Ahad, 1 Ogos 2010

Ceramah Rakyat Disekat Umno-Bn Ketakutan

Umno-Bn guna polis dan FRU untuk halang ceramah Pakatan Rakyat di Perak dan Johor. Rakyat disekat daripada mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. Takkan ceramah pun dah tak boleh walaupun dalam kawasan Markaz Pas dan tanah persendirian. Apakah ini tanda pilihanraya semakin hampir atau takut makin banyak rahsia Felda dan Felcra terbongkar?

Harakahdaily melaporkan 30 ditangkap , kawasan himpunan dikepung;

Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.

Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program.

Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah.

Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya sebagaimana yang dijadualkan.

Wan Rohaimi adalah peguam yang memenangkan kes saman Felda oleh para peneroka Kemahang 3.

Pihak polis mengetatkan kawalan sekitar kawasan itu termasuk mengadakan sekatan jalan raya sekitar jam 3.00 petang bagi menghalang orang ramai daripada memasuki tapak himpunan.

Dua buah trak Black Maria turut kelihatan berada di situ.

Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga sudah berada berhampiran kawasan himpunan itu.

Para hadirin termasuk mereka yang keluar pada waktu rehat sebelum ini juga tidak dapat memasuki kawasan itu khususnya bagi mengikuti majlis penutup yang dijangka dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini.

Ekoran situasi itu, Mohamad Sabu juga terhalang daripada merasmikan majlis penutup itu.-Harakahdaily.

Di Johor pulak Polis halang ceramah Pakatan, 7 ditahan-Malaysiakini;

Anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menghalang ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Batu Pahat malam tadi.

Polis menahan tujuh orang ketika menyuraikan orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ucapan.

Ceramah anjuran PKR Batu Pahat itu dijadual dihadiri - antara lain - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut ketua penerangan PKR, Latheefa Koya, cabang parti tersebut telah memohon permit untuk mengadakan ceramah itu di tempat lain, tetapi memilih mengadakannya di markaz PAS di situ selepas polis menolak permohonan tersebut "atas sebab-sebab keselamatan".

Ketika orang ramai mula berhimpun untuk mendengar ucapan pemimpin Pakatan, anggota polis tiba dengan menaiki kereta dan trak, termasuk 10 trak FRU.

Selepas meminta ceramah itu diadakan dalam dewan markaz PAS di situ, polis kemudiannya dikatakan mengubah fikiran dan tidak membenarkan ceramah itu diadakan langsung.

Ketika bertindak menyuraikan orang ramai di dalam dewan tersebut, polis menahan tujuh orang - dua daripadanya tidak menghadiri ceramah itu tetapi merupakan peniaga yang membuka gerai di situ - dan dibawa ke balai polis Rengit.

Poster dan kain rentang turut diturun dan dikoyak, manakala alat sistem pembesar suara turut dirampas oleh polis, kata Latheefa.-Malaysiakini.

Baca juga;
Upacara anti ISA dihalang polis, 29 ditangkap-Malaysiakini
Malam mansuhkan ISA :29 ditangkap setakat ini-MerdekaReview

1 ulasan:

  1. Salam...
    UMNO ni penuh dgn sifat hasad dengki...nantilah azab Allah...wallahua'lam

    BalasPadam