO Melayu ni MESTI ada 'agenda' lain yang mereka sembunyikan.

Jumaat, 24 Julai 2009
Pas kena fikir dua kali kalau orang macam Ibrahim Ali
Ibrahim Ali yang diberi peluang bertanding atas tiket Pas dan lambang Pas dalam pru-12 yang lalu sedang menghidangkan racun kepada Pas. Tindakan beliau yang jadi ketua PERKASA akan bersama-sama Pewaris untuk untuk demo sokong akta zalim itu pada 1 ogos nanti , tarikh yang sama demo GMI minta ISA dihapuskan. Beliau berkata walaupun akan jadi 'huru-hara' kerana berlaku pertembungan tersebut pihaknya tetap akan demo juga.
Pertimbangan yang silap oleh Pas yang bagi peluang kepada Ibrahim bertanding atas tiket Pas di Parlimen Pasir Mas seharusnya tidak berulang lagi.Sekarang walaupun Brahim bertindak solo dalam Parlimen tapi jelas beliau lebih banyak condong kepada Umno dalam banyak hal. Kerusi yang sepatutmya jadi milik Pas telah diberikan kepada orang yang memburuk-burukkan dalam apa saja yang Pas lakukan.
Sebelum pru-12 yang lalu Brahim dilihat condong kepada Pas tapi setelah menang kerusi Pasir Mas atas sokongan orang-orang Pas ,Brahim telah 'kenakan' Pas yang percayakan orang seperti Brahim.

Khamis, 23 Julai 2009
Umno hanya tau menyalak kepada bukit
Pas dan PKR turut menyuarakan bantahan terhadap tindakan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang berjumpa Menteri Pertahanan Israel , Ehud Barak, pembunuh umat Islam Palestine di Paris bulan lepas. Tapi Umno apa yang Umno buat, apa ulama Umno kata dan Ustaz-ustaz Umno cakap tentang pertemuan atau muqabalah Zahid dan Ehud Barak itu?
Langsung tak ada kritikan terhadap Zahid Hamidi, diam membisu seribu bahasa, tak berani nak komen apa. Pewaris dan 10 NGO Melayu yang nak pertahan ISA tu tak nak buat bantahan ka dekat Zahid Hamidi? Awatla hang pa jadi batu bila libatkan pemimpin Umno yang buat kerja lagu tu, telor hang pa pi mana, Hantu Raya telan ka.
Benda yang zalim macam ISA tu kau orang sanggup mandi darah tapi bila pemimpin Umno jumpa penyembelih nyawa Umat Palestine hang pa tak rasa apa-apa yang berlaku. Tapi kalau pegang lilin sebatang Umno riuh macam nak pecah lubang telinga.

Hang Siasat Aku, Aku Siasat Hang
PM Najib hari ni sambut hari jadi, tentu Rosmah Mansur beli kek dan pasang lilin, Happy Bitrhday PM Najib. PM Najib dah bersetuju tubuh Suruhanjaya Di Raja untuk kenal pasti cara siasatan yang SPRM lakukan terhadap Teoh tu.
Mula-mula SPRM siasat Teoh, lepas tu Teoh tu mati. Polis pula panggil kakitangan SPRM yang terlibat siasat budak Teoh tu untuk cari keterangan dan punca macam mana Teoh tu boleh mati. Bila rakyat desak tubuh Suruhanjaya Di Raja siasat punca kematian Teoh, PM Najib pun bersetuju tubuh Suruhanjaya Di Raja , TETAPI hanya SIASAT bagaimana cara pegawai-pegawai SPRM tu kendalikan sesi soal siasat ke atas Teoh, BUKANNYA , Suruhanjaya tu cari punca kematian Teoh secara keseluruhan. Samaada Teoh tu mati dibunuh atau bunuh diri tak akan disiasat.
Kalau setakat Suruhanjaya tu nak siasat pegawai SPRM lebih baik serah saja kepada pihak polis, tak payah buat Suruhanjaya Di Raja. Hang siasat aku , aku siasat hang takat tu ja...

Rabu, 22 Julai 2009
Cerita lilin pulak dah
MB haram Perak, Zambry minta ulama Pas terutama TGNA tolong bagi fatwa pasai Nizar pegang lilin peringati kematian Teoh Beng Hock yang mati jatuh bangunan atau terjatuh atau ditolak atau dihumban kebawah, atau dibunuh 'pembunuh upahan' atau terjun macam 'spiderman', atau diusung dan diletak atau bunuh diri.
Banyak sangat atau aku pun pening hat mana satu yang betul.
Ketua Polis Selangor kata tidak menolak ada unsur jenayah, budak Teoh tu mati, Pegawai SPRM kata yang dia 'apa' kita mana tau. Menteri kata yang dia nak terjun bangunan tu pasai apa.
Cerita pasai Nizar pegang lilin tu dengan pegang colok sambil dok hangguk depan tokong dua cerita berbeza. Kalau pegang colok depan tokong tu semua orang dah boleh bagi jawapan dah Nizar kira lagu mana.
La ni orang sambut hari jadi, orang Melayu la senang cakap kalau 'birthday' anak ka, pak dia ka, mak dia ka, bini dia ka, menteri dia ka, esok bitrhday PM Najib ada lilin tak dak lilin tak tau la lagi semua pakat pasang lilin atas kek lepas tu nyalakan api pakat tiup dan kata-' happy birthday to u, happy birthday to u, happy birthday to PM Najiiiiib.Nak kira lagu mana tu?
Orang Melayu pergi konsert tengok artis popular tanah air atau luar negeri semua pakat pasang lilin nyanyi ikut rentak lagu dalam lampu malap-malap pakat nyanyi jantan betina, tu nak kira lagu mana tu? Tak dak mufti nak keluar fatwa ke?
Zambry sewaktu berjaya rampas kuasa dan jadi MB haram di Perak pi ke kuil hindu di Perak,
sambut perayaan Hindu nak kira lagu mana tu?
Kata Murshidul Am Pas, -"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun dia (Zambry) tak pakai...itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu."- mStar online.
Teringat aku lagu -"Biarku Jadi Liliiin"
Wallahhu'alam
UG Dah Tutup buku Kata Cikgu Pa
Mensyuarat pimpinan Pas Pusat di Kedah pada 18, 19 dan 20 Julai telah bersetuju untuk menyelesaikan segala salah faham isu Kerajaan Perpaduan yang menjadi kontroversi kepada ahli ,penyokong dan pimpinan Pas telah berjaya diselesaikan secara kekeluargaan.
Mensyuarat itu turut membincangkan munaqasyah Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar Pas yang lalu.- Harakah Bil 1458. Ketika ditanya oleh wartawan harakah mengenai UG Mustafa Ali berkata-"Tentang Kerajaan Perpaduan ni kita dah tutup buku,sudah selesai dalam 'retreat' baru ini, masing-masing boleh bercakap secara terbuka dalam 'retreat' baru ni. Pimpinan pun telah jelaskan."
Sebenarnya isu kerajaan perpaduan ni dah tamat sebelum menjelang PRK Manek Urai dalam mensyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Pas Pusat dan diumumkan oleh Presiden Pas, isu UG ni dah digugurkan dan Pas akan terus bersama Pakatan rakyat.
Jadi semoga tidak akan ada lagi suara-suara daripada pimpinan Pas untuk buat perpaduan dengan Umno. Jika ada lagi disebut, Naib Presiden Pas , Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga jadi Ketua Disiplin Parti mesti bertindak tegas menangani isu UG ini.
Bagaimana pula dengan 'post mortem' atau bedah siasat kemenangan tipis Pas di Manek Urai? Mungkin pakar-pakar bedah Pas belum habis buat 'Post Mortem' di mana puncanya penyakit atau belum dapat kenal pasti samaada di bahagian jantung, pinggang, hati atau dibahagian mana yang perlu dirawat segera supaya tidak terus merebak dalam pru-13 akan datang.
ISA: Zalim vs Tak Zalim
Gerakan Mansuhkan ISA akan membuat demo untuk dihapuskan Akta zalim itu pada 1 Ogos 2009. Sementara yang sokong akta zalim itu juga akan buat demo minta akta itu dipertahankan pada tarikh yang sama .Satu kata ISA zalim satu lagi kata Akta ISA tak zalim. Macam tengok bola pula masing-masing ada penyokong dalam
stadium bola sepak.
Pewaris yang jadi kepala pertahankan ISA bersama 10 NGO Melayu akan turut pertahankan Hak-Hak Istimewa Melayu pada hari tersebut. Untuk pengetahuan Pewaris mungkin dah lupa bahawa Hak-Hak Istimewa Melayu dah dihapuskan PM Najib baru-baru ini dalam kuota bumiputra dapatkan tender kerajaan. Mereka lawan benda yang mereka sendiri hapuskan!
Mungkin Pewaris terlupa atau Pewaris ingat PM Najib bagi kucing suruh Pewaris bela tapi sebenarnya PM najib bagi Harimau suruh Pewaris bela.!
Sebelum buat demo pertahankan ISA elok kiranya Pewaris pergi jumpa orang yang pernah merengkok kena tahan ISA. Jangan hanya tanya Ezam Mohd Nor dan Lokman adam saja tanyalah Mat Sabu, Saari Sungib, Mahfuz Omar, Cikgu Non Baling , Yusuf Hussin , Lutfi Harakah dan orang -orang lain yang pernah ditahan ISA adakah mereka seronok dan rasa tak mau keluar daripada Kem Tahanan Kemunting? Kalau mereka jawab rasa macam duduk dalam Syurga barulah Pewaris teruskan hajat nak demo pertahankan ISA!
Selasa, 21 Julai 2009
Bekas Mufti Kena Bersilat Dalam Gelanggang
Buat Bekas Mufti Perlis, bersilatlah dalam gelanggang politik, jangan hanya menyuarakan pendapat di luar gelanggang politik baru Asri tahu betapa berpolitik dengan hanya jadi pendakwah biasa sangat berbeza. Ini pendapat peribadi aku, sapa nak kutuk aku, nak kata apa pun dekat aku terpulanglah kepada sesiapa sahaja. Manusia ada hak untuk suarakan pendapat masing-masing sama ada baik atau buruk bergantung kepada penilaian masing-masing.
Aku nak tanya kepada Asri, adakah beliau tidak pernah menghina lain-lain pendakwah agama, memperlekehkan orang lain yang bercakap agama?Apakah Asri sudah lupa satu masa dulu beliau pernah menghina seorang pendakwah bebas di Utara Semenanjung dengan menganggap Ustaz tersebut sebagai pelawak dan pembuat finah. Kedua Asri berkata dalam satu debat dengan seorang yang berasal dari Perlis yang pernah bekerja di Brunai bertaraf DR juga dalam bidang agama, merasa hairan kenapa DR tersebut tidak terima hujah beliau berkaitan 'Bidaah', lain lah kalau pendakwah yang dianggapnya pelawak itu tak terima hujah beliau, beliau tak hairan.(Aku bertanggungjawab dengan apa yang aku katakan)
Adakah merendah-rendahkan ilmu orang lain tidak dianggap menghina? Apakah itu tidak takbur namanya? Bukankah sifat takbur itu menolak kebenaran dan memandang rendah sesama manusia?Bukankah sifat takbur itu memandang rendah kepada Allah Taala? Bukankah bersikap takbur itu walaupun sebesar zarrah tak masuk Syurga?
Kenapa Asri tak buka blog beliau untuk semua orang turut bagi komen? Bukankah berpolitik itu sebahagian daripada ajaran Islam, janganlah hanya menunjuk kain orang yang terkoyak kain sendiri pun tak berjahit. Masuklah dalam gelanggang berpolitik ajaklah Mufti Perak sekali berpolitik, pilihlah mana-mana ideologi yang serasi dengan TUAN berdua. Biar nampak jelas dan terang. Beli kereta pun ada jenama.
Kepada yang kata dan cerca aku dengan bahasa yang sesuai untuk lembu dan kambing aku tak layan , pergilah bercakap kepada lembu dan kambing . Aku layan lembu dan kambing ni untuk buat gulai dan sup saja.
Wallahua'lam

Bolehkah PR Menang Selesa Selepas Ni?
Kaum India yang menyokong PR dalam pRu-12 yang lalu sekarang ada dua parti baru yang ditubuhkan selepas HINDRAF tak diiktiraf oleh kerajaan. Selepas Parti Makkal Sakthi sekarang lagi satu Parti Hak Asasi Manusia ditubuhkan oleh P. Uthayakumar. Semua parti ini dulunya orang-orang India yang beri undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 yang lalu.
Aku bukan tukang buat berita aku cuma sampaikan ulasan satu-satu berita yang aku tengok.
Contoh terdekat dalam Parlimen Kota Raja yang di dalamya ada Dun Sri Muda dan Dun Sri Andalas juga Dun Kota Alam Shah. Dr Mariah Ahli Parlimen Kota Raja yang menang dengan undi majoriti 20 ribu lebih ini berada dalam zon merbahaya kerana kawasan ini ramai orang India dan pengundi berketurunan India
Jika pru-13 diadakan adakah undi yang Dr Mariah dapat itu akan kekal atau sebaliknya? Adakah pengundi India tidak akan berpaling kepada dua parti baru itu yang dilihat lebih bersifat memperjuangkan hak-hak orang India?
Pas boleh berbangga dengan Kelab Penyokong Pas yang berjumlah 20 ribu orang, tapi jika sentimen kaum yang dimainkan oleh dua parti baru itu yang kata hak-hak orang India tidak dilayan dengan baik boleh jejaskan Pas dan Pakatan Rakyat dalam pru-13 akan datang. Uthayakumar jelas menyatakan dalam sidang akhbarnya semasa penubuhan Parti Hak Asasi Manusia itu berkata orang India kecewa kerana PKR, Dap dan Pas tidak menunaikan janji mereka dalam membantu taraf hidup orang India dalam pru yang lalu.
Pakatan Rakyat bukannya nak jaga satu kaum saja semua kaum dia nak jaga tapi jika berterusan Uthayakumar dok bercakap macam tu tentu ada kesan kepada orang India untuk berpaling kepada dua parti tersebut.

Isnin, 20 Julai 2009
Biar Nazri saja yang bercakap
Menteri JPM, Mohd Nazri, meminta semua pihak berhenti buat spekulasi tentang kematian Teoh Beng Hock di Tingkat 5. Plaza Masalam terutamanya Lim Kit Siang kerana beliau bukanlah Ketua Pembangkang.
Kata Menteri yang jaga undang-undang tu-"Jangan alihkan isu itu menjadi isu lain, saya Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya. Saya fikir beliau (Kit Siang) yang patut tutup mulut dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman, biar polis siasat."- Malaysiakini.
Kenapa kaitkan kematian budak Teoh tu dengan perkauman pulak? Ini soal antara SPRM dengan kematian Teoh tu saja kebetulan yang mati tu berbangsa Cina? Kalau Melayu pula yang mati dalam siasatan SPRM nak kira perkauman juga ka? Kenapa pusing tajuk jauh sangat?
Nazri juga tukang buat spekulasi, pada hari pertama budak Cina tu mati, Nazri kata, aku ulang lagi ayat Nazri ni-"Kita pun tak tahu dia (Teoh) nak terjun bangunan tu." Itu ayat bunuh diri namanya. Ini soal ketidakadilan SPRM terhadap mangsa yang jadi saksi, tidak kirala dia Melayu, Cina ataupun India.
"Saya juga pernah disiasat BPR atau SPRM pada tahun 2003."- Kata Nazri (malaysiakini). Adakah sama siasat seorang Menteri dengan seorang budak 'cikai' tu, tentu layanannya berbeza. Ia samalah seperti cerita barang hilang dalam sebuah kilang. 'Pak Guard syak barang yang hilang itu diambil oleh anak bos, macam mana 'Pak Guard' tu nak siasat agaknya?

Buat Bekas Mufti Perlis
Entah angin apa tiba-tiba bekas Mufti Perlis, Asri telah membuat komen tentang Pas dan ahli-ahlinya serta penyokong Pas yang kononnya suka maki orang dan termasuk kepada pemimpin Pas yang tak sehaluan dengan mereka.' Title' Islam yang ada pada Pas pun dipertikaikannya.
"Dulu mereka maki , hina saya sekarang mereka maki pula Mufti Perak, Harussani Zakaria. Manusia memang daripada Nabi Adam sampai sekarang tak pernah sependapat dalam apa jua benda yang dilakukan, mesti ada yang pertikaikannya.
Kata Asri, beliau dulu pernah dihina dan dimaki oleh Pas, sapa maki dia aku pun tak tau, tapi sebagai pendakwah dan orang bijak pandai macam Asri kena banyak bersabar . Nabi Muhammad SAW dulu pernah dilempar najis, berperang sampai patah gigi tapi Nabi tetap bersabar perjuangkan Islam. Kenapa Asri yang kononnya ada orang Pas yang maki beliau tak boleh bersabar jika hanya sekadar dicaci cerca. TGNA pun Umno hina dengan perkataan nyanyuk, dianggap munafik oleh Ketua Umno Cheras, adakah TGNA ambil 'pot' benda-benda macam tu?
Jadi manusia memang kena hina, kena maki, sebab manusia ada akal, ada fikiran. Kalau tidak mengapa Allah Taala maki dan celakakan Abu Lahab?Lainlah kalau binatang tak ada akal maki dan hina pun tak guna. Binatang hanya tau makan dan berak saja. Kalau manusia berhati binatang tahan ISA tanpa bicara 7-8 tahun dalam tahanan di Kamunting tak bolehkah dimaki hamun, tak bolehkah dikata zalim? Bunuh ulama itu tak boleh dihinakah? Muliakah mereka yang bunuh ulama?
Salah silap memang ada dalam mana-mana pertubuhan, tak kira apa pun termasukah hubungan suami-isteri boleh tergigit gigi dan lidah, malah hari ini sang isteri sanggup tikam suami gara-gara balik lambat tengok bola MU lawan Malaysia. Mungkin ada ahli-ahli Pas dan penyokong Pas tersasar dalam menyampaikan pandangan, ini diakui tapi kenapa hanya identiti ISLAM yang ada pada Pas dijadikan pertikaian? Umno parti tak hina orang ka?
Asri juga berkata ahli-ahli Pas sanggup maki hamun pemimpin sendiri kerana tidak sehaluan dalam kerajaan perpaduan. Tahap kesabaran Pas dalam berjemaah ada had kesabarannya, kalau sampai nak jual Pas, nak bermesra-mesra dengan Umno hingga timbul perpecahan sesama ahli Pas adakah pemimpin yang nak pertahankan Pas secara tegas kena berdiam diri? Larang tak dengar , bagi tau banyak kali dah jangan cakap dalam media tapi 'mereka' ketegaq nak bercakap juga, takkan nak diam diri juga? Anak kita pun kalau suruh solat buat pekak telinga saja, mesti kita rotan punggung dia. Kalau anak tak solat kita yang berdosa.
Manusia sekarang memandang kepada yang ada Phd, M.A, MBA, BA dan macam -macam lagi. Hanya mereka-mereka ni saja yang dianggap boleh pakai dan dengar hanya kerana mereka ada darjat dalam berilmu. Tapi kalau mereka tak dapat hidayah Allah, mereka lebih hina dan sesat daripada peniaga tepi jalan.

Ahad, 19 Julai 2009
Komen Menarik Pasca Prk Manek Urai
Dr Aisar Yee Abdullah dalam kolumnya di Sinar Harian mengupas tentang Umno dan Pas yang boleh dianggap menarik mengenai pasca prk MU. Kata beliau kepada Umno:
1-Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan sudah menoreh getah ,sudah menebas lalang dan belukar, sudah membersih perkarangan masjid dan kuburan, hasilnya belum memadai untuk meyakinkan pengundi MU.
2-Ketua Perhubungan Umno Kelantan sendiri pergi mengajar mengajar BahasaInggeris di sana dengan harapan hati ibu bapa menjadi lembut untuk mengalih angin mengundi calon BN, hasilnya masih belum cukup.
3-Rakyat Kelantan berprinsip tinggi. "Kami bayar cukai, awak bawa pembangunan! Tidak boleh ugut-ugut."
Kepada Pas Dr Aisar Yee Abdullah berkata:
1-Nik Aziz sendiri pun tidak terkecuali.Partinya pun hampir berkecai selepas selesainya Muktamar Jun lalu.Tuduh menuduh berlaku sesama saf kepimpinan dan ia terdedah untuk dieksploit oleh musuh seluasnya.
2-Kalau bukan Nik Aziz yang ingin dipertahankan di MU, sudah tentu kawasan ini jatuh ke tangan BN. Para pengundi gelisah di antara dilema ingin mempertahankan Nik Aziz atau memberi pengajaran kepada mereka yang membawa punca kepada perbalahan di dalam parti. Ada cakap-cakap bahawa biarlah Pas kalah kali ini jika itu boleh memberi kesedaran kepada PR.
3-Cadangan untuk membawa perpaduan di antara Pas dan Umno menyebabkan penyokong setia Pas di sana berpendapat tidak ada lagi perbezaan di antara Umno dan Pas. Ia membingungkan pengundi. Ini memberikan Umno senjata menangkis tohmahan sebelum ini kerana cadangan itu membersihkan 'kebatilan' Umno seperti dituduh Pas.
Aku hanya sekadar sampaikan balik apa yang disampaikan penulis dalam kolumnya di Sinar Harian untuk dijadikan renungan bersama betapa orang Pas tak dapat nak menerima UMNO sebagai rakan kongsi mereka untuk tadbir Malaysia kerana masih ingat kenangan ditendang Umno dalam kerajaan campuran dulu. Murshidul Am sendiri berkata- "dengan Umno bincang pasal politik tak boleh tapi kalau nak bincang pasal Agama boleh."
Adakah tragedi gelombang pru-11, 2004 akan berulang di Kelantan? Kepada yang kata Pas Kelantan sombong sebab terlalu lama perintah Kelantan, bagaimana pula dengan Kerajaan Pas Trengganu yang hanya dapat bertahan 4 tahun sahaja dan angkat bungkus selepas itu? Kerana apa? Takkan semuanya hanya kerana pengundi hantu Pas kalah teruk di Trengganu dalam pru-11?

Kalau Betul Exco Dan Wakil Rakyat Pakatan Seleweng Hukum Mereka
TPM Muhyidin Yasin berkata Pakatan Rakyat di Selangor cuba politikkan isu kematian Teoh Beng Hock untuk alihkan pandangan rakyat daripada kes siasatan SPRM keatas Eco Selangor dan wakil rakyat Pakatan.
Wakil Rakyat Pakatan Di Selangor disiasat SPRM kerana dituduh seleweng wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor yang diberikan pada setiap wakil rakyat tak kurang daripada RM100,000 untuk setiap DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat. Pembangkang Selangor tak dapat peruntukkan wang tersebut, sama macam Umno-Bn perintah dulu ,pembangkang tak diberikan peruntukkan oleh Umno-BN.
Siasatlah semau-maunya SPRM nak siasat kerana itu kerja mereka, tapi bagaimana dengan dakwaan terhadap rumah Khir Toyo di seksyen 7, Shah Alam yang bernilai RM 24 juta yang di dakwa oleh seorang adun Pakatan Rakyat itu?Kenapa SPRM tak berani geledah pejabat Khir Toyo atau panggil Khir ke pejabat SPRM di Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam?
SPRM jangan pilih bulu, jangan lari laju sampai celapak tiang kalau dengar Pakatan Rakyat mentekedarah rasuah, tapi dengan Umno- bn macam kura-kura berjalan nak panggil siasat. Ini yang dipertikaikan rakyat. Sapa salah hukum sumbat dalam penjara.
Tadi aku tanya seorang customer yang sedang tunggu keretanya dicuci- "Bang, Cina tu mati pasai apa kat Plaza Masalam tu? Kata Bro tu, ya la kat pejabat tu tak ada 'griil' senang la dia nak terjun. Kalau kat IPK jalan Hang Tuah tu ada 'griil' dia tak boleh terjun." Aku tanya lagi- "Betukah dia bunuh diri? jawab bro tu -"SPRM ni pun satu yang sampai-mati-mati ni kenapa? Alaa cerita ni macam rakyat bising jalan berlubang -lubang la, MBSA datang tar semula senyap la tak bising dah."

PM Najib dan Rosmah Tengah Tawaf
Gambar di sebelah di copy daripada MstarOnline dan Bernama. Rosmah yang bertudung litup bersama Najib dan anaknya sedang tawaf dan dikawal polis Arab Saudi depan Ka'abah.
Balik Malaysia agak-agak Rosmah ada nak kekalkan tudung kepala macam di Mekah ni? Daripada pakaian ihram yang dipakai PM Najib mengerjakan Umrah.
Sabtu, 18 Julai 2009
Tergamak Zahid Hamidi Jumpa Pembunuh Umat Islam Palestin!
Bernama melaporkan Menteri Pertahanan Malaysia
Zahid Hamidi telah berjumpa Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di Paris bulan lepas dalam satu majlis koktail sempena pertunjukkan udara di Perancis. Sebelumnnya Bernama melaporkan Zahid Hamidi berjumpa Perdana Menteri Israel,Benjamin Netannyahu tapi dinafikan oleh Pegawai khas (media) dan dibetulkan semula oleh bernama. Zahid Hamidi sekarang berada di Lubnan untuk lawatan 6 hari kenegara tersebut.
Zahid nak bincang apa dengan pemimpin Yahudi laknatullah itu? Cakap Amerika Syarikat pun Israel tak dengar inikan pula cakap Zahid. Pemimpin Hamas dan Fatah pun tak mau berkira apa dengan penyembelih umat Islam Palestine, tapi Zahid Hamidi sanggup berbuat demikian.
Sebelum jadi Menteri Pertahanan , Zahid adalah Menteri JPM yang jaga hal ehwal Agama Islam.Masa jadi Menteri JPM , Zahid dah pergi ke Mekah lawat jemaah haji Malaysia yang berlumba-lumba baling Setan di Mekah tapi sekarang Zahid sanggup berkawan dengan Setan yang bertopengkan manusia menyembelih umat Islam Palestine.
Kedatangan pasukan kriket Israel dulu tahun 1997 telah mencetuskan demontrasi hebat menentang kedatangan negara HARAM Israel yang didirikan atas darah umat Islam Palestine.Demontrasi oleh umat Islam Malaysia itu berlaku pada hari Jumaat selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya.
Pasukan kriket Israel pun kita tak nak jijak bumi Malaysia, tapi Zahid Hamidi sanggup jumpa SETAN Israel itu di Paris

SPRM Jangan Perbodohkan Rakyat Malaysia
Gambar sebelah adalah Harakah terkini bilangan 1457.
TPM Muhyidin Yasin dan Nazri Aziz meminta orang ramai jangan buat sebarang spekulasi tentang kematian Teo Beng Hock di Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam. Bolehkah rakyat terus membisu dan tutup mulut rapat-rapat jangan kata apa-apa macam tak ada apa yang berlaku?
Kalau kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Mohd Shukri Abdull yang memperbodohkan rakyat seperti berikut-"Kita tak pasti dia (Teo) terjatuh atau lompat atau apa."
Maksud 'apa' di hujung ayat Mohd tu menatang apa, bunuh diri ka? Takkah spekulasi namanya? Begitu juga dengan Nazri, Menteri di JPM yang berkata-"Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu."
Apakah itu tidak spekulasi namanya?
Pasaran saham pun ada spekulasi, dengar cakap broker saham , saham akan naik hang beli, bila beli saham jatuh, adakah pelabur akan marah kepada broker? Begitu juga dengan Pengarah PRK Manek Urai yang buat spekulasi kata Pas dah menang majoriti 1700 undi, bila kira dah habis Pas menang majoriti 65 undi. Ada orang Pas sendiri yang marah Abe Tah kerana silap buat pengiraan dan congak tak betul, ini perkara biasa.
Tempat Teo mati itu adalah kawasan orang yang mempunyai pendidikan tinggi, kelas menengah dan elit mereka tak boleh diperbodohkan dengan cerita-cerita dongeng SPRM dan menteri yang bersekongkol dengan SPRM.Rakyat Malaysia bukan kerbau yang fikir tentang kubangnya dan taiknya saja.

Teo Punya Pasal Chua Jui Meng Masuk PKR
Nampaknya orang Cina terutamanya mula tunjukkan kemarahan dengan kematian Teo Beng Hock. Ini dimulakan oleh Mr Chua Jui Meng, Ketua MCA Bahagian Bakri yang melompat parti sertai PKR. Mr Chua adalah seorang menteri dan Naib Presiden MCA dulunya.
Beliau kecewa dengan MCA dan Umno yang jadi tunjang BN .
Beliau juga dilaporkan berkata salah satu punca beliau sertai PKR adalah berpunca daripada faktor kematian Teo secara mengejut dan penuh misteri di tingkat 5 , Plaza Masalam, Shah Alam.(malaysiakini)
Siapa lagi selepas ini pemimpin Cina daripada parti komponen BN yang akan lompat ke Pakatan Rakyat?Tamparan besar buat BN . BN terkejut tindakan Mr Chua, Pakatan rakyat terkejut kematian Teo.

TEO: Yang Lain Kira OK, Tang Tidur Tuuu
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata punca pelbagai kecederaan mayat Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor kerana terjatuh daripada paras tinggi.
" Siasatan kini lebih menjurus kepada bagaimana dan punca Beng Hock terjatuh dari bangunan berkenaan."kata Ketua Polis Selangor -lapor Utusan Online.
Ya la jatuh tempat tinggi memang jadi lagu tu, tapi kenyataan pegawai SPRM yang kata Teo letih dan tak mau balik bila soal siasat tamat pukul 3.45 pagi nak TIDUR kat bilik tetamu SPRM tu yang aku tak berapa nak boleh terima. Teo dikatakan tidur sampai pukul 6 pagi , lepas tu hilang.Kat bilik tetamu SPRM tu ada CCTV ka? Boleh tengok pukul berapa Teo tidur kat situ. Lain la kalau pegawai SPRM kata CCTV tak berfungsi atau rosak!
Pejabat SPRM bukan pub, lounge dan pusat karoake boleh sedap-sedap lepak sampai cerah. Terjatuh , terleceh, tertolak atau dijatuhkan , ditolak, diusung dan diletak .Semua kemungkinan ada. Dulu BPR sekarang SPRM lagi ganas layan saksi untuk dapatkan bahan bukti.

