Ahad, 20 Jun 2010

Pru 13: Umno guna taktik 'menyerang', Pas 'memujuk'

Kata Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi , "Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.

"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.-Harakahdaily Ilpas: Pas persiap hadapi pilihanraya .

Sementara Naib Presiden Umno, Hishamuddin Hussein Umno-Bn akan guna 'taktik menyerang' habis-habis-habisan terhadap Pakatan Rakyat. Lapor Malaysian Insider Shafie tak mahu PRU-13 awal, Hishamuddin istihar 'perang';

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengisytiharkan “perang habis-habisan” terhadap pembangkang yang didakwanya memperlekehkan Umno yang menjadi tunjang kerajaan BN.

Serentak dengan itu beliau mengajak seluruh ahli parti supaya mengetepikan kepentingan individu sebaliknya menumpukan perjuangan untuk merampas kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita kena buktikan Umno sebagai sebuah parti yang kekal relevan memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan masyarakat,” tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bakri di sebuah hotel di sini hari ini.-Malaysian Insider.

Adakah senjata 'Melayu' yang digunakan Umno akan terus dipercayai orang-orang Melayu untuk Umno terus kekal berkuasa?Disebalik kalimah Melayu itulah kita kehilangan harta negara berbilion ringgit dengan menyerahkan dua telaga minyak di Sarawak yang bernilai RM320 bilion seperti yang didakwa Tun Mahathir.Kalimah Melayu itu juga Malaysia membuat pertukaran tanah dan aset negara di Tanjung Pagar bertukar tangan . Hebatnya Melayu Umno pertahan harta negara! Kalimah Melayu itu juga judi bola disokong dan dipertahankan Melayu Umno. Kalimah Melayu itu jugalah Umno-Bn jadikan Apco talibarut Israel sebagai penasihat kerajaan.

1 ulasan:

  1. Salam..
    macam2 taktik yg dgunakan utk mempertahankan kuasa...apa yg penring..rakyat skrg dah bijak memangkah parti yang terbaik..yg blh mngenengahkan suara rakyat..buktinya pada pru ke 12 dan akan ada kejutan lg pada pru ke 13..insyaAllah..slagi mata dan telinga mereka dpt melihat dan mendengar perubahan yg telah dilakukan oleh pimpinan PR..wawahua'lam

    BalasPadam