"Nabi Muhammad minta dijamin hak orang Islam bila sebarkan Islam di Mekah dan Madinah. Dengan itu, saya harap pemimpin PAS berani mencari ruang bagi mengubah senario politik akan datang.
"Takbir!" katanya disambut laungan "Allahu Akbar", tepukan serta sedikit ketawa kecil daripada kira-kira 1,500 perwakilan dan pemerhati.
Malah sejak awalnya lagi, dewan di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK) - tempat muktamar PAS ke-56 berlangsung - mulai ceria apabila beliau tersilap menyebut perkataan Arab dalam ucapannya: "Saya dengan taksub syukur pada Tuhan yang Maha Esa."
Sementara itu, Deepakaran juga berkata penampilannya sebabagi perwakilan PAS di pentas muktamar, menggambarkan usaha parti bagi membuktikannya "bukan hak umat Islam semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia".
"Islam bermaksud sejahtera dan aman sesama Islam atau dengan bukan Islam. Islam dilihat amalan beragama penuh dengan semngat toleransi di mana rumah ibadat, tokong, kuil, gereja terpelihara dengan baik," katanya.-Malaysiakini.
Masyarakat bukan Islam turut menggantung harapan yang tinggi kepada Pas untuk menggalas harapan baru dan sebagai alternatif kepada Umno-Bn. Diharapkan Pas jangan sesekali 'melencong' harapan baru rakyat Malaysia kepada Pas. Sekali rakyat hilang kepercayaan seperti nikmat yang Pas kecap sekarang ini tunggulah 50 tahun lagi untuk Pas bangkit semula .
Salam..
BalasPadamAllahuakbar!!!...org non muslim percaya dan yakin dengan PAS dalam memprjuangkan Islam..terbalik pla dgn org Islam yg memang dah Islam xnak pilih parti yg memperjuangkan Islam..apa dah jadi???renung2 dan fikir2kanlah...