Jumaat, 17 Julai 2009
Pilihanraya Umum November 2009?
Berikutan banyak insiden politik yang libatkan Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini ada kemungkinan PM Najib akan istihar PRU pada tahun ini juga pada bulan November 2009 kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
Bermula dengan penyiasatan SPRM keatas 7 orang Adun Pakatan Rakyat di Selangor yang kesemuanya Cina kerana didakwa seleweng wang peruntukan kerajaan negeri dan kematian Teoh Beng Hock ,seorang Setiausaha Politik kepada Exco Negeri Selangor, Ean Yang Hian Wah yang penuh misteri dan tandatanya itu telah menimbulkan kemarahan masyarakat keturunan Cina.
Target Najib sekarang adalah orang Melayu kerana Najib mendapat maklumat dalaman sokongan orang Melayu dah kembali kepada Umno. Beliau mahu ambil kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Cucuk- mencucuk antara Pakatan Rakyat dan Umno-BN di Selangor, tuduh menuduh antara satu sama lain telah menimbulkan suasana tidak tenteram kepada rakyat Selangor. Ini dilakukan oleh Umno yang pakar dalam kerja-kerja politik perang saraf supaya Negeri Selangor tidak stabil di perintah Pakatan Rakyat.
11-11-2009 itulah tarikhnya yang dijangka PRU akan datang. Selangor yang Najib idamkan negeri terkaya dan maju di Malaysia. Kepada mana-mana wakil rakyat yang tak buat kerja untuk rakyat tengoklah nasib hang pa selepas ni.Tak masuk sidang dun , MC sampai 6 hari kalau kerja kilang dah kena tendang keluar kilang dah..
Umno beranggapan trend orang Melayu dah kembali pada tahun 2004, sokong Umno. Orang Melayu dah kelabu mata dengan One Malaysia dan 11 sedekah PM Najib kepada rakyat Malaysia. Kata Tun Mahathir orang Melayu mudah lupa. Samy Vellu dapat peruntukkan berjuta ringgit untuk orang India, untuk kenyangkan tembolok MIC, semua seronok dengan PM Najib.
Umno kalah di Manek Urai tapi riuh satu Malaysia macam dia menang, jaja kat orang Melayu Pas akan kalah macam pru-11 2004. 'Alarm clock' dah berbunyi untuk Pas dan Pakatan Rakyat bersiap sedia hadapi segala kemungkinan, kalau pakat lawan gigit telinga sesama sendiri terimalah akibatnya, adegan yang tak sanggup kita lihat akan berlaku!

Kematian Teoh, Macam Filem Hindustan
Kronologi dan plot atau jalan cerita kematian Teoh beng Hock, Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor jika dilihat macam kita tengok filem hindi aku rasa.
Ok, mula-mula kata pegawai SPRM, Teoh telah datang ke pejabat SPRM di Plaza Masalam pukul 5 ptg dan naik ke tingkat 14 untuk disoal siasat oleh pegawai SPRM sampai pukul 3.45 pagi (lama tu).
Kemudian Teoh dikatakan hendak pulang tapi tak jadi terus tidur kat bilik tetamu SPRM kerana letih. Pejabat kerajaan macam RnR pula boleh tidur sebab letih memandu dari Bukit Kayu Hitam ke KL, singgah kat Ulu Bernam hilangkan letih. Seterusnya Teoh dikatakan tidur dan dilihat masih ada dibilik tersebut hingga pukul 6 pagi, lepas tu Teoh tak kelihatan dan dijumpai mati pada pukul 1.30 tengahari di tingkat 5 sebelah pejabat SPRM. Filem Hindi yang selalu tayang cerita jenayah selalunya banyak mempunyai jalan cerita seperti kematian Teoh.
Muhyidin kata -"kita tak sembunyi apa-apa pun, biarlah kita tunggu keputusan siasatan pihak polis."
Khir Toyo juga ucapkan takziah pada mendiang keluarga Teoh. Dalam filem hindi Menteri-menteri yang banyak sedekah kat rakyat mereka itu sebenarnya ketua gengster, ketua kongsi gelap dan ketua sindikit pengedaran dadah, tapi kat Malaysia menteri-menteri nya hanya sekadar ugut rakyat untuk sokong bn dan disedekahkan jambatan dan wang ringgit jika BN menang, yang lain dak kot...
Begitu juga dengan IGP, Inspektor polis dalam filem Hindi bersekongkol dengan jenayah terancang tapi polis kat Malaysia semua baik-baik belaka!
Khamis, 16 Julai 2009
Naik Tingkat 14 Mati Tingkat 5
Hari ini di Seksyen 9, Shah Alam, bangunan Plaza Masalam yang menempatkan banyak pejabat kerajaan persekutuan telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi berikutan kematian Pegawai Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mati di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam.(gambar sebelah Mstar online).
Teoh telah naik ke tingkat 14 untuk diambil keterangan sebagai saksi kes salahguna peruntukkan kerajaan negeri yang melibatkan Exco , Ean Yong Hian Wah oleh pegawai SPRM.
Teoh yang datang jam 5 petang dan dikatakan pulang jam 3.45 pagi tidak pulang dan hendak 'berehat' dan tidur di bilik tetamu SPRM. Jam 6 pagi beliau masih ada di bilik tersebut dan didapati hilang selepas itu. Beliau ditemui mati pada jam 1.30 tengahari hari ini dalam keadaan terlungkup. Teoh juga diberitakan akan melangsungkan perkahwinannya esok hari(Jumaat)
Exco Selangor, EanYong Hian berkata-"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka."
Apakah Teoh bunuh diri, terbunuh, dibunuh atau apa sebenarnya yang berlaku? Kita tunggu adegan seterusnya. Kes berprofil tinggi selepas Altantuya di bom hingga berkecai.

Naik!-Naik! Rakyat Di Dahulukan
Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri aziz telah umumkan kadar baru tambang teksi, Bas sekolah, Bas Express dan Bas henti-henti.
Teksi RM2 jadi RM3 untuk satu km pertama. Teksi tunggu penumpang untuk 21 saat naik 10 sen dulu 45 saat 10 sen. Rakyat Malaysia dah makin kaya raya sejak zaman gawat bermula apa nak hairan tambang mahal pun boleh bayar tambang teksi. Menteri pula kata apa nak kisah aku bukan naik teksi, kalau rasa mahal jalan kaki.
Bas sekolah pula yang pasang aircond dibenarkan naik 30%. Daripada RM21.10 jadi RM27.43. Apa nak hairan yang duduk rumah setinggan pun boleh bayar tambang bas walaupun mahal sebab teruja dengan janji PM Najib yang umumkan 11 langkah baru untuk disedekahkan pada rakyat Malaysia sempena 100 hari jadi PM. Menteri yang umum kenaikan tambang bas sekolah apa nak kisah , anak aku pergi sekolah driver hantar rakyat pembayar cukai bayar minyak kereta anak aku pergi sekolah.
Tambang bas express naik 2 sen setiap km. Kalau daripada Puduraya naik bas pergi Bukit Kayu Hitam berapa nak kena bayar? Tak pa rakyat tak bising, student banyak dapat duit PTPTN apa nak kisah janji boleh sampai kampung sudah, 2 sen bukan banyak, bukan boleh beli apa!
Bas henti-henti pula di KL naik 25 sen hingga 70 sen daripada kadar lama. Alah yang naik bas henti-henti ni bukan orang Malaysia, kebanyakkannya warga asing seperti Bangladesh, Mnymar, Indon, Nepal, Vietnam dan India, apa nak riuh rendah orang Malaysia tak naik bas henti-henti ni awek tak mau, ngorat tak makan. Lagipun minyak kita dah murah!
Inilah hadiah permulaan Najib sebelum menyedekahkan 11 langkah terbaru untuk rakyat Malaysia yang disayanginya. Di luar negeri harga roti naik 5 sen pun rakyat bangun tunjuk perasaan marahkan kerajaan tapi rakyat Malaysia adalah rakyat yang berbudi bahasa, penuh dengan tatasusila, demontrasi bukan budaya kita kata Pak Menteri. Musa Hasan tentu sokong. Kalau rakyat Manek Urai pun UMNO-BN boleh kencing takkan rakyat Lembah Klang tak boleh.

Pasca Prk Manek Urai:Apa Yang Tak Kena?
Kemenangan tipis Pas di Dun Manek Urai telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi sesama ahli Pas dan penyokong Pas termasuk kepada pemimpin Pas. Ada yang berkata begini:
1-Umno bawa isu kerajaan perpaduan dalam kempennya untuk kelirukan pengundi di Manek Urai. Anuar Musa dalam kempennya berkata beberapa nama pemimpin Pas sangat baik dengan beliau, hari-hari telefon dan mereka telah bersetuju untuk buat kerjasama dengan Umno.
2-Pemimpin Pas terpaksa terangkan kepada pengundi di Manek Urai yang sokong Pas bahawa kerajaan perpaduan dah mati dan berkubur dah tak ada lagi dan dalam masa yang sama berkempen untuk pengundi atas pagar dan tak berparti, buat dua kempen dalam masa yang sama.Terpaksa kempen untuk parti sendiri.
3-Tempoh pengumuman tamatnya kerajaan perpaduan agak dekat dengan kempen di Manek Urai , kurang masa dan jejaskan pengaruh Pas di Manek Urai.
4-Langkah Pengarah prk Manek Urai, Abe Tah umum awal bahawa Pas telah menang dengan majoriti 1700 undi sebelum kiraan undi sebenar tamat adalah langkah kurang bijak dan cermat.
5-Tidak adanya gambar Presiden Pas bersama TGNA yang dipasang lewat telah timbulkan tanda-tanya dan dijadikan isu oleh penceramah Umno bahawa Pas telah terbelah dua puak.
6-Pemimpin yang sokong UG, macam nak tak nak saja ke Manek Urai, pergi salah tak pergi serba salah, Nasa kata dia sakit dalam perut dan buat pembedahan.
Pas janganlah tuduh menuduh sesama sendiri, banyak yang buruk daripada yang baik, yang untung Umno-Bn. Jerat makan tuan jadinya.Mungkin ada yang kata ini pengajaran buat Pas(tajuk siasah terkini) itu tak mengapa tapi kalau dalam hati kata 'padan muka' itu merbahaya.Hati manusia Allah saja yang tahu. Penyamun masuk dalam rumah ambil parang nak tetak penyamun tapi tertetak bapa sendiri. Bermuhasabah lebih baik daripada salahkan sesiapa. Faktor utama ialah Umno ada duit berguni-guni. Di tangan kanan duit berguni , di tangan kiri ada jambatan berjuta harganya. Terimakasih UMNO bagi duit kepada rakyat Manek Urai, kalau ada bawa la lagi, apa nak hairan Umno banyak duit dan kaya raya. Kapal di laut Gedung di darat.

