Isnin, 7 Jun 2010

Cakap ikut mulut atau ikut punggung?

Berita Bernama Bantu kerajaan tangani isu judi haram bolasepak-Hishamuddin yang melaporkan;

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Beliau berkata langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.

"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long," katanya.

Bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika Piala Dunia, Hishammuddin berkata beliau telah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Koh Hong Sun membantu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini, katanya.

Awal tahun ini kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan.-Bernama.

Inilah otak seorang Menteri Umno yang beragama Islam yang pertahankan bentuk perjudian yang dihalalkan mereka.Judi yang dihalalkan mereka jangan pertikai cuma cari jalan macammana nak atasi perjudian haram. Dalam Islam jelas semua judi haram.Bagi Hishamuddin judi halal jangan lawan, judi haram kita lawan habis-habisan!

Mungkin kerana Vincent Tan dah umumkan akan bagi derma wang judi bernilai RM 525 juta jadi punca Hishamuddin nak pertahan judi bolasepak. Depa lapaq duit Vincent Tan. Bukan sikit ratus juta tu, sapa yang tak mau.Daripada bagi kat ayam itik lebih baik kita sapu! itu agaknya yang pertahan sangat judi bola.

1 ulasan:

  1. Kalau orang kata kafir... marah, tapi pemikiran dan perangai tu memang macam orang takdak iman.

    BalasPadam