Rabu, 2 Jun 2010

Pas Kedah jangan galas biawak hidup atas belakang

Aku tak tahu samaada betoi atau tidak adun Kuala Nerang Syed Sobrie Syed Hasim katanya beminat sangat-sangat nak masuk Pas. Lepas tu katanya Speaker Dun Kedah alu-alukan niat Syed Sobrie nak masuk Pas.

Kata Datuk Abdul Isa Ismail speaker Dun Kedah;

"Jika benar Adun Kuala Nerang ingin menyertai PAS, dia perlulah mengemukakan surat secara terbuka kepada jawatankuasa PAS, barulah sah beliau benar ingin bersama kami.

"PAS sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli baru sama ada Adun mahupun umat Islam yang lain bagi bersama-sama membentuk kebenaran melalui pegangan agama untuk negara," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini. Baca Sertai Pas :Beri Saya Sedikit Masa :Syed Sobrie.

Banyak benda kena siasat sebelum terima bulat-bulat adun berkenaaan. Kata orang ingat sebelum kena. Dah kena baru nak menyesal .Kalau air dah masuk hidung baru nak masuk Pas atau PKR silap haribulan jadi negeri Perak. Dok syok-syok Pakatan Rakyat perintah tengok-tengok dah terbalik.Lebih baik adun Kuala Nerang tu letak jawatan selesai masalah peribadi yang dihadapinya

1 ulasan:

  1. Yang penting percaya mempercayai. Jika Syed Sobri ingin serti PAS, PAS kena terima dengan ikhlas. Kita boleh bermusuh satu sama lain. Jika Syed Sobri nak jadi buah catur UMNO, seperti ADUN Bota, ADUN-ADUN PKR Kedah, jangan jadi katak dan jangan buta duit. YB-YB PKR Kedah, dipilih rakyat, rakyat akan menghukum mereka pada PU akan datang.
    Bagi saya, Syed Sobri cuba test baloon, sama ada PAS sanggup terima dia jika dia keluar UMNO. Syed Sobri jika diistihar muflis, dia akan secara otomatik, gugur sebagai Ahli ADUN, dan prk kecil akan diadakan. Isyallah.
    Yang penting bukan Syed Sobri, tetapi ADUN-ADUN PKR Kedah agar tidak jadi katak.

    BalasPadam