Siapakah yang hendak dipersalahkan?
Sinar harian hari ini mendedahkan seramai 14 orang pesakit HIV/AIDS yang berketurunan Melayu-Islam makan ,tidur, kencing, berak dan dapat rawatan yang sempurna di sebuah Gereja di negeri Selangor. Dikatakan gereja tersebut turut sediakan surau untuk mereka yang beragama Islam untuk beribadat.
Seorang penghuni Gereja tersebut yang beragama Islam berkata-"Kalau ada pilihan lain tentu saya akan pergi terutama jika tempat itu diseliakan oleh orang kita dan bangsa kita sendiri."
"Tetapi, jika tempat itu tidak sebaik tempat ini, lebih baik saya terus tinggal di sini sahaja sebab bagi saya tempat ini adalah yang 'TERBAIK' untuk para pembawa HIV yang terbiar dan disisihkan keluarga macam kami ini."
Macammana dengan JAIS dan MAIS ? Takkan dah terbongkar baru nak hulur bantuan . Menara berkembar zakat yang tersergam indah dan di isi Pengarah Jais dan Mais tu hasil wang pembayar zakat bertindaklah secara bijak menangani isu tersebut.
Pesakit-pesakit tu beragama Islam macam kita juga, samaada mereka berdosa atau tidak itu biarlah Allah Taala yang ampunkan, pokok pangkalnya mereka Islam.Akidah mereka kena di selamatkan. MB pun Islam, Exco Agama tak turun pi jengok ka?Jangan sampai orang kata Gereja lagi bagus pada Masjid (Nauzubilla min za lik)

"Umno bawa duit berguni-guni ke Manek Urai"-TGNA
Astro Awani pagi tadi dalam siaran beritanya menyiarkan kenyataan TGNA yang mengatakan-"Cerita Umno bawa duit berguni-guni ke Manek Urai tersebar luas di merata tempat.Bagi banyak pun kalah juga, tak menang -menang".Beliau mengulas mengenai kemerosotan undi majoriti yang diperolehi Pas yang berjaya mempertahankan kerusi N 41 Dun Manek Urai dengan 65 undi majoriti kalahkan Umno-Bn.
PM Najib pula mengatakan kejayaan BN kurangkan majoriti Pas merupakan satu kemenangan moral buat BN.Beliau juga berkata BN akan buat bantahan terhadap jumlah undi rosak yang berjumlah 115 undi.
Kalau undi rosak dikira semula dan memihak BN, duit berguni-guni yang Umno tabur di Manek Urai tu dikira berbaloi , tapi kalau dikira semula undi majoriti dan undi Pas pula bertambah lagila tak berbaloi.

Rabu, 15 Julai 2009
Akhil Hayy Gembira Pas Menang Di Manek Urai
Akhil Hayy telah bercerai talak satu dengan isterinya, Maizawati hari ini di Mahkamah Syariah, Ipoh. Beliau melahirkan rasa gembira kerana masalah dan gossip yang dihadapinya telah selesai.
Kata Akhil Hayy-" Takbir...semalam keputusan Manek Urai dan hari ini keputusan saya." -Bernama dan Mstar online (gambar)
Kata-kata menarik Akhil Hayy ketika ditanya wartawan-"Kadang-kadang aku pohon setangkai bunga, Allah bagi pohon berduri, Aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat berbulu...mula-mula saya kecewa tapi itu yang terjadi." Akhil Hayypernah berceramah di Markaz-markaz Pas dan aktif sebagai pendakwah dan juga artis sebelum jadi pengacara 'Cafe Akhil Hayy' di Astro

"Aku Akan Belikan Gelang Emas"
Ini adalah Email yang dihantar kepada aku oleh seorang sahabat daripada sempadan Kelantan-Trengganu, minta dimasukkan dalam blog aku, aku hanya sekadar menyampaikan hajat orang. Tanpa edit.Gambar sebelah pengundi sedang berbaris mengambil duit di Kg Laloh yang turut dikirim kepadaku.
Segunung ucapan tahniah buat orang-orang M.U.
N 41 ManikURAI dapat mengekalkan kemenangan, mengejutkan saya dari fikiran yang meracau tentang macam-macam yang di sediakan oleh BN dan mungkin kita kecundang, tapi sangkaan saya meleset sama sekali. majoriti dah tak penting bagi saya, yang penting kita masih menang.
Seorang pemborong ikan, Abe Uji di lebelkan oleh UMNO dalam kempennya sebagai 'Tok Peraih Ikan' telah menewaskan seorang calon berjawatan besar,Tuan Aziz (Pengurus, Pemantau dan Penyelaras program KESEDAR). Sedikit fakta menarik tentang Tuan Aziz ialah beliau merupakan anak didik Dato' Wan Zahid (satu masa dulu digantung oleh UMNO juga bekas calon BN sebanyak tiga kali ditolak oleh rakyat K'krai).
Dato Wan Zahid dan Romzi masih diselimuti cerita lama dan dendam yang belum reda, kehadiran Dato' Pa dalam gelangang memberi ruang seluas-luasnya kepada Dato' Wan Zahid membasuh ayam sabungnya didalam gelangang.Apa kata orang Romzi di MU. Ada temu bual dan tinjauan yang saya sempat buat digelangan tersebut,yang berbunyi sedikit sumbang "kita nak sembelih ayam Dato' Wan Zahid".
Duit Tunai puluhan juta, Wau......, Bertuah orang M.U. belum pernah saya lihat duit ditabur begitu banyak dan secara terang-terangan, Berbaris panjang disebuah rumah di Kg. Laloh( saya ada rakam gambar)dan kenyataan oleh beberapa penyokong BN menyebut duit di M.U lebih dari mana-mana tempat pilihan raya kecil di seluruh malaysia sebelum ini.Kalaulah pilihan raya kecil tersebut,berlaku ditempat lain dan bukan M.U, saya cukup yakin sudah tentu kita kecundang dengan mejoriti beribu-ribu.
Jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.......apa itu....
Orang M.U menulis kain rentang "kami kenal umno". TPM melatah dan tak berapa tahu perangai orang Kelantan. Sedikit sahaja yang orang-orang M.U yang ambik fikir tentang janji-janji seumpama itu. Orang M.U yang beranggapan janji tersebut seperti seorang suami berkata kepada isterinya "kalau kamu tak minta cerai dengan aku, aku akan belikan gelang emas". Laki jenis apa orang macam ni, langsung tak pandai ambik hati isteri. TPM sepatutnya jangan berjanji apa-apa kalau ada lagi pilihan raya kecil di Kelantan selepas ini, dan kalau boleh dengar nasihat dari kita, bukan dari orang-orang UMNO Kelantan yang sentiasa dahaga duit dari pemimpin-pemimpin mereka, dan kita percaya masih ada pilihan raya kecil dalam masa terdekat ini di Kelantan . Nasihat kita buat TPM , jangan letak calon, membazir duit.
Kota agropolitan,
Tahniah TPM dengan cadangan tersebut.. baru sekali dato' Pa menoreh getah dah pun nak jadikan M.U sebagai Kota Agropolitan.
Kita juga amat kesal dengan keceluparan sesetengah pemimpin kita yang menaja perpaduan menyebabkan isu ini banyak membuka ruang kepada Umno memutar belitkan isu, antaranya, umno dan pas tak lama lagi akan ada satu bendera. Pemimpin-pemimpin ini patut dipersalahkan kerana terbabit sebagai penyumbang menurunnya mejoriti kita di MU.
Kehadiran penyokong-penyokong dari Pas, PR dan kelab-2 penyokong dari pelusuk tanah air, sungguh luar biasa, dan bagi pihak Abe Uji serta rakyat M.U saya ucapkan" Jazzakallahukhairan Jazza"...diatas susah payah perjuangan yang anda semua lakukan, hanya Allah jua dapat membalasnya...
......TAHNIAH ABE UJI..TAHNIAH TO'GURU.. .DAN TAHNIAH PAS KESELURUHANYA KERANA MENGEKALKAN KEMENANGAN DI KG. POKSU WEI....
Kerajaan Malaysia VS Manek Urai
Umno bukan setakat guna jentera Bn untuk kalahkan calon Pas , Abe Uji di Manek Urai tapi turut gunakan segala jenis jentera kerajaan persekutuan dan badan berkanun yang ada hubungkait dengan Kerajaan Malaysia. Umno bagi duit kepada pengundi di dun Manek Urai macam tabur beras jamu burung merpati. Semua pakat timpa dapat durian runtuh. Kemenangan Abe Uji merupakan kemenangan rakyat dan seluruh umat Islam kerana mampu mengalahkan gergasi Umno yang tabur duit.
Pas yang bertungkus lumus hanya mampu berpuasa sunat dan bermunajat pada Allah untuk menang menghadapi Umno-BN yang salah guna harta awam untuk lawan calon Pas.
Penghinaan keatas calon Pas telah dibayar Allah dengan harga yang begitu mahal harganya.

Selasa, 14 Julai 2009
PM Dan Rosmah Ke Sidang NAM, Muhyidin Tanggung Malu
PM Najib dan bininya telah berlepas ke Mesir untuk hadiri Sidang Nam tanpa sempat mengulas keputusan Prk Manek Urai yang dimenangi calon Pas , Abe Uji dengan majoriti tipis 65 undi. Tinggallah TPM Muhyidin menggalas tugas PM untuk dua hari dan jawab segala ulasan kekalahan Bn di Manek Urai. Najib dah tahu keputusan Prk Manek Urai, ini berikutan semua pemimpin umno dan menteri umno dah pulang awal dan tidak berada di pusat pengiraan undi termasuk calon Bn , Tuan Aziz Tuan Mat.
Muhyidin yang yakin BN akan menang pada mulanya dan berjanji akan jadikan Manek Urai sebagai 'anak emas' dan berjanji buat jambatan di Manek Urai berharga RM7 juta kena tunaikan janjinya kerana peti undi tempat nak dibina jambatan itu Umno telah menang.
Kemenangan tipis Pas di Manek Urai mengikut jejak langkah kekalahan tipis Pas dalam prk Dun Pengkalan Pasir di mana Pas turut kalah tipis di dun tersebut.Pas agak sukar untuk menang dalam setiap prk yang diadakan di Kelantan. Kekuatan bala jentera BN yang disertai jentera kerajaan pusat seperti Kesedar dan agensi kerajaan persekutuan di Kelantan seakan-akan memihak BN dalam keputusan PRK Manek Urai
Tun Mahathir pernah berkata satu undi pun dikira menang.

