Selasa, 8 Jun 2010

Siapa pelingkup Kohilal?

Ya memang betoi meniaga apa pun ada risiko. Untung rugi asam garam dunia perniagaan. Kadang-kadang untung, kadang -kadang makan modal. Tapi kalau perniagaan itu rugi kerana berlakunya penyelewengan dan pecah amanah adakah kita yang membeli saham tak boleh nak pertikai apa yang berlaku dalam perniagaan yang dijalankan.

Dalam laporan Harakahdaily Kohilal tak perlu dedah butiran , Ibrahim bukan ahli melaporkan pandangan TPJ Pas Kelantan Mohd Amar Abdullah mengenai Kohilal ;

Amar yang mengakui Kohilal mempunyai sedikit masalah, bagaimanapun ianya dianggap sebagai risiko dalam perniagaan yang perlu dihadapi.

“Kadang-kadang nasib kita baik, kita mencarum di tempat yang kebetulan ada rezeki yang baik untuk kita, kita akan mendapat keuntungan yang lebih. Jika tidak, inilah yang terpaksa kita tanggung,” ujarnya lagi.

Katanya, setakat ini Kohilal sedang memperbaiki pengurusan baru untuk membuat perubahan dalam koperasi itu agar ianya pulih semula.

Ketika ditanya apakah harapannya untuk Kohilal bersesuaian, beliau juga adalah salah seorang pelabur, Amar berharap semoga ianya kembali pulih sebagaimana biasa.

Menurutnya, setakat ini operasi Kohilal dihentikan untuk membuat beberapa rombakan pada tempoh tertentu.

Kata Amar lagi, beliau sendiri tidak memahami dengan sikap Ibrahim Ali yang suka menyentuh pelbagai perkara dalam media walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya.-Harakahdaily

Cerita isu Kohilal cerita lama, penuh misteri macam 'misteri nusantara' kerana pencarum dan pelabur adalah ahli Pas yang wala' walaupun duit hilang tah ke mana. Awal penubuhannya ramai orang Pas dan ahli Pas beli barangan yang bercop Kohilal. Macam-macam ada. Sabun kohilal, ubat gigi kohilal, perencah kohilal, bam , macam-macam lagilah. Yang tukang jual orang Pas dan yang beli pun orang Pas. Ekonomi jamaah la katakan!. La ni tah jadi apa dah dengan Kohilal hanya yang terlibat saja mengetahuinya!

Menjelang Muktamar Pas isu Kerajaan Perpaduan dan isu seperti Kohilal dibangkitkan semula .Bagi aku benda tak betoi sebesar kuman pun kena lawan tambah-tambah kalau nak bersekongkol dengan parti Umno-Apco!

Baca juga;

Kerajaan perpaduan:Bukan Isu tapi perwakilan Pas 'bebas' bangkit-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Salam..
    berniaga pe pun ada risiko...slagi Allah dan Rasul menjadi pegangan..kejujuran menjadi perisai..insyaAllah sgalanya akan dpermudahkan..wawahua'lam

    BalasPadam