Rabu, 9 Jun 2010

Hishamuddin patut malu pada bukan Islam

Dalam posting Cakap ikut mulut atau ikut punggung? ada disebut mengenai kata-kata Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn yang mengatakan daripada dok pertikai judi bola yang halal tu lebih baik bersama-sama beliau banteras judi haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di sini.-Bernama.

Tapi bila pemimpin bukan Islam pulak yang lawan dan tentang judi bola ,Hishamuddin patut rasa malu sebagai orang Islam yang pertahankan judi bola . Dalam laporan Harakahdaily Judi bola: LLG bantah lesen, ajak sertai himpunan melaporkan;

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru pertubuhan masyarakat madani meneruskan protes terhadap kerajaan yang meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010.

Presidennya, Dr Toh Kin Woon juga menyeru masyarakat menghadiri perhimpunan besar yang dianjurkan oleh Gabungan Rakyat Membantah Judi (GMJ) pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“Rakyat mesti mengambil bahagian dalam isu-isu masyarakat, menerajui agenda rakyat, inilah maksud demokrasi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan juga, katanya harus mengurangkan bilangan pembukaan Toto Magnum, menggalakkan rakyat rajin bekerja untuk menjana pendapatan, bukan berfikir secara opportunis dan giat membeli nombor ramalan ekor.

Tambahnya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak bukan sahaja menggalakkan gejala judi, mengaitkan aktiviti sukan dengan judi dan mencemarkan fikiran belia-belia juga tidak dapat membendung perjudian haram secara berkesan.

Menurutnya lagi, asas pemberian lesen judi bola sepak tidak dapat membendung perjudian haram dan usaha meningkatkan pendapatan kerajaan tidak meyakinkan.

Baginya, negara tidak perlu meningkatkan hasil cukai dengan pendekatan mencemarkan fikiran belia dan membahayakan masyarakat melalui kelulusan lesen judi itu.

Hakikatnya, kata beliau pendapatan negara disalahgunakan dengan perbelanjaan boros termasuk skandal khazanah negara yang disalurkan kepada parti politik yang sering kali berlaku.

Ujarnya, pemimpin kerajaan yang meluluskan lesen judi bola sepak dengan alasan “mesti adil terhadap komuniti bukan muslim” membayangkan orang Cina dan India gemar berjudi.

“Kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab dan cuba merosakkan hubungan baik antara bukan muslim dan muslim. Judi bukan kebudayaan sesuatu kumpulan etnik.

“Sebahagian orang Cina atau India gemar judi tidak bermakna ia budaya seluruh kumpulan etnik, kerajaan tidak patut memperkudakan bukan muslim sebagai alasan meluluskan lesen judi bola sepak,” ujarnya lagi.

Bahkan, katanya beberapa pertubuhan orang Cina telah menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap pemberian lesen tersebut kerana judi bola sepak merosakkan nilai-nilai moral dan akhlak warga negara tanpa mengira kaum.-Harakahdaily

Dunia dah terbalik pemimpin Umno yang beragama Islam pertahan judi bola sedangkan orang bukan Islam pulak tak mahu judi yang dah bersepah tu ditambah-tambah kerana bawa gejala yang tidak sihat dalam masyarakat.

Rakyat pun dah puashati dengan PM Najib. Ada peningkatan sokongan pada Najib.Isu Apco yang jadi penasihat Umno-Bn, mungkin telah 'melonjak' sokongan pada Najib. Isu judi dan Apco Najib jadi popular! Hang pa nak sokong tu hang pa punya pasai .

Tahap puas hati paling tinggi dicatatkan di kalangan masyarakat India (80 peratus), diikuti dengan Melayu (77 peratus) dan Cina (58 peratus).Baca di sini.

1 ulasan:

  1. Salam...
    pimpinan bkn Islam pdg dari judi bola dr pelbagai sudut..dan mereka nampak judi ni lebih mnyumbang kpd gejala sosial...sbb tu Allah trg2 dan haramkan dlm Al-Quran..tpi org Islam kita bt xtau jek...cam xnampak dan xpernah dgn firman Allah tersebut...mga Allah buka pintu hati mereka kembali kpd kebenaran..amin ya Rabb...

    BalasPadam