Umno Sesat Atau Siapa Yang Sesat
Ini banner yang digantung tanpa lesen dan kebenaran pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang pemurah benarkan puak-puak Umno buat sesuka hati tanpa izin MBSA. Ini cerita di Shah Alam bukan di Manek Urai yang dah tamat prk.
Zaman Umno perintah dulu pantang banner Pas digantung pihak penguatkuasa akan terus bertindak rampas dan buang banner seperti disebelah kedalam longkang.Mungkin penguatkuasa takut kepada samseng Umno untuk bertindak atau bersekongkol dengan Umno buat ceramah di dewan orang ramai.
Sekali tengok salah seorang penceramah itu seperti Ayah Pin yang amalkan ajaran sesat di Trengganu. Kepada Dr Hasan Ali Exco Agama , kalau ada masa terluang tolong hadir ceramah tersebut bersama Jais untuk buat pemantauan.
Parti Umno yang tolak HUDUD kata parti yang buat HUDUD sesat...

Pas Menang Tipis, Apa Mereka kata
Pas yang dikatakan menang besar sebelum keputusan rasmi rupanya jadi terbalik hanya menang majoriti 65 undi saja kalahkan calon BN. Calon Pas , Abe Uji hanya dapat 5348 undi dan calon bn dapat 5283 undi. Undi rosak ialah115 undi.
Pengerusi Zentrum, Prof Dr Hasan Abdullah mengatakan kematangan rakyat di Manek Urai dan faktor calon adalah punca utama pilihan pengundi. Pertembungan di Manek Urai antara Umno-Pas adalah merupakan pertembungan klasik sejak pilihanraya yang pertama lagi.Pengundi Di Manek Urai tak termakan segala janji pembangunan mereka mahukan calon yang boleh bersama mereka sewaktu susah dan senang.
Kata Dr Hasan lagi, pengundi di Manek Urai tak tahu kemana mereka nak bagi undi mereka, tak dapat data jelas nak pilih calon mana, yang mereka nampak hanya TGNA dan Mustapha Mohamad yang sering turun di Manek Urai. Pengundi berumur 21-40 tahun mereka tak berparti, boleh berubah fikiran dalam masa 3 minit. Kebanyakkan mereka ini bekerja di luar daripada Manek Urai.
Seorang lagi penganalisi politik saudara Norizan (Nobisha), berkata jentera Bn lebih tersusun, berbeza dalam PRk Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pas pula ada masalah dalaman berhubung pertikaian kerajaan perpaduan antara TGNA dan Nasaruddin Mat Isa,TP Pas namun tak jadi perkiraan di Manek Urai tetapi telah menjejaskan jentera pilihanraya Pas di Manek Urai. Kata Norizan lagi pengundi di Manek Urai bersikap 'Nomad', suka berpindah parti. Janji kebendaan BN adalah satu kesilapan besar kerana pengundi mempertikaikan kenapa semasa BN menang tipis pada tahun 2004 dengan majoriti 53 undi, tak buat jambatan kenapa sekarang baru berjanji?
Pas juga bergantung kepada pengundi luar sementara BN anggap Manek Urai penting demi maruah Najib dan One Malaysia yang Najib laungkan.
Bagaimana pula dengan pendedaham Malaysiakini yang melaporkan pembahagian wang kepada pengundi di pejabat Kesedar di Manek Urai, adakah ini faktor utama Pas menang tipis di Manek Urai?Adakah faktor calon jadi puncanya? Apa pun Pas lebih banyak majoriti jika keputusan pru 2004 diambil kira. Orang Melayu -Islam Kelantan memang bijak berpolitik!

PM Najib bagi amaran kepada Umno
Sewaktu PM Najib berucap dalam satu ceramah di KubangPasu, beliau meminta kepada sesiapa yang nak jadi wakil rakyat supaya buat kerja, jangan nak lobi beliau atau pegawai beliau untuk jadi calon wakil rakyat. Kata Najib-" Nak jawatan buat kerja kuat daripada sekarang".
PM Najib ajar orang Umno bekerja untuk pangkat,jawatan dan darjat bukan bekerja untuk rakyat Malaysia.. Macam kita ajar anak -anak kita -"Kau mamat kalau dapat 5A dalam UPSR tahun ni ayah hadiah PS3.Tapi kalau kau dapat C dan D ayah hantar kau sekolah agama".
One Malaysia untuk pangkat ,darjat dan jawatan .Umno didahulukan rakyat dikemudiankan.

"Pilihanraya bukan Paksaan Raya"- TGNA
Ketika mengulas insiden pergaduhan kecil dan perang mulut semasa hari mengundi di Dun Manek Urai hari ini TGNA berkata-" ini pilihanraya bukan paksaan raya, macam kita pergi pasar, macam-macam ada sayur, terung sawi dan lain-lain, kalau kita nak beli terung orang lain tak boleh paksa kita jangan beli". Saya lalu tempat mengundi saya angkat tangan kepada kedua-dua pihak dan mereka angkat tangan kepada saya, saya berdoa supaya Allah Taala buka pintu
hidayah mereka sokong perjuangan Islam".

Isnin, 13 Julai 2009
PM Najib Hanya Dapat Gred C dan D
Ntv7, stesyen tv milik Rangkain Prima yang ada kaitan dengan umno dalam satu programnya yang diacarakan oleh Floorence Looi sempena 100 hari Najib jadi PM telah memberi gred C dan D saja untuk Najib selama 100 hari jadi PM. Markah tersebut diberikan oleh seorang ahli panel program 'Point of View', Leslie Lau dari Malaysian Insider. Gred C dan D untuk Pm Najib itu juga menyebabkan pengacara program tersebut, Floorence Looi ditukar bidang kerja ke bilik berita.
Sebelumnya mantan PM, Mahathir berkata selama 100 hari Najib jadi PM banyak yang negatif daripada yang bawa kebaikkan. Gred C dan D itu kalau bagi murid-murid yang ambil UPSR tak layak untuk masuk sekolah berasrama penuh. Atas dasar apa ahli panel tersebut kata Najib hanya layak dapat Gred C dan D?
Kebebasan media yang dilaungkan kerajaan hanya untuk sokong Umno tapi kalau buat pandangan yang tak menyokong Najib kena tindakan disiplin. 1 Malaysia hanya untuk sokong Najib bukan 1 Malaysia lawan Najib

Manek Urai: Politik Ugut Umno Memalukan
Politik ugut dan janji yang diamalkan Umno nampaknya tak dapat dipisah daripada batang tubuh Umno dan pemimpin Umno. Tindakan seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri, orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia, Muhyidin Yasin yang berjanji akan buat jambatan di Manek Urai Lama sekiranya menang tidak patut diamalkan dalam dunia yang dah semakin berkembang maju. kata Muhyidin -"hari ni bn menang esok buat jambatan". Maknanya kalau kalah tak akan buat jambatan.
Berapa sangatlah nilai sebuah jambatan, sehingga Umno sanggup janji dan ugut seperti itu kepada rakyat di Manek Urai? Politik beri dan wajib sokong Umno sebagai habuan ini sudah lama berlaku dalam setiap pilihanraya yang diadakan.Janji tinggal janji akhirnya rakyat yang ternanti-nanti sehingga timbul pula lain-lain pilihanraya untuk janji seterusnya.
Dulu zaman Tunku Abdul Rahman dibuat Biro Siasatan Negara untuk hapus rasuah. Zaman Mahathir ditukar kepada Badan Pencegah Rasuah, Zaman Pak Lah ditukar lagi kepada SPRM, tapi adakah rasuah semakin berkurangan atau bertambah? Semuanya hanya sekadar nama saja yang bertukar tapi keberkesanan tidak ada. Sekarang Najib buat pula 1Malaysia, tapi semuanya hanya sekadar slogan, rasuah tetap bermaharajalela. Adakah politik sogok wang dan bagi benda untuk rakyat sokong itu tak dikira rasuah dalam pilihanraya?
Sebab tu Umno bila diajak berdebat atas tajuk 'Kenapa Umno Tolak Islam'? oleh Murshidul Am Pas Umno tak sahut. Bukan nak cari sapa berani sapa takut tapi nak berdebat antara kebenaran dan kebatilan. Umno kata tak ada faedah , bincang pasal politik Umno mau tapi bincang pasal agama Umno tolak.

Ahad, 12 Julai 2009
Pesanan ABE UJI Buat Semua Pengundi Dun Manek Urai, Termasuk Pengundi Luar Kelantan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt wbt
Adik Kakak para pengundi DUN Manek Urai yang sangat saya hormati,
Semoga Adik Kakak semua sentiasa dalam peliharaan Allah swt. Izinkan surat ini menjadi pengganti diri saya kerana dalam masa yang sangat singkat ini tidak mungkin saya sempat bertemu dengan semua para pengundi terutamanya yang tinggal di luar Kelantan.
Pada Pilihanraya kali ini, saya dengan penuh rendah diri menawarkan khidmat untuk menjadi wakil adik kakak di Dewan Undangan Negeri. Keluarga adik kakak semua tidak asing bagi saya yang memang dari dulu bercampur gaul dengan semua peringkat masyarakat Manek Urai.
Saya menawarkan diri dengan penuh rasa sedar bahawa tugas ini adalah amanah amat besar yang akan dipersoalkan Allah SWT. Amanah ini bukan untuk memperkayakan diri atau membina rumah besar tetapi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Contoh yang ditinggalkan oleh Paksu Wel yang ramah, cergas, merendah diri dan istiqamah dalam perjuangan akan saya teruskan. Saya sangat faham dengan kehidupan di Manek Urai dan sedar banyak yang perlu kita pertingkatkan. Dengan bantuan semua, kita boleh memperkukuhkan kerajaan pimpinan Tok guru yang kita sayangi.
Sudah terbukti selama ini kita hidup sejahtera di bawah kepimpinan para ulama dan mereka yang sayangkan agama. Tapi akhir-akhir ini Tok Guru yang kita sayangi dicerca dan dihina oleh sesetengah golongan. Orang luar hanya boleh membuat janji kosong dan akan balik selepas pilihanraya. Ini terbukti kerana selama ini Kelantan dipinggirkan dan hak kita seperti wang royalti minyak dinafikan.
Demi terus menyokong perjuangan Islam, kita perlu sokongan dari semua. Saya sangat berharap adik kakak akan balik pada pilihanraya ini untuk mengundi di samping menziarahi sanak saudara. Mungkin ini agak besar untuk dilakukan terutama bagi yang bekerja di luar tapi itulah tandanya kita mendokong perjuangan rakyat. Hanya Allah yang mampu membalas segala usaha dan sokongan adik kakak. Selamat mengundi.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Fauzi Haji Abduillah – Abe Uji)

