Jumaat, 20 Ogos 2010

Isu Hudud :Karpal Singh VS Nik Aziz

Karpal Singh Pengerusi Dap tak dapat terima Hukum Hudud sebagai penyelesaian masalah buang bayi seperti yang dicadangkan Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Bagi Karpal hanya undang-undang sivil saja yang layak dilakasanakan di Malaysia sebuah negara sekular. Karpal bukan orang Islam sudah tentu beliau bercakap mempertahankan undang-undang orang putih yang melakar dan mencipta perlembagaan Malaysia yang juga sekular.

Dalam hal ini Karpal Singh senada dengan Umno kerana Umno tolak awal-awal lagi Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan Dun Kelantan dan juga Dun Terengganu semasa Pas berkuasa dulu.

Karpal Singh juga tak perlu celupar nak pertikai hukum Islam dan beliau sesekali tidak layak untuk membicarakan apa-apa pun berkaitan Islam kerana beliau seorang kafir bukan orang Islam. Apa pun melibatkan agama , melibatkan hukum Islam tak ada main-main dan boleh cakap ikut suka. Kalau Umno nak gelakkan Pas dengan kenyataan Karpal Singh tentang Hudud Umno kena gelakkan diri sendiri dulu, suluh muka depan belakang siapa antara Umno dan Karpal Singh yang tolak Hudud di Kelantan terlebih dulu?

Cadangan Tok Guru Nik Aziz agar dilaksanakan hukum hudud terhadap pesalah buang bayi tidak disahut pemimpin Umno mulut mereka jadi bisu . Mulut para Mufti juga tak terbuka untuk menyokong kenyataan tersebut.

Kata Karpal Singh seperti yang dilaporkan Bernama Hudud bukan jawapannya kata Karpal;

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.-Bernama

3 ulasan:

  1. Tak payah dok layan benggali sekor ni. Dia dah nak terima hukum mati bagi pesalah rogol tu pun dah cukup baik. Tak lama lagi bila benggali ni mati, habis cerita... Bukan lama sangat lagi pun...

    BalasPadam
  2. Aiik...apasai hg siarkan komen aku??? Pedih sangat..??
    Tu la hg, duk melilau menyibuk kampung orang, kampung sendiri pun dah tak terurus...

    BalasPadam
  3. Ini kenyataan anak PKR; Pemuda Pas dok kira nikah gantung. Apa pasal nak gantung anu...

    In welcoming the statement made by Parti Keadilan Rakyat (PKR) communications director Nik Nazmi Nik Ahmad that the implemention of hudud was not feasible, he said: "Pas should accept that turning Malaysia into an Islamic state is an exercise in futility and beyond fulfillment."


    "It runs counter to the provision of the Federal Constitution," he said and added that he hoped that Pas would reconsider its position on hudud law and Islamic state.

    BalasPadam