Bagi aku itu terpulang kepada masing-masing punya fahaman dan keilmuan yang mereka pelajari.Cuma nak ikut Quran- Hadis dan Sunnah nabi bukan hanya setakat dalam bidang ibadat semata-mata tapi bagaimana dalam berpolitik. Dalam berpolitik tak ada bidaah ka kalau pilih parti Umno yang bersarang dengan segala jenis rasuah, parti yang berteraskan perkauman dan tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan?Apakah golongan 'sunnah' ini tidak sedar kerajaan Umno-Bn jadikan Apco Worlwide talibarut Israel sebagai penasihat mereka yang kenyang diberi kontrak RM77 juta . Hang pa tak rasa berdosa ka ulama muda? Ulama muda ni kenai ka Zionis Israel yang saban hari bunuh umat Islam Palestine?Tak rasa bersubahat ka?
Hari ini timbul pula kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Jamil Khir Baharom yang kata fahaman Wahabi bukan pengganas. Bila puak-puak yang dikatakan golongan 'sunnah' ni masuk Umno depa tak lagi dianggap pelampau agama dan pengganas. Wahabi atas pagar dan yang sokong Pas itulah yang dianggap pelampau agama dan JI. Bila dah masuk Umno title pelampau agama dan pengganas yang dilabelkan kepada mereka akan hilang serta merta !
mStar Online melaporkan Fahaman Wahabi tiada kaitan dengan golongan pelampau :
Fahaman Wahabi atau mazhab lain tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan pengganas atau golongan pelampau kerana perbuatan keganasan bukannya berpunca daripada fahaman agama sesuatu kelompok tetapi ekoran penyelewengan fahaman serta pelbagai punca lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, apabila kefahaman terseleweng, mereka mengambil pendekatan yang berbeza daripada orang lain sehingga ada yang sanggup membunuh orang awam dengan bom dan sebagainya.
"Akibat terpesong daripada landasan Islam sebenar, maka berlakulah kejadian orang ramai yang tidak bersalah dibunuh dan dibom," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz Kebangsaan di sini hari ini-mStar Online.
As. Depa dah sesat, jadi depa cari tempat yang sesat juga. Sesat + sesat = Bertambah sesat. Orang yang sesat macam mana dok panggil ulama?
BalasPadam