Dihantar oleh seorang kawan tanpa edit. Umno boleh janji apa saja di Manek Urai, nak jadikan anak emas dan macam2 anak lagi termasuk anak limau, anak getah tapi yang pastinya pengundi di Manek Urai tak mudah diperbodohkan oleh Umno yang sanggup anggap Tok guru Nik aziz nyanyuk dan sebagainya.Pemimpin Umno sanggup turun toreh getah semata-mata nak perdayakan pengundi Dun Manek Urai hakikatnya merekalah perompak hasil minyak Kelantan sejak tahun 2004 hingga sekarang tanpa satu sen pun keuntungan minyak dikembalikan kepada rakyat Kelantan.
Umno laungkan hidup Melayu, hidup Bangsa tapi Umnolah yang jadi juara tindas bangsa sendiri, pelingkup bangsa sendiri walaupun Kelantan semuanya diperintah orang yang sebangsa dengan Umno.Pemimpin Umno di Manek Urai sanggup menyamar jadi orang miskin sehingga sanggup baca ayat Quran pun tak betul punya kemaruk nak jadi ulama, tapi pengundi di Manek Urai tak mudah tertipu dengan Umno. kalau tak menipu bukan Umno namanya.
Perompak dan pembunuh Bentong Kali, Botak Chin, Kalimuthu itu memang jahat sebab jadi perompak, sejahat-jahat mereka adakah mereka lebih jahat daripada orang yang letupkan manusia yang bernama Altantuya hingga berkecai dengan bom C4 ?Adakah yang merompak hasil minyak Kelantan lebih jahat daripada mereka?
Khir Toyo buat istana ala Bali sampai RM24 juta, sampai Mahathir pun terkejut sebab lagi mahal daripada rumah dia.Rakyat Selangor jual jambu batu tepi jalan merata-rata tempat sampai bila nak kaya?
Tun Mahathir Dikecewakan PM Najib
Salah satu punca kembalinya mantan PM,Mahathir kedalam Umno ialah setelah ketiadaan mantan Pm ,PakLah yang berundur jadi Perdana Menteri Malaysia 100 hari yang lalu. Mahathir beranggapan Pm najib akan kembali meneruskan segala dasar dan idea-idea beliau semasa jadi PM dulu yang tertunggak setelah Pak Lah tidak melaksanakan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Singapura-Malaysia setelah naik jadi PM. Mahathir pada masa itu telah memperlekehkan Pak Lah yang jadi PM kerana mengecewakannya.Kritikan pada Pak Lah sentiasa ada dalam diri Mahathir dengan menganggap kabinet Pak Lah dikuasai menantunya Khairy Jamaludin di belakang tabir.
Kini setelah Najib jadi PM, 100 hari bermacam-macam pula kritikan pedas dan perli kepada Najib dilakukan Mahathir, ada saja yang tak kena pada pandangan Mahathir pada diri PM Najib.Banyak yang buruk daripada yang positif dilakukan PM Najib kata Mahathir. Mahathir begitu marah dan kecewa kerana PPSMI yang dilaksanakan oleh beliau dulu sewaktu jadi PM telah dibatalkan oleh Najib yang akan bermula pada tahun 2012 akan datang. Najib juga akan buat "jambatan ketiga" di Johor bukannya "Jambatan Bengkok" idea Mahathir.Mahathir terus kecewa dengan Najib.Mahathir kata kabinet Najib masih ambil perasuah untuk urus kerajaan.
Sebagai reaksi kepada pembatalan PPSMI, Mahathir telah buat undian dalam blognya untuk dijadikan rujukan kepada kerajaan supaya ditarik balik pembatalan PPSMI. 85 peratus pengundi dalam blognya bersetuju supaya PPSMI diteruskan. Najib yang naik jadi PM dengan muka penuh terpalit skandal Altantuya dan skandal jual beli senjata dan kapal selam Scorpene masa jadi Menteri Pertahanan dulu cuba buat imej baru yang segala-galanya nampak baik untuk tarik balik hati rakyat yang tolak Umno-BN dalam pru-12 yang lalu. Pengumuman 11 perkara yang kononnya nampak lumayan dan digula-gulakan untuk rakyat Malaysia tak kira muda dan tua. Mahathir juga kecewa dengan penghapusan 30% ekuiti bumiputra dan DEB oleh Najib. Dalam keadaan orang Melayu masih terhencot-hencot untuk bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi Umno yang laung-laungkan perjuangkan bangsa telah menguburkan hak-hak mereka selama ini yang dah dilaksanakan sejak 30 tahun yang lalu.
Umno yang selama ini anggap "kita adalah tuan kepada negara ini" telah menjadikan orang Melayu sebagai kuli saja sekarang ini. Jurang ekonomi antara bukan bumiputra dan bumiputra akan jadi semakin melebar dengan penghapusan 30% hak-hak mereka yang tak pernah tercapai.Yang kaya pemimpin Umno dan kroninya, yang miskin adalah rakyat bawahan yang termakan gula-gula Najib.
Pengumuman projek Umno di Manek Urai sebanyak Rm 25 juta baru sejuta lebih daripada nilai rumah Khir Toyo di Shah Alam yang berharga Rm 24 juta. Janji Umno di Manek Urai itu akan tamat sebaik saja proses pengundian di Manek Urai selesai jam 5 petang Selasa, 14 hb Julai ini. Tun Mahathir tak kempen ke di Manek Urai?

Jumaat, 10 Julai 2009
100 Hari Najib Jadi PM, Altantuya Tetap Di Mulut Rakyat
Genaplah sudah Pm Najib jadi PM selama 100 hari. Mantan PM , Mahathir anggap Najib jadi PM dalam 100 hari lebih banyak yang buruk daripada yang baik. Yang baik dan positif bagi PM Najib hanya rajin jumpa rakyat, yang tu saja nampak positif, kata Mahathir. "Kejayaan" Najib ialah hapuskan kuota 30% pemilikan bumiputra dalam segala kontrak kerajaan. "Terimakasih " Najib!
Walaupun PM Najib dah jadi PM 100 hari tidak lekang dimulut rakyat yang kaitkan beliau terus menerus dengan wanita cantik dari Monggolia yang gebu dan monggel bernama Altantuya Shaaribu atau Aminah yang mati di bom hingga berkecai di Puncak Alam , Selangor. Najib dan isterinya Rosmah Mansur atau digelar 'Wanita Puaka' tetap menafikannya berkali-kali walaupun dituduh terlibat dengan Altantuya.
Bagaimanapun rakyat jelata disegenap pelusuk negara tetap menyebut-nyebut perkataan Altantuya samaada sembang di kedai kopi maupun ditempat -tempat eksklusif setiap hari samaada sebelum Najib jadi PM maupun dah genap 100 hari Najib jadi PM.Perkataan Altantuya menjadikan hidup Najib sentiasa dibayangi wanita cantik itu kerana disebut rakyat setiap hari.Suara Keadilan boleh dikatakan setiap keluarannya ada tertera gambar Altantuya sebagai penghias tetap berita akhbar tersebut.
Mahathir juga menjelaskan kabinet Najib terus dianggotai perasuah dan jika ada benda-benda tak betul tidak ada sapa pun yang nak tegur. Mantan PM Pak Lah pula menyatakan 100 hari PM Najib jadi PM semakin diterima rakyat. Ya lah cuba si Khairy Jamaludin tu tak dapat apa jawatan dalam Umno mungkin komen Pak Lah lain pula.

Adakah semangat Natrah masih ada dalam jiwa Islam-Melayu?
Harakah daily dan Utusan Malaysia melaporkan Natrah(Bertha Hertogh) sudah meninggal dunia di Belanda kampung halamannya.Adakah anak muda sekarang masih ingat dan baca sejarah peristiwa"Rusuhan Natrah" dan berdarah tersebut? Peristiwa yang berlaku pada tahun 1950 itu berlaku apabila Natrah yang berumur 13 tahun ketika itu memeluk Islam dan bernikah dengan Mansor Adabi yang berusia 22 tahun. Peristiwa Natrah peluk Islam itu telah menimbulkan perebutan hak penjagaan antara ibu angkatnya, Che' Aminah dan keluarga asal beliau.
Mahkamah yang dikuasai penjajah British buat keputusan hantar Natrah pulang kepada keluarganya di Belanda. Disinilah bermulanya kebangkitan orang Islam-Melayu di Singapura, yang marah dengan keputusan mahkamah tersebutBerlaku rusuhan di Singapura yyang menyebabkan seramai lebih kurang 18 orang terbunuh dan 200 orang cedera kerana bertempur dengan askar dan polis British. British yang kuasai Singapura istihar perintah berkurung 2 hari 2 malam.
Orang Melayu -Islam pada ketika itu tanpa mengira tok lebai, pak aji, buruh kasar, polis yang Islam turut bangun menentang keputusan mahkamah itu semata-mata semangat mereka cintakan Islam walaupun mereka pada ketika itu tidak ramai yang berpengetahuan agama.Semangat orang Melayu -Islam Singapura pada agama begitu menebal hanya semata-mata mahkamah dan keluarga asalnya nak memurtadkan Natrah semula.Hanya kerana seorang saja nak dimurtadkan mereka sanggup mati dan tercedera mempertahankan saudara seagama mereka!
Apa yang aku nak sampaikan ialah adakah semangat Melayu-Islam seperti Rusuhan Natrah itu masih ada dalam jiwa orang -Melayu pada ketika ini? Mufti Perak pada satu ketika dulu (bab ni aku sokong) mendedahkan beratus ribu dah orang Melayu dah di MURTADKAN! Apa perasaan kita semua pada anak-anak muda Melayu-Islam yang dah berjaya dimurtadkan atau pun di Kristiankan? Langsung tak ada tindakan yang pro-aktif untuk menyiasat secara mendalam dan mengekang gejala murtad di kalangan anak-anak Melayu- Islam ini. Kalau anak jiran kita , saudara kita dimurtadkan kita tak rasa apa-apa, sebab kita dah tak dapat rasa tanggungjawab terhadap agama dah semakin nipis. Kalau adapun hanya pertubuhan seperti PERKID dan dua -tiga badan bukan kerajaan terpaksa bergerak dengan pembiayaan sendiri.
Kalau zaman Natrah nak dimurtadkan hanya seorang mereka sanggup mati, tapi sekarang angka ratusan ribu Melayu -Islam Murtad kita tak berdaya nak mempertahankannya. Lemah sungguh iman kita.Kerajaan patut kembali laksan hukum Islam berkaitan murtad kerana amaran Allah amatlah keras terhadap orang yang keluar daripada Islam. Alangkah bagusnya jika ada orang Islam Murtad, orang Melayu- Islam bangun tunjuk perasaan macam Himpunan Bersih yang cecah ratusan ribu orang itu, alangkah bagus sekiranya orang Islam bangun dijalanraya tunjuk perasaan seperti di kedutaan Denmark kerana rakyat negara Denmark lukis kartun hina Nabi Muhammad SAW. Tapi bab Murtad kenapa kita tak kehadapan?

