Khamis, 3 Jun 2010

4 bulan kerja bonus 2 bulan

Selcat pertikai bonus KSSB

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungja:waban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mempertikaikan tindakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang memberikan enam bulan bonus kepada kakitangannya dalam tempoh sepuluh bulan pertama beroperasi.

Pengerusinya, Teng Chang Khim (TCK) mempertikaikan enam bulan bonus dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009 itu memandangkan KSSB yang bermula pada Julai 2008 itu hanya mempunyai dua lombong yang beroperasi.

Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor (ASN) berkata, kewajaran pemberian bonus kepada kakitangan KSSB dibuat sebagai penghargaan kerana bekerja keras sehingga syarikat memperoleh keuntungan RM7.1 juta pada Jun 2009.

Pertikaian itu tercetus apabila saksi ketiga, pada hari pertama sesi pendengaran awam Selcat berhubung siasatan ke atas urus niaga perlombongan pasir iaitu Abdul Shukor menjawab pertanyaan Chang Khim berhubung pemberian bonus itu.

TCK : Adakah benar bahawa kakitangan KSSB telahpun dibayar bonus enam bulan bagi tahun 2008 dan 2009?

ASN : Sebenarnya bayaran bonus antara September 2008 sehingga bulan Jun 2009, jumlah puratanya 3.49 bulan. Tahun kewangan kita berakhir bulan Jun, sebab itulah bonus dikeluarkan tetapi selepas itu, kita mendapat arahan dari Menteri Besar Incoporated (MBI) supaya tahun kewangan kita ditukarkan kepada Disember.

Menurut Abdul Shukor, ahli lembaga pengarah juga mendapat bonus seperti kakitangan lain.

TCK : Bagaimana dengan ahli lebih pengarah dalam KSSB? Adakah diberi sebarang ganjaran?

ASN : Ya, kami juga mendapat bonus. Yang asal interim dua bulan (Disember 2008) kemudian empat bulan.

TCK : Syarikat mula beroperasi September 2008, Disember sudah dapat bonus interim dua bulan. Kemudian daripada Januari hingga Jun 2009 dapat empat bulan bonud. Adakah wajar untuk tiga atau empat bulan pada 2008, syarikat mula operasi September 2008 hingga Disember 2008, dalam tempat empat bulan sahaja sudah diberikan bonus interim sebanyak dua bulan. Adakah itu wajar dari segi operasi perniagaan?

ASN : Dari segi operasi, saya rasa wajar sebab syarikat sudah mendapat keuntungan.

TCK : Jadi kalau empat bulan bekerja dan beroperasi sudah dapat dua bulan bonus. Setahun darab dengan tiga, bererti mengikut kadar itu boleh dapat enam bulan?

ASN : Mungkin tetapi sebenarnya sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

TCK : Mana boleh mungkin, itu kadarnya. Kalau kerja empat bulan sudah dapat dua bulan bonus. Setahun 12 bulan darab tiga jadi enam bulan.

ASN : Saya dengan lembaga pengarah telah meneliti keuntu- ngan dan prestasi syarikat, jadi kita memikirkan adalah wajar, our industry is a very difficult, our staff work very hard. Kita selalu menghadapi ancaman dan 40 laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

Bagaimanapun Chang Khim tetap mempersoalkan tindakan KSSB malah berkata beberapa syarikat gergasi dan ternama di negara ini juga tidak memberi bonus sebegitu kepada kakitangannya.

Pendengaran akan bersambung esok (hari ini) bersama Abdul Shukor dan beberapa saksi seterusnya.

Sesi pendengaran semalam turut menyaksikan, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari sebagai saksi pertama dan diikuti saksi kedua Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Abdul Nasir Hassan.

Selain Chang Khim, enam panel Selcat juga hadir pada pendengaran tersebut yang terdiri dari Haniza Mohamed Talha (ADUN Taman Medan) selaku Timbalan Pengerusi Selcat, Azmin Ali (ADUN Bukit Antarabangsa), Ismail Sani (ADUN Dusun Tua) , Sulaiman Abdul Razak dari (ADUN Permatang), Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (ADUN Bukit Gasing).

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tidak kelihatan pada pendengaran awam semalam.-Sinar Harian Online

Berkaitan;
SPRM nafi halang MP Kapar hadi Selcat-Malaysiakini
Selcat :Bonus 10 bulan pertama staf Semesta lebih RM500,000-Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan