Kata Tun Mahathir dalam blog beliau;
Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.
Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.
Wahai Melayu,
Kemana kamu? Baca Melayu Kemana-Blog Tun Mahathir.
Teringat juga kata-kata Tun Mahathir 'Melayu mudah lupa'. Dah jadi bubur baru nak tanya Melayu nak pi mana. Siapa punya kerja Melayu berpecah? Takkan nak salah Pas dan parti lain yang orang Melayu sokong? Kalau semua orang Melayu sokong Umno baru dikatakan Melayu kuat dan teguh.Takkan mungkin semua Melayu sokong kerja buat Umno yang jadikan Apco penasihat kerajaan Umno-Bn.
Siapa yang halalkan peristiwa berdarah di Memali? Orang Melayu takkan mudah lupa peristiwa tersebut sampai bila-bila. Sekarang bila kuasa Umno berada dihujung dahan Umno dok keriau kata Melayu dah tak dak apa-apa.Siapa mudah lupa, Melayu Umno atau siapa?Yang berpecah Melayu Umno. Melayu Umno yang dulunya sokong Umno dan ada kesedaran telah lari tinggalkan Umno. Hanya sesama Umno yang berpecah belah sesama sendiri lalu dikaitkan dengan Melayu yang tak sokong Umno.
Melayu Pak Lah pun Tun Mahathir benci dan meluat hingga sekarang walaupun dah sama-sama pencen jadi PM. Khairy menantu Pak Lah pun tak dapat apa-apa jawatan dalam kabinet walaupun menang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Ezam Mohd Noor yang baru masuk Umno semula dapat jadi senator. Tun pun mudah lupa dengan apa yang beliau buat semasa berkuasa dulu dalam politik Umno...
Lagi satu adakah Melayu yang sokong judi dengan Melayu yang bantah judi boleh duduk sekali dalam satu bumbung?Tun kata beliau sokong judi bolasepak Piala Dunia 2010.
Baca juga -Ketuanan Melayu dongengan pemimpin Umno-TGNA.
salam...
BalasPadamrenungkan ayat dr firman Allah dlm surah Luqman Ayat 6-8 yang bermaksud : Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. (6) Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya. (7) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat; (8)
Hang duk gaduh pa pasai Memali oi.. Chup Usin pun dah different class dah la ni.. Dia pun dah tak kisah berbaik dgn geng Meno, hang pulak duk ungkit..Umno-Pas mcm abang adik la..Duk tiup pulak semangat Memali tak abih-abih..Ni pilihanraya nanti, mau depa Meno lari tak pangkah Pas kan haru...
BalasPadam