Khamis, 9 Julai 2009
Muhyidin Tak Tau Beza Syiar Dengan Syariat
Berkata Muhyidin Yasin dalam ceramah Umno di Manek Urai-"Tunjuk bukti Umno tak perjuang Islam. Beliau cabar Pas bagi bukti .Ini berikutan Murshidul Am Pas terus berkata Umno memperjuangkan Nasionalis dan sekularisme bukan memperjuangkan Islam.
Muhyidin kata Umno dah banyak buat benda-benda Islam, seperti Bank Islam , Universiti Islam, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islam. Tu baru syiar bukan Syariat, setakat yang aku tau. Bagaimana pula dengan yang lain-lain:
Aku nak banding apa yang Kelantan buat bukan negeri lain, negeri lain aku tak mau cakap sebab Pas tak berkuasa penuh, yang ni kita kena faham. Kalau aku tak betul sila tegur;
1-Kelantan luluskan hukum hudud dalam dun negeri Kelantan, tapi Umno tolak hudud siap bagi amaran lagi kepada kerajaan Kelantan jangan laksana hudud, istihar darurat(Zaman Mahathir)
2-Kelantan hapuskan jualan arak secara terbuka, boleh minum tapi dalam rumah sendiri(bukan Islam)
3-Hapuskan tikam nombor dan judi-tak keluar lesen
4-Wajibkan pemakain tudung kepala dan tutup aurat di khalayak ramai bagi wanita Islam
5-Kaunter berasingan untuk lelaki dan wanita di pasaraya
6-Pajak gadai Islam
7-Dinar Emas
Kalau setakat buat masjid cantik dan indah kat Hong Kong dan Korea Selatan pun ada masjid, tu perkara biasa. Umno kenakan interest kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi untuk bayaran balik pinjaman (PTPTN). Kerajaan Umno-bn juga hapuskan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan anak tirikan sekolah2 agama rakyat. Apa yang Umno buat untuk Islam? penjarakan ulama dan bunuh ulama Pas itu ada Umno buat.Tangkap oarang tanpa bicara (ISA) itu Umno ada buat.
Beli adun di Perak dan timbul akuan bersumpah 50 juta itu kerja Umno. Umno juga tak berani tegur Sisters in Islam yang amalkan Islam Liberal kerana sama macam Umno. Umno dan kabinet buat kerja gila cadangkan orang bukan Islam masuk Islam tak libatkan anak-anak, mereka kekal agama asal! Perjuangkan Islam apa macam tu. Umno pernah cadangkan dihapuskan perkataan ISLAM pada mana-mana pertubuhan atas nama Islam, tapi Raja-Raja Melayu tolak. Umno anggap politik dan agama tak boleh campur aduk umpama minyak dengan air tak boleh dok sekali.

Yang mana satu betul
Seorang penyokong kerajaan perpaduan berkata kepada aku-"Pas sikit-sikit dengar cakap Dap", kata aku kepada beliau-" mana ada, lebih baik kawan dengan Dap daripada kawan dengan Umno", aku cuba jolok beliau. Kata orang tu lagi-"Umno tak pa busu-busuk pun dia Islam".Jawab aku-"Habis dulu yang cakap Umno kafir tu sapa?" "Dulu masa tak timbul kerajaan perpaduan kenapa tak cakap Pas dengar cakap DAP? Kenapa sekarang baru cakap? Dah batal kerajaan perpaduan baru anda cakap Pas dengar cakap Dap".
Aku bukan mereka cipta isu tapi itu yang orang kuat perpaduan tu bualkan dengan aku petang tadi. Rupa-rupanya masih wujud perasaan tidak puas hati golongan dalam Pas kerana agenda kerajaan perpaduan dah batal dan tutup buku.Mereka simpan kuku buat sementara waktu , mungkin tunggu selepas keputusan PRK Manek Urai untuk serang balas golongan yang gagalkan kerajaan perpaduan jika keputusan memihak Umno (moga Umno kalah di Manek Urai).
Atas dasar apa penyokong perpaduan tu kata Pas dengar cakap Dap? Di Kedah, MB Ustaz Azizan robohkan tempat sembelih babi di Kg Berjaya , Alor Setar adakah dengar cakap Dap? Di Pulau Pinang, KM Lim Guan Eng naikkan elaun guru KAFA (sekolah agama) dengar cakap siapa?
Penyokong perpaduan itu cuba tiupkan sifat kasih sayang beliau kepada Umno, yang satu ketika dulu dibencinya.Beliau cuba mencelarukan pemikiran dalam Pas supaya lawan Dap tapi berbaik-baik dengan Umno.

Rabu, 8 Julai 2009
Manek Urai: Kepala Cakap Lain, Ekor Cakap Lain
Peraih ikan dan penjual ikan nak berdemo jumaat ini kerana bantah Ketua Penerangan umno, Ahmad Maslan yang hina mereka dalam satu ceramah di Manek Urai.Hinaan ini mungkin ada kena mengena dengan calon Pas yang menjadi pemborong ikan.
Semalam PM Najib gesa semua pemimpin Umno yang berkempen di Manek Urai supaya berhemah dalam berkempen di Prk Manek Urai, tak akan menyerang pihak lawan dengan kata-kata kesat dan akan guna bahasa yang lembut dan lunak untuk pikat para pengundi di dun Manek Urai. Penasihat jentera pilihanraya Pas Kelantan berkata 1000 orang golongan peniaga ikan dan pemborong ikan akan berhimpun bantah kenyataan Ahmad Maslan.
Yang kepala suruh berhemah yang ekor buat strgedi buruk -burukkan calon lawan.Itulah Umno dari dulu, kini dan selamanya cakap tak serupa bikin.
Maukah Hang Pa Terima Dua Pengkhianat Ini?
Zambry yang jadi MB Perak atas ihsan Mahkamah Rayuan itu kembali bergelora berikutan adanya ura-ura dua adun yang istihar bebas , Jamaludin Mohd Razi (Behrang) dan Man Jailu (Changkat Jering) untuk masuk semula PKR. Kedua-dua pengkhianat inilah yang jadi punca tumbangnya kerajaan pakatan rakyat di Perak dan krisis perebutan kerajaan negeri Perak antara UBN-Pakatan Rakyat terus berlaku sehingga sekarang.
Umno-Bn yang berkuasa sekarang di Perak adalah hasil bantuan dua ekor ini yang istihar

jadi bebas tapi sokong Bn.sekarang mereka berdua nak lompat semula ke pakatan rakyat kerana apa satu jawatan pun Zambry tak bagi kat dua adun ini bila sokong Bn. Mungkin Man Jailu dan Jamaludin dah minta jawatan exco kat Zambry tapi kedua-dua adun ni ada kes rasuah di Mahkamah.
Jika dua adun ini lompat ke pakatan rakyat kerajaan Zambry angkat kaki keluar daripada pejabat MB.Mungkin mereka berdua hanya sekadar gertak Zamry pasai apa satu pun tak dapat.Tapi adakah pakatan rakyat mau terima dua orang ini jika mereka kembali kepada pakatan rakyat?Kalau pakatan rakyat nak sangat berkuasa di Perak terima tapi kalau bermaruah jangan ambik Jamaludin dan Man Jailu. Mereka boleh pusing balik kalau dalam pakatan tak juga dapat jawatan. Lebih baik bubar Dun. Kalau pakatan kalah, kalah secara bermaruah.
Selasa, 7 Julai 2009
3,030 Polis Berkeliaran Di Manek Urai
Polis Di Raja Malaysia turut berkampung di Manek Urai kononnya demi keselamatan para pengundi yang akan keluar mengundi dan untuk jaga ketenteraman awam masyarakat di Manek Urai sempena prk dun Manek Urai. Berkata KPN, Musa Hasan supaya anggota polis dapat jalankan tugas dengan berkhemah supaya tak dituduh berat sebelah. Nada nya sama dengan PM Najib yang minta pemimpin Umno supaya elak politik kata mengata dan mengumpat antara Umno dan Pas semasa berkempen di Manek Urai.
Jumlah anggota polis yang bertugas mengikut laporannya ialah sebanyak 3,030 anggota.Adakah wajar sebegitu ramai anggota polis di tempatkan di kawasan terpencil sempena prk Manek Urai itu?

Ikhlas Buat Ustaz Nasa...
Berkata seorang pemimpin Pas yang aku tak mau sebut nama , memberi satu cadangan ikhlas dalam keadaan sekarang yang beliau hadapi. Jalan terbaik buat Ust Nasa ialah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas. TP Pas itu boleh pergi sambung belajar di luar negeri ambil Phd dalam bidang yang beliau suka. Duduklah di luar negeri 2-3 tahun tenangkan fikiran sambil habiskan Phd beliau. Selepas itu Ust Nasa boleh pulang ke tanah air untuk jadi profesor di mana-mana pusat pengajian tinggi.
Jika beliau tidak berminat sebagai tenaga pengajar akademik, Ust Nasa boleh kembali aktif dalam Pas atau menyertai mana -mana parti politik yang beliau suka. Dalam keadaan sekarang ust Nasa tertekan untuk hadir mana-mana program parti Pas seperti perarakan calon Pas semalam di Manek Urai. Bermacam -macam perkara bermain dalam fikiran beliau. Jika hadir mungkin kena boo, tak hadir dituduh masih tak dapat terima kenyataan apa yang berlaku semasa kecohnya agenda kerajaan perpaduan tempoh hari.
Kata pemimpin Pas itu lagi, siapa yang akan panggil Ust Nasa ceramah? Trengganu mungkin ya tapi lain-lain negeri macam mana? Jika dipanggil ceramah oleh Pas kawasan atau cawangan orang yang tentang kerajaan perpaduan akan berkata- "Patut hang panggil dia ceramah hang orang dia".MB Kedah boleh panggil Ust Nasa ceramah tapi lain-lain pemimpin Pas yang tentang kerajaan perpaduan takkan setuju. Begitulah sebaliknya. Begitu juga di Selangor, akan timbul perli memerli sesama sendiri.

Langgan:
Catatan (Atom)