Dah hampir seminggu kapal yang bawa sukarelawan ke Gaza, Palestine diserang dan ada yang terbunuh hari ini baru Menteri Pertahanan Malaysia Zahid Hamidi keluar suara dan komen sikit-sikit akan kekejaman askar regim zionis Israel yang bunuh sukarelawan ke Gaza.
Sukarelawan seramai 12 orang tu dah pun selamat dan dah nak balik Malaysia dah baru Zahid Hamidi bersuara. Tu pun berkira sangat , kata kos mahal la kalau pakai penerbangan khas angkut sukarelawan Malaysia tu bawa balik. Piii rahhh! Yang bagi kat Apco rm 77 juta Umno tak rasa mahai pun! Awat yang berkira sangat.
Aku dah kata dah hang pa boleh tengok sendiri perangai pemimpin kerajaan Umno -Bn yang kesemuanya terlewat kecam Israel bila kapal yang bawa sukarelawan diserang bertubi-tubi askar zionis Israel. Macam ada benda terlekat dalam mulut depa nak kecam Israel. Zahid Hamidi pernah berjumpa Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak di Paris , Perancis.
Pemimpin Umno pandai main wayang! Kesemua kecaman mereka terhadap Israel hanya sekadar sambil hirup kopi panas dalam kedai kopi.
Lapor Bernama/Malaysiakini Tiada penerbangan khas bawa pulang rakyat M'sia;
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain membabitkan kos yang tinggi, setakat ini tiada permintaan untuk membawa mereka pulang menggunakan pesawat tentera.
"Jika nak bawa guna Charlie (pesawat pengangkut), kosnya tinggi...jadi saya tidak nampak sebarang keperluan itu buat masa ini selain tidak ada permintaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Mindef di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.
Zahid turut menggesa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar mengkaji semula hubungan tersebut bagi menentang tindakan Israel yang telah bertindak di luar garis-garis diplomatik.
Beliau berkata, masyarakat dunia bukan hanya perlu mengutuk tindakan Israel tetapi perlu bertindak menghentikan hubungan diplomatik dengan negara tersebut yang biadap dan tidak berperikemanusiaan.
"Tindakan yang dilakukan oleh Israel itu diluar garis diplomatik kerana menggunakan kekerasan dan melakukan tindakan di perairan antarabangsa yang tidak pernah selama ini dilakukan oleh mana-mana negara di dunia," katanya.-Bernama/Malaysiakini.
Salam...
BalasPadamsbb xkena kat batang hidung sendiri, keluarga sendiri...cba peristiwa tersebut tjadi kat diri depa, keluarga depa...xtunggu seminggu...la tu jgk depa dok ambik tindakan..la ni kt dok kata nak perjuangkan bangsa..apa yg diperjuangkan UMNO???..fikir2kanlah..wawahua'lam